Monday, 27 May 2013

TUHAN SEDANG MENGUJI



Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. 
Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.


Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita.

Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.


Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Wednesday, 15 May 2013

AKU & CINTA



Aku tak menyedari apa yang telah ku lakukan ini
Hati ini menguasai setiap gerak dan fikiranku
Aku hanya ingin kau tahu
Bahawa saat ini aku bahagia

Kerana kamulah ku fahami
Cinta itu tak harus memiliki
Kerana cinta yang kurasa
Ada dalam jiwa bukan dalam raga




Semua begitu nyata
Aku menatapmu bukan dari mata
Aku mendengarmu bukan dari telinga
Aku memikirkanmu bukan dari logika
Kerana semua yang ku lakukan untukmu
Dari hati yang terdalam, nurani yang terang
Kerana kamu telah duduk manis di singgahsana hatiku


Mungkin aku kehilangan kamu
Tapi aku tidak kehilangan rasa untuk mencintaimu
Sebisa mungkin akan ku pelihara rasa ini
Hingga ku sedari, aku tidak mengharap balas cintamu
Yang ku harap adalah kebahagian dan segala harapanmu


Thursday, 9 May 2013

INI UNTUK AWAK !!!



Awak...
Awak tahu tak,saya sentiasa memerhatikan awak..
Awak tahu tak,bagaimana pedihnya hati saya melihat awak..
Awak tahu tak bagaimana saya begitu merindui awak dalam waktu yang sama saya kena berpura-pura telah melupakan awak...
Awak...saya sendiri tak faham kenapa saya begitu sayangkan awak.. ♥

Awak…
Kenapa awak dah tak macam dulu ?
Awak yang ceria membalas mesej saya
Awak yang sentiasa gurau senda dengan saya
Awak sibuk ke ?
Awak.. dimana awak yang dahulu ?
Awak yang tak pernah tak membalas mesej saya
Awak.. awak dah nak pergi dari hidup saya ke ?
Awak dah tak nak bergurau senda dengan saya lagi ke ?



 

Awak…
Saya tahu saya hanyalah insan biasa
Saya sedar saya tak layak untuk awak
Saya akui saya bukan insan yang sempurna
untuk menyempurnakan hidup awak..
Saya juga tahu yang awak dah pun berpunya

Awak…
Saya akur dengan kehendak awak
Saya faham awak takkan pernah lihat perasaan saya
Walau segunung tinggi mana sekalipun harapan saya
Tinggi lagi impian awak bersama si dia..
Saya faham la awak..
Saya perlu undur dari menganggu awak..
Saya tetap saya yang takkan pernah bisa
merampas kebahagiaan orang lain..

Awak..
Akhir kata dari saya
Terima kasih atas semua ini
Walaupun saya tak pernah bersemuka dengan awak
Tapi saya yakin awak adalah wanita solehah
Saya sentiasa berada dibelakang awak
meskipun awak tak pernah fikir semua itu..
Saya sayangkan AWAK !!!