Saturday, 23 February 2013

FENOMENA 14 FEBRUARI



Isu yang mana rata-rata dipersoal, dipertikai, dijadikan sebagai bahan bualan bila tibanya pertengahan bulan Februari. Apa lagi andai tidak lain dan tidak bukan Valentine’s Day’. ‘ Hari Kekasih’ konon-kononnya sebagai memperingati kisah cinta, kisah sayang dan segala bala. Apakah hari yang dianggap sebagai  hari yang istimewa ini membawa seribu satu erti buat pasangan kekasih..?? Andai begitu kiranya hari lain tidak dikira sebagai Hari Kekasih, sekadar hari-hari biasa sahaja.


Adat manusia yang sudah tahu pantang larangnya namun begitu tetap juga mahu melakukannya. Ibarat kanak-kanak yang dilarang melakukan sesuatu, tetap berdegil nak melakukan juga. Bila disuruh, enggan pula melaksanakannya. Itu kanak-kanak Ribena yang belum ‘beramanah’ lagi. Bagaimana pula dengan kanak’kanak hingusanyang serba serbi tahu tentang itu ini. Akal yang membatasi sempadan. Tetap juga mahu berbuat perkara yang tertegah sama sekali. Sedangkan kalam ALLAH ‘mereka boleh dustakan, mahupun firman Allah ‘mereka’ boleh pertikaikan..apatah lagi kata-kata makhluk yang serupa ‘mereka’.

Risau andainya sembilan atau sepuluh bulan dari sekarang, lahirnya anak-anak kecil yang tidak berdosa. Menangis sana-sini. Mencari tempat berpaut, dimanakah ayah..??? dimanakah ibu..???  Suara tangisan yang bergema sekadar bersahutan dalam diam. Dan akhirnya sebahagian lagi terkulai kaku terus melangkah’ ke syurga.  Kesan daripada hilangnya satu pegangan’, maka akan terlahirlah insan terbuang. Belum lagi yang dikira sebagai ‘pembunuh’ awalan. Apatah lagi hati mengeras sekeras-kerasnya untuk menerima kesan daripada perbuatan sendiri.

Semoga kita umat islam khususnya anak muda melayu sedar hakikat sambutan Valentine Days hanyalah propaganda Yahudi bagi merosakkan masa depan umat islam.Ayuhlah pemuda islam yang masih bertaut pada ajaran Al Quran & As Sunnah,sedarkanlah umat islam hari ini akan bahayanya agenda Yahudi ini iaitu HARI KEKASIH.

Friday, 22 February 2013

SEPI SEORANG INSAN



Bilaku rindu padamu..
Terasa kuatnya cintaku..
Terasa sepinya hatiku…
Terbangkit resah terpandang wajahmu..
Bertambahlah kasih sayangku..
Sesaat kau tak ku pandang..
Terasa sepinya jiwaku..
Tertunggu aku hadirnya dirimu..
Walaupun sekelip mata..
Walaupun hanya dalam mimpi..
Walaupun sekadar khayalan..

Betapa sepinya hidup seorang insan biasa..
Dihanyut oleh keresahan..
Dibuai oleh kealpaan…
Rindu hatiku tak jemu padamu..
Selagi kau masih ku cinta..
Biar apa pun yang memisahkan..
Namun ku tetap menyintaimu..
Selagi hidup belum berakhir..
Selagi itu ku merinduimu..

Ku seorang insan biasa yang sepi..
Sepiku penuh dengan seribu bahasa..
Yang kadang kala susah untuk di terjemahkan…
Hanya tuhan bisa mengetahui…
Tak jemu ku terus menanti..
Walaupun ajal yang sedang menanti…