Kehangatan peperiksaan atau ujian semakin
membahang. Persediaan demi persediaan mula kita gerakkan.Pejam celik pejam
celik,detik terus berlalu meninggalkan kita tanpa sebarang penyesalan.Timbul
persoalan di sini, sejauh manakah persediaan kita bagi menghadapi imtihan
sedangkan kita ini secara hakikatnya hanya makhluk yang lemah dan senantiasa
memerlukan tempat kebergantungan dari yang Maha Berkuasa. Allah berfirman yang
bermaksud :
"Dan apabila hamba2Ku bertanya
padamu(muhamad) tentang(Aku),maka katakankan pada mereka sesungguhnya Aku ini
dekat dengan mereka. Aku kabulkan permohonan orang-orang yang berdoa apabila dia berdoa
padaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi(perintahKU) dan beriman padaKU,agar mereka
memperolehi kebenaran".(al-Baqarah:186)
Secara fitrahnya manusia ini dicipta
dalam keadaan naif dan lemah yang mana sampai satu saat kita berkehendak MENCARI PERTOLONGAN dan BANTUAN.Ayat ini
cukup jelas adalah untuk memberikan motivasi untuk kita semua.Apabila kita hendak menghadapi dengan UJIAN atau PEPERIKASAAN
tentu sahaja kita akan menghadapi dengan perasaan STRESS dan juga rasa kacau
bilau.Sebab itu Islam mendidik kita beberapa cara untuk kita berhadapan dengan
sifat dan perasaan yang bercelaru ini.Islam anjurkan kepada kita EMPAT perkara
bagi menghadapi perasaan STRESS dan juga perasaan kacau bilau ini
Perkara yang pertama yang Islam anjurkan
pada kita ialah dengan BERDOA.Kita di galakkan untuk berdoa di penghujung solat
ketika sujud yang terakhir kerana sujud merupakan satu tempat paling DEKAT
dengan Allah SWT.Ketika inilah peluang kita untuk MEMINTA KEJAYAAN yang
diberkati Allah SWT.Selain itu juga kita di galakkan untuk melafazkan DOA pada
satu pertiga malam kerana waktu ini lah yang waktu terapi stress yang paling
sesuai untuk kita.
Perkara yang kedua ialah dengan wirid
atau pun ZIKIR. Secara psikologinya kita hanya mampu untuk fokus dalam mengulang
kaji pelajaran hanya 45minit sahaja.Alangkah bijaknya kita sekiranya kita
berhenti seketika sebelum sambung ulang kaji pelajaran selepas 45minit itu
dengan BERZIKIR. Dalam hadith sohih Rasulullah s.a.w bersabda:"Ada dua
kalimah yang mudah untuk kamu sebut dengan lidah,tetapi berat timbangan di sisi
Allah dan dua kalimah yang sangat dikasihi Allah s.w.t,dua kalimah itu ialah Subhanallah
wa biham dihi,Subhanallah hil a'zim"
Perkara yang ketiga ialah untuk
menghadapi tekanan dan perasaan kacau bilau ini Islam juga mengajar kita untuk
menghadapi perasaan ini dengan MEMBACA AL-QURAN kerana al-Quran dapat membuka pintu
HIKMAH,KETENANGAN dan juga pintu HIDAYAH. Al quran merupakan kalam mukjizat
dari Allah yang sudah tentu di dalamnya mempunyai seribu satu penawar yang
membolehkan hamba Nya melepaskan tekanan perasaan kacau bilau ini. Di dalam
surah Al-Israa’ ayat 82,Allah SWT
berfirman:
“Dan kami turunkan dengan beransur-ansur
dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang
yang beriman kepadanya.”
Perkara yang keempat ialah islam juga
menganjurkan kita untuk sentiasa MENGEKALKAN DIRI DENGAN WUDHUK kerana kita
akan sentiasa berada dalam keadaan bersih dan suci dalam wudhuk.Para malaikat
juga suka pada orang yang berwudhuk dan para malaikat akan berdoa memohon
keampunan pada Allah terhadap orang yang berwudhuk.InsyaAllah,tanpa dosa sudah
tentu diri kita akan berada dalam keadaan tenang.Jadi,sebelum nak mengulang
kaji pelajaran,sama-sama kita latih diri kita untuk berwudhuk terlebih dahulu
supaya kita mendapt ketenangan dan mudah untuk ingat apa yang kita baca.
Marilah sama-sama kita berdoa agar kita
menghadapi peperiksaan dengan penuh ketenangan dan keyakinan serta diberkati
dan di beri pertolongan dari Allah SWT
Dalam satu hadith qudsi Allah berfirman yang bermaksud: ("Aku ini
berada pada sangkaan hambaKu padaKU"). Jika baik sangkaan kita pada
Allah,maka baiklah Allah pada kita.Andai kata kita tidak yakin maka itulah yang
kita akan perolehi.Adab kita berdoa hendaklah penuh dengan pengharapan dan
keyakinan.
No comments:
Post a Comment