Tuesday, 13 March 2012

DI PENGHUJUNG NOKTAH

Saudara Saudari Sekalian,
    Kini,kita hampir berada di penghujung musim persekolahan.Dalam erti kata yang lain,musim persekolahan sudah hampir menemui titik nokhtahnya.Dalam kita berada di suasana kegembiraan menyambut musim percutian,kita seharusnya memperingatkan diri kita bahawa erti seorang pelajar sentiasa mencari ilmu.Tiada erti “habis belajar” kerana ilmu di dunia tak terkira banyaknya.Dalam musim cuti inilah,pelbagai coretan suka duka akan tercipta. 
    Setelah hampir 10 bulan kita berada di alam persekolahan,saya yakin dan percaya,terdapat pelbagai kisah suka duka dan jatuh bangunnya kita.Jika kita imbas kembali,pelbagai coretan yang telah kita nukilkan.Ada kisah yang enak di dengar tak kurang juga kisah yang tidak enak di dengar.Apa-apa pun itulah kehidupan.Kita sendiri yang telah melakarkan dan mencorakkannya.Maka disini benarlah kata-kata cendiakawan yang menyatakan bahawa “Anda merupakan arkitek kehidupan anda sendiri.”Bagi yang cemerlang atau berjaya menjadi yang terbaik,syabas diucapkan.Bagi yang kurang berjaya membentuk peribadi yang unggul pada tahun ini,rileks!!!!Anda sebenarnya masih ada peluang dan ruang lagi untuk memperbaiki prestasi.Bak kata pepatah melayu “Gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya.”
 
     Dalam kita mengimbas kelemahan dan kekurangan diri kita,janganlah mudah berputus asa kerana kita mesti ingat bahawa dalam dunia ini,ada orang yang lebih teruk dari kita.Kalau kita berada di bawah,ingat!!!ada orang yang lebih susah dari kita.Janganlah sesekali kita berputus asa,usahlah mengenangkan kesilapan yang lalu kerana mengenangkan kesilapan yang lalu akan menambah penyesalan yang tidak akan membawa apa-apa perubahan diri.Oleh itu,bangkitlah!!!belajarlah dari kesilapan.Jangan sesekali merendahkan diri.Lihat ke hadapan.Carilah peluang untuk kembali pada jalan-Nya yang lurus.

     Dalam kita mengimbas kelebihan dan kejayaan diri kita,janganlah kita mudah terleka di buai ayunan kejayaan yang lalu.Jangan pernah merasa selesa dengan apa yang telah kita kecapi.Ingat!!!Sejarah telah membuktikan bahawa memenangi atau meraih sesuatu kejayaan memang mudah tetapi untuk mempertahankan sesuatu kejayaan bukan mudah.Oleh itu kita seharusnya bersyukur dengan kelebihan yang ada pada diri kita.Teruskanlah berusaha.Jangan pernah merasa anda di zon yang selesa.Gunakanlah kelebihan kita sedaya yang mungkin dalam membimbing rakan-rakan yang lain.

Bagi calon-calon SPM
    Ingatlah !!!Anda merupakan ejen sekolah bagi mengharumkan nama sekolah .Kejayaan anda merupakan kejayaan sekolah juga.Oleh itu berusahalah Semampu yang boleh.Sebelum nasi menjadi bubur,sebelum hari masih cerah,sementara waktu masih ada,sementara jam masih berdetik,berusahalah.Carilah jalan untuk menuju sebuah kejayaan.Sempena menyambut hari raya Aidil Adha ini juga,hayatilah erti sebenar pengorbanan.Berkorbanlah seketika untuk masa depan yang lama.Insya –Allah.Tinggallah sebentar kesenangan hidup demi melakar sebuah kejayaan,menggembirakan jiwa pendidik,membanggakan wajah ibubapa serta mengharumkan nama baik sekolah,keluarga dan negara.Ayuhlah,bangkitlah dari lamunan yang sia-sia.Coraklah masa depanmu dengan berusaha dari sekarang.Yakinlah dan percayalah tuhan tidak akan mensia-siakan usaha dan doa hamba-Nya.Yakinlah dengan apa yang anda lakukan.Insya-Allah !!! kita akan dapat hasilnya setimpal dengan apa yang kita usahakan.

Sebagai Penutup Kalam…
       Muhasabah kembali dengan apa yang telah kita lakarkan sebagai kenangan alam persekolahan kita nanti.Usahlah sedih dengan kekalahan atau kegagalan yang kita terima .Anda masih mampu mengubahnya.Usahlah terlalu gembira dengan kejayaan yang telah kita terima kerana kejayaan hari ini belum tentu kita mampu mempertahankannya.Berusahalah demi masa depan kita bersama.Keputusan Trial SPM bukanlah titik noktah perjuangan sebenarnya.Jika cerdikpandai seperti Thomas Eddison pun boleh bangkit dari kegagalan apatah lagi kita yang masih ada peluang dan ruang.Bangkitlah dari kegagalan.Belajarlah dari kesilapan.Semoga kita semua berjaya di dunia dan di akhirat.Sekian…..


BANGKITLAH DARI KEGAGALAN
BELAJARLAH DARI KESILAPAN

No comments:

Post a Comment