Isu yang mana
rata-rata dipersoal, dipertikai, dijadikan sebagai bahan bualan bila tibanya
pertengahan bulan Februari. Apa lagi andai tidak lain dan tidak bukan ‘Valentine’s Day’. ‘ Hari Kekasih’ konon-kononnya
sebagai memperingati kisah cinta, kisah sayang dan segala bala. Apakah hari
yang dianggap sebagai hari yang istimewa
ini membawa seribu satu erti buat pasangan kekasih..?? Andai begitu kiranya
hari lain tidak dikira sebagai Hari
Kekasih, sekadar hari-hari
biasa sahaja.
Adat manusia yang sudah
tahu pantang larangnya namun begitu tetap juga mahu melakukannya. Ibarat
kanak-kanak yang dilarang melakukan sesuatu, tetap berdegil nak melakukan juga.
Bila disuruh, enggan pula melaksanakannya. Itu kanak-kanak Ribena yang belum ‘beramanah’ lagi. Bagaimana pula dengan ‘kanak’kanak hingusan’ yang serba serbi tahu tentang itu ini. Akal
yang membatasi sempadan. Tetap juga mahu berbuat perkara yang tertegah sama
sekali. Sedangkan kalam ALLAH ‘mereka’ boleh dustakan, mahupun firman Allah ‘mereka’ boleh pertikaikan..apatah
lagi kata-kata makhluk yang serupa ‘mereka’.
Risau andainya
sembilan atau sepuluh bulan dari sekarang, lahirnya anak-anak kecil yang tidak
berdosa. Menangis sana-sini. Mencari tempat berpaut, dimanakah ayah..???
dimanakah ibu..??? Suara tangisan yang
bergema sekadar bersahutan dalam diam. Dan akhirnya sebahagian lagi terkulai
kaku terus ‘melangkah’ ke syurga.
Kesan daripada hilangnya satu ‘pegangan’, maka akan
terlahirlah insan terbuang. Belum lagi yang dikira sebagai ‘pembunuh’ awalan. Apatah lagi hati mengeras sekeras-kerasnya untuk
menerima kesan daripada perbuatan sendiri.
Semoga kita umat islam khususnya anak muda melayu sedar hakikat sambutan Valentine Days hanyalah propaganda Yahudi bagi merosakkan masa depan umat islam.Ayuhlah pemuda islam yang masih bertaut pada ajaran Al Quran & As Sunnah,sedarkanlah umat islam hari ini akan bahayanya agenda Yahudi ini iaitu HARI KEKASIH.
No comments:
Post a Comment