Sebagai manusia, pastinya tiada siapa yang terlepas dari
ujian rasa lemah,rasa tak mampu,rasa dah tidak berdaya,rasa layu letih dan
sebagainya.Manusia sama sekali tidak akan terlepas dari merasai dan mengalami
perasaan yang saya sebutkan tadi.Rasa macam tak tahu mampu atau tidak nak
teruskan langkah ini.Rasa seperti tak tahu mampu atau tidak nak terus bertahan
dan bertahan dalam sesuatu masalah. Subhanallah !!! lemahnya kita sebagai hamba
Allah. Lemahnya manusia itu adalah dibawah pengetahuan Allah. Sebab itulah
Allah suruh kita bergantung harap padaNya semata2.Sebab itulah Allah utuskan
Rasulullah kepada kita. Sebab Allah tahu hakikat manusia ni lemah,tidak
mampu,tidak kuat jika sendiri dan tidak akan mampu bertahan untuk jangka masa
yang lama bila sendirian.
Berapa ramai manusia yang kini sedang hebat diuji oleh
Allah dengan pelbagai bentuk ujian dan dugaan yang menghimpit dada mereka
hingga menjadikan segala jiwa dan hati mereka yang dahulunya kuat dan tabah
kian luntur dan menjadi lemah.Manusia itu tidak akan boleh lari dari kesedihan,
kedukaan dan kegalauan. Segala rasa bercampur-baur menjadikan jiwa resah dan
bungkam, dan ada yang memilih untuk terus-menerus kecewa dalam hidup.Perasaan
merasakan diri lemah, galau, bungkam dan duka ini tidak dapat kita bohongi diri
sendiri. Perasaan itu benar, dan kita tidak dapat menidakkan semua ini. Terasa
betapa lemahnya diri, kita kembali merenung kehidupan.
Dan daripada situ, kita mendapati satu konklusi.Sesungguhnya
manusia ini lemah. Kerana itu manusia perlu memohon kekuatan daripada Pencipta
manusia itu sendiri! Manusia sering lupa bahawa mereka sebenarnya LEMAH.Saya
seperti anda, dan kita semua ialah manusia yang sama di sisi Tuhan. Maka sebab
itu, hakikat manusia itu lemah tidak dapat dipisahkan dari kita semua.Akhirnya,
kita perlu kembali kepada Pencipta untuk memohon kekuatan. Akhirnya, manusia
itu jualah yang lemah dan Allah jua yang Maha Berkuasa.Kembalilah memohon
kekuatan daripadaNya.Biar doa-doa menjadi pelunas rasa.Biar doa-doa menjadi
peluah rasa.Segala remuk redam diluahkan, diadukan kepada Pencipta.Allah
sesungguhnya Maha Mendengar.
Ketika kita hampir-hampir putus asa, ketika kita hampir jatuh
ke jurang kekecewaan, kita mengadu
kepadaNya.Kita benar-benar lemah dan tidak terdaya, hingga ada ketikanya
terpacul keluhan dan keluhan, kita kadang-kadang bagai terlupa Dia sentiasa
bersama kita semua.Saat ini kita menyedari bahawa tiada apa yang ada pada
kudrat manusia. Hanya Dia sahaja tempat manusia bergantung harap. Maka segala
keresahan ini diserah kepadaNya mudah-mudahan gelojak hati ini tenang.Sedarlah
bahawa sesungguhnya manusia itu LEMAH !!!
No comments:
Post a Comment