Wednesday, 27 March 2013

HANYA UNTUKKMU "D"



Aku telah mengembara ke 'hujung dunia', mencari apa yang aku inginkan.
Tapi, kali pertama aku bertemu denganmu, hatiku begitu riang gembira.
Demi Allah !!!, aku tidak tahu mengapa.Tapi itulah kebenarannya.Setelah beberapa lama kita berkawan, aku telah jatuh tersungkur ke penjuru matamu. Maafkanku.Aku hanya insan biasa yang tidak dapat membohongi perasaanku bahawa aku menyayangimu.

Dan di saat aku begitu menyayangimu, perasaan sayangku berkelana mencari singgahsana di hatimu. Ternyata aku tidak menemuinya.Engkau mencampakkannya jauh ke dasar laut yang tidak mampu untuk aku selam.
Di sana engkau jugalah yang menyalakan api dan membakar aku dalam diam.Jauh di sudut hati ini, aku merasakan engkau masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu SAYANG dan mungkin tidak akan pernah dewasa atau mungkin juga engkau belum pernah benar benar SAYANG pada seseorang.


Jadi, selama ini siapa aku di hatimu?Aku tahu, engkau anggap aku seperti orang biasa dalam hidupmu.Siapa yang memujuk aku untuk membuka pintu hatiku untuk melamarmu? Siapa yang mengajar aku bahawa SAYANG itu memerlukan pengorbanan? Siapa yang memberitahu aku agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri? Siapa lagi kalau bukan engkau yang ku gelar “D”

Engkau mungkin jenis seseorang yang boleh di SAYANGI ramai orang berkali kali. Tapi aku pula seseorang yang percaya bahawa dalam hidup aku hanya ada 'Seseorang', seseorang yang nak aku sayangi dan dalam pencarian ku ini,hatiku tersangkut pada dirimu “D”.Melangkah pergi meninggalkanmu, telah mengambil seluruh kekuatan yang aku ada. Jangan anggap aku sepikan diri  kerana aku bencikanmu. Jangan..!!! Jangan pernah kau berfikir sebegitu rupa.


Bagaimana aku harus bencikanmu, sedangkan setiap hari dan setiap detik yang berlalu, aku merinduimu, biarpun engkau tak pernah mengetahui, biarpun engkau tak pernah ambil peduli,Demi Allah !!! Di setiap saat, di setiap gerak nadi jantungku,aku mengingatimu. Seumur hidup ini aku akan menyayangimu. Meskipun takdir yang memisahkan aku dan “D”


Sebelum aku menyepikan diri dari duniamu, aku ingin nyatakan sesuatu yang tak pernah engkau tahu.Kalaulah engkau bertanya padaku, sedalam mana perasaan aku sayangkanmu,Ini lah jawapan aku untukkmu :

"Kalau suatu hari engkau kehilangan suara, aku pasti akan memberikan suaraku agar dirimu dapat bersuara semula. Meskipun waktu itu aku akan bisu selamanya....

"Kalau suatu hari engkau  kehilangan penglihatan, aku akan memberikan mataku agar  dirimu dapat melihat sayang aku biarpun waktu itu aku akan buta selamanya..

Dan kalau suatu hari engkau  kehilangan hati, aku akan memberikan hatiku agar engkau dapat hidup selamanya, meskipun waktu itu aku  tiada lagi di dunia ini.

Semuanya untukmu “D”. Seseorang telah berkata, "Jika kita benar-benar menyayangi seseorang, maka biarkan orang itu pergi dengan kebahagiannya. Kebahagiannya membuatkan kita bahagia"


Untukkmu capital “D”

Kerana aku menyayangimu,aku melangkah pergi, demi kebahagiaanmu. Aku doakan supaya suatu hari nanti engkau akan temui apa yang engkau cari.Supaya suatu hari nanti engkau akan memahami apa erti SAYANG yang sebenar.Supaya suatu hari nanti,engkau akan dapat mengetahui, bagaimana rasanya terlalu SAYANG seseorang dan semoga engkau takkan pernah terlewat untuk menghargainya.

Aku percaya pada Tuhan yang mempertemukan kita,
Aku tahu ada hikmahnya di sebalik semua ini.
Aku juga tak pernah kesal sekurang-kurangnya sepanjang mengenalimu, aku telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaanku.


Dihujung bicaraku !!!!


Aku doakamu  bahagia dengan hidupmu dunia akhirat.
Maafkan aku kerana mencuri lihat keindahanmu tanpa izinmu.
Maafkan aku kerana menyimpan perasaan ini terlalu lama,
Kerana aku hanya INSAN BIASA..
Insan yang kerdil lagi hina…

Ya Allah Ya Rabbul Izzati !!!!
AKU sayangkan “D”




JIKA ITU TAKDIRNYA



Tewasku apabila aku ketahui
Berita kau sudah berpunya
Hatimu sudah dimiliki
Hancur hatiku lebur harapanku
Terlerailah impian kasihku
Tiada dirimu untuk diriku
Lenyaplah dirimu dalam doaku


Jika itu takdir-Nya
Hilang diriku bukan kerana cinta
Hilang diriku bukan untuk menyeksa
Bagiku semua tiada lagi makna
Biarlah aku telan semua derita ini

Pergilah kau hilangkanlah dirimu
Biarkan aku jalani hidup ini tanpa dirimu
Aku sedar tiada cinta dan kasihmu
Meski hatiku tak merelai
Namun itu semua takdir dari-Nya



Jika itu takdir-Nya
Ya Allah Maha Pemurah dan Maha Pencipta
Terima kasih atas pertemuan aku dan dia
Jika ternyata dia bukan pemilik tulang rusukku
Lenyapkanlah pesonanya dari kedua mataku ini
Dengan segala kelebihan dan kekurangan yang ada
Aku terima dan aku redha dengan takdir Yang Esa
Tiada yang terbaik selain perancangan dari-Nya
Yang telah termaktub dalam buku Long Mahfuz-Nya
PadaMu ku mohon sucikan hatiku
Sehinga dapat melaksana kehendak dan rencanaMu




Jika itu takdir-Nya
Aku pasrah,ku akur akan segalanya
Tiada kekuatan dan dayaku
Untuk menolak semua takdir-Nya
Ku tahu Engkau lebih mengetahui
Apa yang terbaik untuk hamba-Mu ini
Pesanku untukmu tiada penghujung
Meskipun kau akan hilang di alam impianku
Namun ku takkan pernah lupa saat mesra kita bersama


Saturday, 2 March 2013

WARKAH PASRAH



Cinta…
Izinkan aku meluahkan rasa..
Maafkan aku andai dirimu terasa..
Aku sedar siapa diri ini…
Aku sedar status diri ini..
Aku telah cerminkan diri ini..
Aku tahu engkau menganggap ku
Hanya seperti kawan biasa…
Semua itu aku tahu !!!

Kasih…
Aku hanyalah gagak di rimba…
Mana mungkin terbang…
Bersama merak kayangan…
Aku tidak punyai apa-apa…
Yang aku ada hanyalah rasa ini..
Aku memang tak layak untuk bersamamu...
Aku  telah sedaya upaya cuba untuk melupakanmu..
Tapi aku tidak berdaya…
Kerana hati kecil mengatakan sebaliknya..

Cinta..
Semakin aku bermujahadah melupakanmu..
Semakin kuat pula aku mengingatimu..
Aku tidak tahu kenapa engkau..
Begitu dekat dihati ini..
Maafkan aku kerana menyukaimu..
Berdosakah aku kerana menyukaimu ???
Andai ini takdirnya..
Aku doakan engkau bahagia..

Kasih..
Terima kasih kerana sudi hadir..
Di dalam hidup ini..
Walaupun untuk seketika..
Aku tetap bahagia bila mengenagkan detik mesra..
Walaupun kekadang aku berkecil hati..
Dengan apa yang engkau buat..
Tapi itu semua telahpun ku maafkan..
Jasa dan budi awak tinggi puncak gunung..
Tidak ada nilai untuk ku bayarnya..
Nak ku cari memang tak bertemu..

Cinta..
Di hujung kalamku ini..
Ku mohon halalkan segala salah dan silapku..
Selama masa kita bergurau..
Biarlah semua itu menjadi kenangan silam..
Akan ku simpan kemas di dalam hati..
Biarlah ku terseksa..
Biarlah ku derita..
Asalkan engkau bahagia..
Asalkan aku tidak lagi menganggumu..
Asalkan engkau tidak perlu melayan kerenah ku lagi..
Ku doakan yang terbaik untukmu..
Di dunia dan jua di akhirat !!!!
Semoga Allah pertemukan kita di syurga