Wednesday, 15 May 2013

AKU & CINTA



Aku tak menyedari apa yang telah ku lakukan ini
Hati ini menguasai setiap gerak dan fikiranku
Aku hanya ingin kau tahu
Bahawa saat ini aku bahagia

Kerana kamulah ku fahami
Cinta itu tak harus memiliki
Kerana cinta yang kurasa
Ada dalam jiwa bukan dalam raga




Semua begitu nyata
Aku menatapmu bukan dari mata
Aku mendengarmu bukan dari telinga
Aku memikirkanmu bukan dari logika
Kerana semua yang ku lakukan untukmu
Dari hati yang terdalam, nurani yang terang
Kerana kamu telah duduk manis di singgahsana hatiku


Mungkin aku kehilangan kamu
Tapi aku tidak kehilangan rasa untuk mencintaimu
Sebisa mungkin akan ku pelihara rasa ini
Hingga ku sedari, aku tidak mengharap balas cintamu
Yang ku harap adalah kebahagian dan segala harapanmu


No comments:

Post a Comment