Pertama sekali cuba kita fahami fitrahnya alam dunia
ini.Tiada satu pertemuan pun yang
berlaku tanpa di sudahi dengan perpisahan.Ini menandakan bahawa apa tiada yang kekal di dunia ini kecuali Dia.Perpisahan sungguhpun mudah disebutkan di bibir insan,
tetapi ternyata ia keadaan paling sukar dihadapi dengan tenang.Tiada manusia yang tidak sedih dengan sebuah
kehilangan.Mana ada manusia yang mahu kebahagiaannya
hilang.
Namun, kita perlu sedar bahawa kehidupan bukanlah seperti
apa yang kita bayangkan.Di saat
pertemuanmu dengan seseorang, persiapkan diri menghadapi perpisahan dengannya
suatu hari nanti.Sakitnya kehilangan tiapa siapa mampu ungkapkan dengan
perkataan.Hanya airmata menjadi
jawapan. Tambahan pula perpisahan
melibatkan insan yang disayang.Perpisahan dengan ibu bapa, saudara, sahabat-sahabat tentunya akan
mengukir parut yang tidak hilang bekasnya lantaran kenangan dan keindahan yang
sering terimbas kembali di minda fikiran.Namun, hakikatnya hidup terlalu singkat untuk di habiskan
dengan memikirkan segala jam yang telah lepas.Mungkin kalaupun tidak terpisah kerana jodoh dan pertemuan yang kuat,
nanti akan terpisah jua oleh maut yang pasti sedang mendekat.
Apa yang penting, sesakit apa pun perasaan yang mencucuk
di dalam. Jangan lupa kembali mengingati
Allah.Segala apa yang kita ada hanya
pinjaman.Segala yang termiliki akan
dipulangkan.Kita tidak pernah memiliki apa-apa tanpa
pemberianNya.Allah pinjamkan mereka
untuk kita merasa bahagia. Untuk kita belajar
berkasih sayang.Untuk kita saling
menebarkan peringatan.
Tetapi jangan gundah dan jangan hancur dalam
kesedihan.Kita masih ada peluang untuk
bertemunya lagi.Masih ada! Iaitu di alam abadi.Di tempat yang tidak akan ada lagi perpisahan
ke dua kali.Kerana itu kita perlu
saling menasihati dan saling memperbaiki diri, semoga Allah kumpulkan kita
sekali lagi di sana nanti.Bertaqwalah
kepada Allah, nanti Allah akan cukupkan kita dengan segala kurniaanNya.
No comments:
Post a Comment