

Begitu juga dengan langit.Langit tidak selamanya berwarna biru.Kadang
kala gelap.Itu menandakan hari nak hujan.Jadi imbaslah kembali,kenangkan semula
di suatu ketika di saat kita bahagia bersama teman.Bersahabat tidak semestinya
bahagia selalu tetapi di saat kita dilanda konflik atau pergaduhan,hentikanlah
pergaduhan itu dengan mengenangkan saat-saat ceria bersama.Insya Allah saya
yakin dan percaya bahawa dengan mengimbas kembali,hati kita akan mudah terusik
dan tersentuh malah kita pasti akan rindu kembali saat-saat ceria bersama.
Biru sentiasa
dikaitkan dengan langit.Mengapa langit ? Jawapannya ialah langit umpama
sahabat.Kadang kala ceria dan kadang kala marah.Di saat langit kelihatan gelap
atau hitam, ia diumpamakan seorang sahabat sedang menghadapi konflik.Tetapi
persoalan yang timbul di sini ialah adakah langit pernah menghilangkan diri?
Adakah langit sentiasa biru ? Dan adakah langit sentiasa hitam? Jawapannya
ialah langit tidak pernah sesekali menghilangkan diri walau dalam keadaan mana
sekalipun langit tidak pernah hilang.Dalam erti kata yang lain langit tidak
pernah tinggalkan kita walau macam mana keadaan sekalipun.Langit tidak
sentiasanya biru malah langit tidak semestinya hitam.
Begitulah perumpamaan yang
dapat dikaitkan dengan kehidupan seharian.Apa yang boleh kita pelajari dari
langit ialah kesetiaan seorang sahabat walau apa-apa pun sekali yang
terjadi.Bergaduh,bertengkar dan salah faham merupakan lumrah kehidupan.Begitu
juga dengan langit.Langit berwarna biru bermakna cerah namun bila langit
berwarna hitam ini bermaksud hari mahu hujan.Ini adalah lumrah kehidupan.Jadi
belajarlah untuk menjadi sahabat yang setia di kala suka dan duka.
Telah
menjadi adat pertemuan.Setiap yang hidup pasti akan merasai mati dan setiap
pertemuan pasti ada perpisahan.Perpisahan adalah sesuatu perkara yang
menyakitkan apatah lagi melibatkan orang yang kita sayang.Namun,kita sebagai
seorang manusia hanya mampu merancang tetapi Allah Azza Wajalla yang akan
menentukannya.Terimalah hakikat bahawa setiap apa yang berlaku di atas muka
bumi ini,pasti ada sebab dan hikmahnya yang tersendiri.Yakinlah bahawa
sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik bagi hamba-Nya.Berpisah
bukan beerti bercerai tetapi berpisah ini beerti jauh di mata zahirnya namun
dekat di mata hatinya.Percayalah bahawa langit sentiasa ada bersama kita dalam
keadaan
susah mahupun senang.Belajarlah dari nilai kesetiaan sebuah langit yang luasnya
tidak terkira.