Tuesday, 11 February 2014

BUMI KINANAH KEMBALI BERDARAH

Aduhai bumi kinanah kembali berdarah
Dari jauh kedengaran suara merintih
Ayah-ayah dibunuh disembelih
Ibu-ibu dinoda diperkosa
Anak-anak kecil terbunuh tanpa dosa
Kampung halaman hancur musnah tersungkur
Tanda kemanusiaan insan yang kian terkubur



Aduhai bumi gedung ilmu...
Saban hari kami menatap penderitaanmu
Parut luka lama masih belum sembuh
Kini ia kembali berdarah
Menjadi semakin parah
Air mata tangisanmu tak mampu kami kesat
Parah lukamu tak terdaya kami rawat
Musuh durjanamu tidak bersungguh kami sekat
Apa hujah kami nanti di akhirat
Jika ditanya apa yang kami telah buat?
Masih tergamakkah kita berdiam kaku
Tanpa menghulur tangan sedia membantu
Sedangkan kita masih mampu mengadu
Kepada Tuhan Yang Maha Satu...



Ya Allah...dengarlah suara rintihan ini
Buat saudara kami yang dikasihi
Hentikan segala kesedihan dan penderitaan
Kami merayu dengan penuh harapan
Hancurkan kezaliman musnahkan penindasan
Hantarkan pertolongan pasakkan keyakinan
Semoga ia berakhir dengan kemenangan
Selamatkanlah ardhul kinanah dari kemusnahan...


PERIT SEBUAH PERPISAHAN

Pertama sekali cuba kita fahami fitrahnya alam dunia ini.Tiada satu pertemuan pun yang berlaku tanpa di sudahi dengan perpisahan.Ini menandakan bahawa apa tiada yang kekal di dunia ini kecuali Dia.Perpisahan sungguhpun mudah disebutkan di bibir insan, tetapi ternyata ia keadaan paling sukar dihadapi dengan tenang.Tiada manusia yang tidak sedih dengan sebuah kehilangan.Mana ada manusia yang mahu kebahagiaannya hilang.


Namun, kita perlu sedar bahawa kehidupan bukanlah seperti apa yang kita bayangkan.Di saat pertemuanmu dengan seseorang, persiapkan diri menghadapi perpisahan dengannya suatu hari nanti.Sakitnya kehilangan tiapa siapa mampu ungkapkan dengan perkataan.Hanya airmata menjadi jawapan.  Tambahan pula perpisahan melibatkan insan yang disayang.Perpisahan dengan ibu bapa, saudara, sahabat-sahabat tentunya akan mengukir parut yang tidak hilang bekasnya lantaran kenangan dan keindahan yang sering terimbas kembali di minda fikiran.Namun, hakikatnya hidup terlalu singkat untuk di habiskan dengan memikirkan segala jam yang telah lepas.Mungkin kalaupun tidak terpisah kerana jodoh dan pertemuan yang kuat, nanti akan terpisah jua oleh maut yang pasti sedang mendekat.



Apa yang penting, sesakit apa pun perasaan yang mencucuk di dalam.  Jangan lupa kembali mengingati Allah.Segala apa yang kita ada hanya pinjaman.Segala yang termiliki akan dipulangkan.Kita tidak pernah memiliki apa-apa tanpa pemberianNya.Allah pinjamkan mereka untuk kita merasa bahagia.  Untuk kita belajar berkasih sayang.Untuk kita saling menebarkan peringatan.

Tetapi jangan gundah dan jangan hancur dalam kesedihan.Kita masih ada peluang untuk bertemunya lagi.Masih ada!  Iaitu di alam abadi.Di tempat yang tidak akan ada lagi perpisahan ke dua kali.Kerana itu kita perlu saling menasihati dan saling memperbaiki diri, semoga Allah kumpulkan kita sekali lagi di sana nanti.Bertaqwalah kepada Allah, nanti Allah akan cukupkan kita dengan segala kurniaanNya.

DI SEBALIK KELEMBUTAN WANITA

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari




Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat .celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian Dan membasuh baju




Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi
Hukum agama telah terpapar



Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

'KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'





Tak perlu mncari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,

Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI......

Monday, 10 February 2014

AKU MASIH DI SINI

Aku lahir ke atas dunia dengan izin Mu
Lahirku saat Rasul dan Para Sahabat telah tiada
Para tabi’ dan tabi’in juga telah meninggalkanku
Zaman ku adalah zaman pemerintahan islam tidak berkuasa lagi
Aku terbit di tengah masyarakat islam
Namun islam tiada lagi dalam hati dan hidup mereka

Tapi aku bersyukur kerana masih ada lagi
Yang mahu melihat islam bersinar semula
Aku kuatkan azam untuk menyertai mereka
Cuba sedaya upaya menggerakkan generasiku yang lumpuh ini
Generasiku seusiaku yang sakit
Lalai dengan hiburan dan asyik memuaskan nafsu
Sibuk dengan cinta penuh noda

Aku takut aku lemah untuk membimbing mereka
Kerana aku juga tidak sempurna
Namun aku sedar bahawa tugas besar ini
Adalah wajib dan tidak memerlukan insan sempurna
Kerana tiada manusia yang terlepas dari dosa
Dan tugasku adalah berusaha
Gagal jatuh,dicela tak diterima itu perkara biasa



Aku terus berdoa agar aku ditetapkan hati
Bukan nilaian harta yang aku cari
Bukan juga kerana nama ingin dikenal sebagai insan mulia
Cukuplah REDHA MU sebagai harga
Bantulah hamba Mu ini !!!
Sedarkanlah generasiku ini ya RABB
Bangunkanlah semula ummat ini
Aku yakin ISLAM pasti kembali
Dan aku takkan pernah berhenti
Demi agamamu ya Rabbul Izzati

Wednesday, 5 February 2014

TERIMA KASIH SAYANG

Tak kusangka ku bisa bertemu orang sepertimu..
Orang yang setia menemani hari hariku
Kau bagai pelita, pelita dalam kegelapan hatiku
Dan kau bagaikan bunga ditaman hatiku..

Aku ingin kau menjadi miliku…
Menjadi pendamping hidupku...
Aku akan selalu sayang kepadamu..
Selalu sayang pada semua kenangan yang kau berikan
Entah itu manis, mahupun pahit..
dan kini, hanya kau yang terindah dalam hidupku..




Setiap hembusan nafas selalu menyebutmu
Setiap aliran darah selalu berkata namamu
Siang malam aku selalu membayangkanmu
Kebahagiaan dan kesedihan selalu kita lalui berdua
Aku untukmu dan kau untukku
Hukum itu selalu kita pegang erat-erat

Semoga tuhan terus memberkati
Hubungan jujur tak kan pernah mati
Aku berjanji untuk setia
Aku yakin kaupun setia

Saturday, 1 February 2014

UJIAN ITU TARBIAH DARI ALLAH

UJIAN OH UJIAN…Bila menyebut  ‘ujian’,jelas terasa auranya.Takut menyelubungi diri tatkala menghadapinya.Terus diri menjadi lemah,selemah lalang yang menunggu masa untuk tumbang bila dipukul angin,walaupun angin itu hanya selembut bayu di malam hari..Sebagaimana seorang pelajar takut dan gentar untuk menghadapi peperiksaan, begitulah juga dengan orang lain yang takut untuk menghadapii mehnah, ujian dan tribulasi dalam hidup mereka. Sesungguhnya bagi mereka,ujian ibarat batu besar yang jika menghempap diri mereka menyebabkan mereka sesak nafas dan sukar untuk bergerak.Ahkhirnya mereka kalah dan tumbang dihentam batu itu.



Hakikat ujian bukanlah sedemikian.Allah menjadikan dan mentakdirkan sesuatu bukanlah suatu yang sia-sia.DiciptaNya kegagalan, kemiskinan, kecacatan, kehilangan, kekurangan ke atas kita yang hanya berstatuskan hamba ini.Untuk apa?Bagi hamba yang hebat,mereka memandang ujian dengan pandangan hikmah.Ini kerana,ujian merupakan tarbiah secara langsung dari Allah untuk menguji tahap keimanan dan katakwaan HambaNya.Sesungguhnya orang yang sabar dan tabah itulah insan terbaik disisi Allah kelak.



Dalam hidup kita,kita tidak dapat lari dari dua benda iaitu kesedihan dan kegembiraan.setiap manusia akan melalui dua benda ini,terpulang kepada diri kita sendiri untuk menghadapinya,bagi mereka yang kuat semangat dan ampuh,insyallah mereka pasti memandangnya secara positif.Tapi bagaimana pula dengan mereka yang lemah dan mudah berputus asa?sudah pastinya mereka memandang secara negatif,maka berlakulah kes-kes seperti bunuh diri,kemurungan,masalah sosial dan sebagainya.




Sebagai umat islam yang berpegang pada  kitab al quran dan sunnah nabi,kita harus percaya kepada qada dan qadar allah.Adakah kita tidak pernah terfikir tentang nikmat-nikamt lain yang diberikan allah kepada kita,pancaindera,anggota badan yang sempurna,keluarga yang lengkap,kita dapat menghirup udara nyaman,melihat ciptaan allah swt,makan dan minum,tempat tinggal yang selesa,negara yang aman.Hitunglah nikmat allah yang diberikan kepada kita,nescaya kita tidak terhitung nikamatnya.


Kenapa kita perlu menangisi setitik ujian kegagalan dari Allah?Tidak salah untuk menangis dan bersedih,tapi janganlah berlanjutan sehinggakan boleh menjejaskan diri sendiri dan masa hadapan,Apa yang kita perolehi andai bersedih sepanjang masa?sedangkan masa terus berlalu meninggalakan kita.




Wahai saudara sekalian,ingatlah ujian itu tarbiah dari Allah,menguji sejauh mana kekuatan iman hambanya.Jangan pernah menyalahkan Allah dan takdir,kerana inilah hakikat kehidupan.Bila Allah uji kita ingatlah Allah sayang kita,Allah mahu kita kembali kepadanya dan memohon pertolongan dariNya.Dan andai sudah berjaya kelak jangan pula lupakan allah swt.sentiasa berpijak pada bumi yang nyata,kita ini hamba allah dan tugas kita adalah mengabdikan diri kepadanya. Ketahuilah,musibah dan ujian itu,tarbiah dari Allah.