Sunday, 31 August 2014

AKU PERLUKANMU

Aku perlukanmu..
bukan kerna hartamu,
segunung intan tidak akan sama,
segunung rasa cinta padamu.

Aku perlukanmu..
bukan kerna pangkatmu,
setinggi kurniaan tidak akan sama,
setinggi rasa sayang padamu. 



Aku perlukanmu..
bukan kerna rupa,
sesusuk perwira tidak akan sama,
sesusuk rasa murni padamu.

Aku perlukanmu..
bukan kerna haloba,
sedalam jiwa tidak akan sama,
sedalam rasa kasih padamu. 



Aku perlukanmu..
bukan kerna sepi,
sederas sunyi mengalir tidak akan sama,
sederas rasa setia padamu.

 Aku perlukanmu..
Sememangnya kau amat ku perlukan,
bukan kerna apa-apa,
ia hanyalah kerna,
aku cinta padamu...

Thursday, 14 August 2014

KU MENUNGGUMU

Sebenarnya di hatiku hanya ada namamu..
Sebenarnya di benakku hanya ada bayangan indah tentangmu..
Sebenarnya di mimpiku selalu hadir wajah manjamu..
Sebenarnya hidupku sangat bererti denganmu
Kasih .. dengarlah rintihan hatiku..
Aku berharap kelak kau akan menjadi kekasih suciku..
Kekasih halal yang akan menyayangimu 




Sampai akhir sang waktu..
Dan yakinkanlah hatimu..
Bahwa aku akan selalu menunggumu..
Walau harus aku tanggung luka kerana terlalu lama..
Tak mengapa..kerana aku lakukan semua demi cinta,.
Cinta kita yang akan aku ukir di dalam jiwa….
Untuk selama lamanya…


Teriknya matahari membakar qalbuku
Titisan keringat telah membasahi bajuku
Ku goreskan tinta pena di lembaran baru
Mengungkapkan kalimat hatiku
Yang ku harapkan selalu ,
Kata demi kata ku ukir
Detik demi detik ku jalani
Minit ke minit ku lewati
Jam pun terus tak terhalang berhenti
Aku terus menyanyangimu hingga ke syurga 

Tuesday, 5 August 2014

KEHADIRANMU INSPIRASIKU

Sayang…
Setiap hari aku menunggu kehadiranmu
Setiap hari aku menunggu kedatanganmu
Setiap hari aku memanjat doa padaNya agar aku dapat bertemu denganmu
Setiap hari aku sabar, setiap hari aku redha
Aku pasti dirimu akan hadir jua dalam hidupku
Aku pasti kamu jua begitu


Sayang…
Andai kamu tahu yang aku menunggu kamu disetiap mimpi-mimpiku
Andai kamu tahu aku sentiasa memohon padaNYA agar dipertemukan dirimu
Andai kamu tahu aku mengharapkan kehadiranmu disisiku
Andai kamu tahu betapa aku mengharapkan kehadiranmu disetiap malamku 




Tapi Sayang…
Aku sedar yang aku harus bersabar
Aku sedar aku harus menunggu sedikit masa lagi
Setiap malam aku menangis, sayang
Menanti kehadiranmu
Kerana aku rindu untuk menceritakan segalanya padamu
Kerana aku rindu untuk meluahkan apa yang aku rasa


Sayang…
Sesungguhnya aku tahu Sabar itu separuh daripada Iman..
Dan dengan kekuatan iman aku ini, aku tetap sabar menanti kamu…
Aku tidak lupa untuk memohon pada Yang Esa agar dipertemukan kita
DIA yang tetapkan Jodoh buat kita…
Hanya DIA yang mengetahui segalanya…
Hanya DIA yang mengetahui bila kita akan bertemu 




Sayang…
Aku sentiasa menunggu kamu
Aku sentiasa bersabar dengan dugaan yang Allah SWT tetapkan untuk aku
Sedikit masa lagi… Aku sedar, sayang
Cinta itu akan jadi milik kita, jodoh kita adalah untuk selamanya
Hanya kau yang kucinta… Hanya kau yang kurindu
Kerana DIA yang tetapkan perasaan itu untuk kamu
Kerana DIA yang mengizinkan aku untuk mencintaimu


Sayang…
Dimana sahaja kau berada, dengarlah bisikan hatiku
Dengarlah setiap doa-doaku kerana doaku untuk cinta kita
Mohon lah padaNYA, agar kita bertemu suatu hari nanti 

CINTA INI HANYA UNTUKMU

Saat pertama kali ku melihatmu
Setiap hari ku selalu memikirkan mu
Waktu terus berputar,
Detik demi detik,minit demi minit
Dan siang pun menjadi malam
Tapi tak henti-hentinya aku selalu memikirkan mu,,

Dalam heningnya malam
Dibawah indahnya sinar rembulan
Aku pun selalu teringat oleh mu
Kau selalu menerangi setiap langkah hidup ku 



Aku tak bisa berhenti memikirkan mu
Aku tak bisa untuk membenci diri mu
Aku pun tak bisa menjauh dari mu

Aku hanya bisa mencintaimu
Dengan setulus hatiku
Cinta ini HANYA UNTUK MU
Tak ada seorang pun yang mampu
Memilikinya selain diri mu