Tuesday, 13 March 2012

BILA CINTA TERUNGKAP

Assalamualaikum…salam sejahtera dan salam satu Malaysia.Apa khabar semua? Di harapkan kita sentiasa dilindungi oleh rahmat-Nya Yang Maha Kuasa,Yang Maha Pencipta dan segala kebesaran dan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat-Nya…Dalam suasana sekarang,aku sedang mengalami satu ujian getir ciptaan manusia dan ujian ini amat penting bagiku.Tak lain dan tak bukan lagi,ujian ciptaan manusia itu ialah SPM.Dalam masa yang sama juga,aku telah mengalami perasaan yang begitu sukar untuk diterjemahkan baik melalui mulut mahupun melalui gerak mata.Perasaan ini adalah buat julung kalinya dan pengalaman ini tidak mungkin aku lupakan.

Berbicara soal hati ini mungkin akan menjadi fobia atau trauma bagi seseorang.Ini terjadi mungkin disebabkan pengalamannya yang terdahulu.Tetapi bagiku,soal hati ini adalah persoalan yang memerlukan perungkaian yang jelas dan tiada unsur yang boleh mengelirukan.Kadang-kadang bila hati ini berdebar,banyak unsur yang boleh mengelirukan.Kadang-kadang bila hati ini berdebar,banyak konklusi yang boleh dirungkaikan.Sebagai contoh,hati berdebar mungkin gementar untuk hadapi SPM dan mungkin juga kerana tidak ada persediaan untuk hadapi SPM.Nampak??? pelbagai spekulasi yang boleh ditimbulkan.Namun apa yang pasti,hanya tuan empunya badan sja yang mempunyai jawapannya.

Berkenaan dengan hati,tanpa kita sedari hati merupakan anugerah Allah yang amat bernilai.Dalam pepatah ciptaan sendiri ada mengatakan biar buta mata jangan buta hati.Buta hati akan menyebabkan seseorang itu tersalah menilai.Berdiskusi tentang hati,kita tidak dapat lari dari menyentuh soal cinta.Dan sekarang,aku disahkan mengalami penyakit lamunan cinta.Aku tak pasti sama ada ianya cinta atau hanya satu lamunan semata-mata.Tapi apa yang pasti,cintaku telah hadir dengan sendiri dan bukan yang ku cari.Cinta ini lahir dari nuraniku dan bukan ku yang undangnya datang.Banyak orang,banyaklah pendapat.Tetapi aku berpendapat bahawa sudah tiba masa untuk melahirkan rasa cinta tetapi bukan sekarang.Bila? Di mana? Bagaimana? Itu semua terletak pada yang Esa.Bila hati mula berdebar ketika melihat orang yang dikasihi,maka cinta akan timbul dengan sendiri.Tanpa di undang.Tanpa di duga dan kadang kala kita sendiri belum bersedia.Tetapi dalam hal ini,hatiku telah jatuh hati pada seseorang.Seseorang yang dalam pemikiranku,dialah gadis melayu terakhir yang telah ku temui.Namun aku tak pasti sama ada ia benar-benar cinta atau hanya tipu daya dar syaitan.Tapi aku pasti ini adalah kali pertama aku rasa seperti ini dan dalam hidup ini,aku tak pernah bermadu kasih bermain cinta dengan sesiapa lagi.Itu yang pasti.
 
Apabila timbul perasaan sebegini rupa,timbul seribu persoalan yang selalu bermain di mindaku.Siapakah aku yang ingin bertemankan seorang perempuan yang solehah?Adakah aku layak untuk menjadi teman hidupnya?Adakah dia mahu menerimaku?Adakah dia sudi menjadi suri dalam hidupku?Arghh….banyak persoalan yang timbul.Aku buntu dan terus buntu.Dalam usaha merungkai banyak persoalanku ini.Dahulu,aku sukar jatuh hati kepada sesiapa.Namun kehadirannya dalam hidupku telah menggugat pendirian.Pada aku,dia seorang perempuan yang baik dan solehah.Walaupun aku tidak mengenalinya dengan lebih mendalam,walaupun aku tidak pernah bertemu sua dan berbual dengannya,walaupun hanya memandang dari jauh saja,namun aku pasti dan yakin dia adalah perempuan yang baik dan solehah yang pernah ku jumpa.Namun yang pastinya,apabila cintaku ini terungkap padanya,aku hanya mampu bersyukur dan menunggu jawapan darinya.Semoga kita semua dapat menjadi yang terbaik dalam kehidupan kita.

DI PENGHUJUNG NOKTAH

Saudara Saudari Sekalian,
    Kini,kita hampir berada di penghujung musim persekolahan.Dalam erti kata yang lain,musim persekolahan sudah hampir menemui titik nokhtahnya.Dalam kita berada di suasana kegembiraan menyambut musim percutian,kita seharusnya memperingatkan diri kita bahawa erti seorang pelajar sentiasa mencari ilmu.Tiada erti “habis belajar” kerana ilmu di dunia tak terkira banyaknya.Dalam musim cuti inilah,pelbagai coretan suka duka akan tercipta. 
    Setelah hampir 10 bulan kita berada di alam persekolahan,saya yakin dan percaya,terdapat pelbagai kisah suka duka dan jatuh bangunnya kita.Jika kita imbas kembali,pelbagai coretan yang telah kita nukilkan.Ada kisah yang enak di dengar tak kurang juga kisah yang tidak enak di dengar.Apa-apa pun itulah kehidupan.Kita sendiri yang telah melakarkan dan mencorakkannya.Maka disini benarlah kata-kata cendiakawan yang menyatakan bahawa “Anda merupakan arkitek kehidupan anda sendiri.”Bagi yang cemerlang atau berjaya menjadi yang terbaik,syabas diucapkan.Bagi yang kurang berjaya membentuk peribadi yang unggul pada tahun ini,rileks!!!!Anda sebenarnya masih ada peluang dan ruang lagi untuk memperbaiki prestasi.Bak kata pepatah melayu “Gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya.”
 
     Dalam kita mengimbas kelemahan dan kekurangan diri kita,janganlah mudah berputus asa kerana kita mesti ingat bahawa dalam dunia ini,ada orang yang lebih teruk dari kita.Kalau kita berada di bawah,ingat!!!ada orang yang lebih susah dari kita.Janganlah sesekali kita berputus asa,usahlah mengenangkan kesilapan yang lalu kerana mengenangkan kesilapan yang lalu akan menambah penyesalan yang tidak akan membawa apa-apa perubahan diri.Oleh itu,bangkitlah!!!belajarlah dari kesilapan.Jangan sesekali merendahkan diri.Lihat ke hadapan.Carilah peluang untuk kembali pada jalan-Nya yang lurus.

     Dalam kita mengimbas kelebihan dan kejayaan diri kita,janganlah kita mudah terleka di buai ayunan kejayaan yang lalu.Jangan pernah merasa selesa dengan apa yang telah kita kecapi.Ingat!!!Sejarah telah membuktikan bahawa memenangi atau meraih sesuatu kejayaan memang mudah tetapi untuk mempertahankan sesuatu kejayaan bukan mudah.Oleh itu kita seharusnya bersyukur dengan kelebihan yang ada pada diri kita.Teruskanlah berusaha.Jangan pernah merasa anda di zon yang selesa.Gunakanlah kelebihan kita sedaya yang mungkin dalam membimbing rakan-rakan yang lain.

Bagi calon-calon SPM
    Ingatlah !!!Anda merupakan ejen sekolah bagi mengharumkan nama sekolah .Kejayaan anda merupakan kejayaan sekolah juga.Oleh itu berusahalah Semampu yang boleh.Sebelum nasi menjadi bubur,sebelum hari masih cerah,sementara waktu masih ada,sementara jam masih berdetik,berusahalah.Carilah jalan untuk menuju sebuah kejayaan.Sempena menyambut hari raya Aidil Adha ini juga,hayatilah erti sebenar pengorbanan.Berkorbanlah seketika untuk masa depan yang lama.Insya –Allah.Tinggallah sebentar kesenangan hidup demi melakar sebuah kejayaan,menggembirakan jiwa pendidik,membanggakan wajah ibubapa serta mengharumkan nama baik sekolah,keluarga dan negara.Ayuhlah,bangkitlah dari lamunan yang sia-sia.Coraklah masa depanmu dengan berusaha dari sekarang.Yakinlah dan percayalah tuhan tidak akan mensia-siakan usaha dan doa hamba-Nya.Yakinlah dengan apa yang anda lakukan.Insya-Allah !!! kita akan dapat hasilnya setimpal dengan apa yang kita usahakan.

Sebagai Penutup Kalam…
       Muhasabah kembali dengan apa yang telah kita lakarkan sebagai kenangan alam persekolahan kita nanti.Usahlah sedih dengan kekalahan atau kegagalan yang kita terima .Anda masih mampu mengubahnya.Usahlah terlalu gembira dengan kejayaan yang telah kita terima kerana kejayaan hari ini belum tentu kita mampu mempertahankannya.Berusahalah demi masa depan kita bersama.Keputusan Trial SPM bukanlah titik noktah perjuangan sebenarnya.Jika cerdikpandai seperti Thomas Eddison pun boleh bangkit dari kegagalan apatah lagi kita yang masih ada peluang dan ruang.Bangkitlah dari kegagalan.Belajarlah dari kesilapan.Semoga kita semua berjaya di dunia dan di akhirat.Sekian…..


BANGKITLAH DARI KEGAGALAN
BELAJARLAH DARI KESILAPAN

Sunday, 11 March 2012

ERTI KEBAHAGIAAN


Assalamualaikum…di harapkan anda semua berada dalam keadaan yang sejahtera.Melihat suasana petang di Dusun Wang Berangan,aku terpanggil untuk memperkatakan sesuatu.Sesuatu yang amat penting dalam setiap kehidupan yang digelar INSAN.Sesuatu perkara yang sering bermain dalam minda manusia seharian.Tak dapat dinafikan,kadang kala ada manusia yang tak pernah kisah langsung tentang kehidupannya.

Bercakap mengenai kebahagiaan,pada dasar mempunyai tujuh huruf iaitu B,A,H,A,G,I,A.Bagi seorang insan yang normal,bahagia itu terletak kepada wang semata-mata.Tapi berbeza dari sudut psikologi.Dari sudut psikologi,bahagia adalah satu perasaan yang muncul di sebabkan ketenangan dan keharmonian hidup.Wang bukanlah segala-galanya namun segala-galanya memerlukan wang.Perkataan bahagia seringkali berkaitan dengan kejayaan.Namun persoalannya,adakah orang yang tidak berjaya itu tidak bahagia?bahagia itu amat penting.Jika anda di beri pilihan sama ada KEJAYAAN,KEKAYAAN atau KEBAHGIAAN? Manakah yang akan anda pilih?? Berdasarkan persoalan ini,kita dapat simpulkan bahawa jka kita pilih kebahgiaan nescaya kejayaan dan kekayaan turut bersama.Berbeza dengan anda pilih kekayaan.Kaya namun tidak berjaya apatah lagi bahagia.Manusia sering mengungkap ‘apalah gunanya wang kalau hidup tak bahagia”.Saya ingin mengajak para pembaca untuk merenungkan ungkapan ini dengan penuh kesedaran dan keinsafan.

Sebenarnya kebahagiaan itu tidak memerlukan wang.Cukup sekadar dengan ungkapan-ungkapan yang penuh keindahan.Kadang kala manusia menyibukkan diri mencari seberapa banyak harta namun terlupa mencri kebahagiaan.Manusia juga seringkali terkeliru dalam menjejaki kebahagiaan yang hakiki.Kebahagiaan hakiki dalah kebahagiaan yang suci.Dalam kita leka mengejar kebahagiaan,cinta kita pada Sang Pencipta jangan dilupakan.

Sebagai penutup coretan pada kali ini,saya ingin membawa satu ungkapan yang mungkin membuatkan kita terfikir sampai mati.Kebahagiaan itu adalah satu keperluan bukan satu kehendak.Jadi,sama ada kita mahu ataupun tidak,kita perlu mencari kebahagiaan itu.Kebahagiaan yang suci adalah kehidupan yang diredhai Allah.Keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan ibubapa kita.Oleh itu saya harap kita semua dapat memahami erti sebenar sebenar KEBAHGIAAN…

SAAT KAU PERGI

Saat kau pergi
Dari kamus hidupku
Ku rasa inilah
Nafas terakhirku
 
Saat kau pergi
Tinggalkan aku
Ku rasa begitu lemah
Seakan lembing menusuk kalbuku


Maafkan ku
Ampunilah aku
Ku rasa bersalah
Aku akui…
Aku lemah tanpamu

Saat kau pergi
Melangkah jauh
Dari hidupku…
Menghapuskan…
Kenangan kita
Bersama…

Ku akui hakikatnya
Kau takkan kembali
Ku redha dan pasrah
Pada ketentuan
Takdir-Nya
Yang Maha Esa