Friday, 3 February 2012

INSAN ISTIMEWA


                                          
    Ruangan coretan psikologi kali ini akan membicarakan sebuah tajuk yang amat dekat malah terlalu hampir dengan kita iaitu WANITA…Tanpa kita sedari,wanita merupakan ciptaan Allah yang amat istimewa.Kenapa saya mengatakan wanita adalah insan teristimewa? Wanita merupakan akar tunjang di sebalik kejayaan lelaki pada hari ini.Malah di zaman metropolitan kini,wanita setanding dengan kaum adam.Bak kata pepatah melayu ‘duduk sama tinggi,duduk sama rendah’.
     Kaum hawa di gelar sebagai perhiasan duniawi.Hadirnya mereka ke dunia ini adalah pelengkap kepada kehidupan manusia.Menyingkap kembali sejarah penciptaan kaum hawa bermula dari syurga lagi.Nabi Adam telah mengalami kesunyian hidup lalu dengan kuasa Allah SWT,terciptalah insan yang di gelar perhiasan duniawi.Terciptanya mereka adalah dari tulang rusuk lelaki.Bukan dari kaki untuk di alasi malah bukan dari kepala untuk di junjung.Tetapi tercipta mereka ini adalah di bahu untuk di lindung.Dekat jua di hati lelaki untuk di kasihi.Bukan untuk di zalimi apatah lagi untuk sebagai hamba pemuas nafsu semata-mata.
    Pada marcapada kini,kita sering melihat gambar-gambar wanita di papan iklan malah di kaca televisyen sering kita lihat mereka sebagai model atau duta kepada syarikat-syarikat perniagaan tak kira dari perniagaan kecil hinggalah dari perniagaan besar.Rata-rata syarikat lebih tertarik atau menarik untuk memilih kaum hawa sebagai model atau duta mereka.Hal ini tidak salah malah ia menggalakkan persaingan yang sihat dalam pasaran.Namun kita mesti ingat bahawa setiap perkara ada batasannya.Tuntutan syarak perlu di utamakan melebihi segala-galanya.Keadaan ini seakan-akan kaum hawa dieksploitasikan bagi menarik perhatian umum.Kembali pada tujuan asal,penciptaan kaum hawa bukan untuk dieksploitasikan bagi mengaut keuntungan.Kita seharusnya tidak terlalu keterlaluan sehingga mahu menggadaikan maruah tubuh kaum hawa.Masyarakat kini tidak memandang serius hal ini kerana saya yakin dan percaya minda masyarakat kini telah di jajah oleh pemikiran barat.Di barat,kita bebas melakukan apa-apa sahaja tanpa segan silu.Tetapi adat ketimuran kita telah mengajar kita tentang had perbatasan.Malah hal ini juga menjadi tuntutan dalam syarak.Nak mengaut untung tidak menjadi satu kesalahan dalam islam tetapi tidaklah sehingga mengeksploitasikan kaum hawa sebagai tarikan utama sehingga menggadaikan maruah tubuh insan yang istimewa ini.Mereka di cipta bukan sebagai barang untuk di perdagangkan malah kehadiran mereka di muka bumi Allah ini adalah sebagai pelengkap dan teman untuk kaum adam.
       Oleh yang  demikian,wahai para ibubapa yang perihatin,wahai kaum suami yang mempunyai tanggungjawab yang besar,wahai kaum adam yang di anugerahkan kaum hawa sebagai peneman hidup,wahai umat sekalian alam,perhatikanlah dunia hari ini yang semakin hari semakin tua.Pelbagai musibah dan bala dari Allah sebagai tanda peringatan-Nya.Dalam hal ini,para ibuba perlulah mendidik kaum hawa ini dengan petunjuk warisan yang telah baginda Nabi Muhammad SAW tinggalkan kepada kita yakni Alquran dan As sunnah.Didiklah wanita dengan keimanan bukan dengan harta ataupun pujian kerana di suatu hari kelak akan mengundang masalah terhadap masyarakat.Bimbinglah mereka sebagaimana yang telah Rasulullah ajarkan pada kita.Buat para wanita yang ku sanjungi sekalian,sedarlah bahawa kelembutan bukanlah kelemahan untuk dieksploitasikan malah bukan jua satu penghinaan dari Allah tetapi kelembutanmu adalah perhiasan duniawi semata-mata…..Renung-renungkanlah !!!!!!!!


 
                                                                                                                  

No comments:

Post a Comment