Kadangkala,
dalam menjalani kehidupan di dunia ini, kita perlu sentiasa diingatkan supaya
kembali semula pada nilai kemanusiaan.Semoga jiwa kotor kita dapat diredakan
daripada taufan kehidupan ini.Kegagalan mengingati asas menyebabkan kita
kehilangan kompas dalam kembara hidup.Oleh itu,keluar seketika daripada
kegawatan dan kerunsingan isu ketamakan dan kerakusan dunia dengan kembali kita
renung sejenak pada hakikat sebuah perjalanan sebagai seorang hamba-Nya.
Walaupun
pada pandangan sesetengah ilmuan, perbincangan berkenaan hari akhirat bagaikan
kurang standard namun mereka tetap akan mati dan kehidupan ini hanya kehidupan
yang fana bukannya baqa’.Kehidupan kita akan berakhir tanpa tarikh yang dapat
diberitahu oleh sesiapa pun. Sementara kita manusia sering lupa akan ada
kehidupan yang abadi di sana.
Kita semua
sering lupa dan leka dengan hakikat ini.Malah kita lupa bahawa kita sedang
mengembara menuju ke satu destinasi.Hidup ini menjadi susah apabila kita
terlupa,ataupun tidak tahu ke mana destinasi akhir yang hendak dituju.Kemanakah
hala tuju kita mahu perjalanan hidup ini berhenti ? Di mana kompas perjalanan
hidup kita? Ramai yang tahu bila ditanya tapi terlupa apabila diburu dengan
urusan dunia.Kita yang mengaku beriman kepada Allah juga seringkali terlupa
dalam mengharungi perjalanan ini.Hakikatnya,tiada siapa yang boleh lari dari sebuah kematian yang merupakan kiamat kecil bagi kita.
No comments:
Post a Comment