Apabila timbul perasaan sebegini rupa,timbul seribu persoalan yang selalu bermain di mindaku.Siapakah aku yang ingin bertemankan seorang perempuan yang solehah?Adakah aku layak untuk menjadi teman hidupnya?Adakah dia mahu menerimaku?Adakah dia sudi menjadi suri dalam hidupku?Arghh….banyak persoalan yang timbul.Aku buntu dan terus buntu.Dalam usaha merungkai banyak persoalanku ini.Dahulu,aku sukar jatuh hati kepada sesiapa.Namun kehadirannya dalam hidupku telah menggugat pendirian.Pada aku,dia seorang perempuan yang baik dan solehah.Walaupun aku tidak mengenalinya dengan lebih mendalam,walaupun aku tidak pernah bertemu sua dan berbual dengannya,walaupun hanya memandang dari jauh saja,namun aku pasti dan yakin dia adalah perempuan yang baik dan solehahyang pernah ku jumpa.Namun yang pastinya,apabila cintaku ini terungkap padanya,aku hanya mampu bersyukur dan menunggu jawapan darinya.Semoga kita semua dapat menjadi yang terbaik dalam kehidupan kita.
“Aku menasihati kamu bukan bermakna aku adalah yang terbaik daripada kalangan kamu atau orang yang paling soleh, kerana aku juga pernah melakukan kesilapan. Andainya seseorang itu hanya menyampaikan dakwah apabila merasakan dirinya sempurna, maka tidak akan ada pendakwah. Jika itu berlaku akan sedikitlah orang yang memberi peringatan”
Tuesday, 13 March 2012
BILA CINTA TERUNGKAP
DI PENGHUJUNG NOKTAH
Saudara Saudari Sekalian,
Kini,kita hampir berada di penghujung musim persekolahan.Dalam erti kata yang lain,musim persekolahan sudah hampir menemui titik nokhtahnya.Dalam kita berada di suasana kegembiraan menyambut musim percutian,kita seharusnya memperingatkan diri kita bahawa erti seorang pelajar sentiasa mencari ilmu.Tiada erti “habis belajar” kerana ilmu di dunia tak terkira banyaknya.Dalam musim cuti inilah,pelbagai coretan suka duka akan tercipta.
Dalam kita mengimbas kelemahan dan kekurangan diri kita,janganlah mudah berputus asa kerana kita mesti ingat bahawa dalam dunia ini,ada orang yang lebih teruk dari kita.Kalau kita berada di bawah,ingat!!!ada orang yang lebih susah dari kita.Janganlah sesekali kita berputus asa,usahlah mengenangkan kesilapan yang lalu kerana mengenangkan kesilapan yang lalu akan menambah penyesalan yang tidak akan membawa apa-apa perubahan diri.Oleh itu,bangkitlah!!!belajarlah dari kesilapan.Jangan sesekali merendahkan diri.Lihat ke hadapan.Carilah peluang untuk kembali pada jalan-Nya yang lurus.
Dalam kita mengimbas kelebihan dan kejayaan diri kita,janganlah kita mudah terleka di buai ayunan kejayaan yang lalu.Jangan pernah merasa selesa dengan apa yang telah kita kecapi.Ingat!!!Sejarah telah membuktikan bahawa memenangi atau meraih sesuatu kejayaan memang mudah tetapi untuk mempertahankan sesuatu kejayaan bukan mudah.Oleh itu kita seharusnya bersyukur dengan kelebihan yang ada pada diri kita.Teruskanlah berusaha.Jangan pernah merasa anda di zon yang selesa.Gunakanlah kelebihan kita sedaya yang mungkin dalam membimbing rakan-rakan yang lain.
Bagi calon-calon SPM
Sebagai Penutup Kalam…
Muhasabah kembali dengan apa yang telah kita lakarkan sebagai kenangan alam persekolahan kita nanti.Usahlah sedih dengan kekalahan atau kegagalan yang kita terima .Anda masih mampu mengubahnya.Usahlah terlalu gembira dengan kejayaan yang telah kita terima kerana kejayaan hari ini belum tentu kita mampu mempertahankannya.Berusahalah demi masa depan kita bersama.Keputusan Trial SPM bukanlah titik noktah perjuangan sebenarnya.Jika cerdikpandai seperti Thomas Eddison pun boleh bangkit dari kegagalan apatah lagi kita yang masih ada peluang dan ruang.Bangkitlah dari kegagalan.Belajarlah dari kesilapan.Semoga kita semua berjaya di dunia dan di akhirat.Sekian…..
BANGKITLAH DARI KEGAGALAN
Sunday, 11 March 2012
ERTI KEBAHAGIAAN
SAAT KAU PERGI
Saat kau pergi
Dari kamus hidupku
Ku rasa inilah
Nafas terakhirku
Saat kau pergi
Tinggalkan aku
Ku rasa begitu lemah
Seakan lembing menusuk kalbuku
Maafkan ku
Ampunilah aku
Ku rasa bersalah
Aku akui…
Aku lemah tanpamu
Saat kau pergi
Melangkah jauh
Dari hidupku…
Menghapuskan…
Kenangan kita
Bersama…
Kau takkan kembali
Ku redha dan pasrah
Pada ketentuan
Takdir-Nya
Yang Maha Esa
Subscribe to:
Posts (Atom)