Sayang…
Setiap hari aku menunggu
kehadiranmu
Setiap hari aku menunggu
kedatanganmu
Setiap hari aku memanjat doa
padaNya agar aku dapat bertemu denganmu
Setiap hari aku sabar, setiap
hari aku redha
Aku pasti dirimu akan hadir
jua dalam hidupku
Aku pasti kamu jua begitu
Sayang…
Andai kamu tahu yang aku
menunggu kamu disetiap mimpi-mimpiku
Andai kamu tahu aku sentiasa
memohon padaNYA agar dipertemukan dirimu
Andai kamu tahu aku mengharapkan
kehadiranmu disisiku
Andai kamu tahu betapa aku
mengharapkan kehadiranmu disetiap malamku
Tapi Sayang…
Aku sedar yang aku harus
bersabar
Aku sedar aku harus menunggu
sedikit masa lagi
Setiap malam aku menangis,
sayang
Menanti kehadiranmu
Kerana aku rindu untuk
menceritakan segalanya padamu
Kerana aku rindu untuk meluahkan
apa yang aku rasa
Sayang…
Sesungguhnya aku tahu Sabar
itu separuh daripada Iman..
Dan dengan kekuatan iman aku
ini, aku tetap sabar menanti kamu…
Aku tidak lupa untuk memohon
pada Yang Esa agar dipertemukan kita
DIA yang tetapkan Jodoh buat
kita…
Hanya DIA yang mengetahui
segalanya…
Hanya DIA yang mengetahui
bila kita akan bertemu
Sayang…
Aku sentiasa menunggu kamu
Aku sentiasa bersabar dengan dugaan yang Allah SWT tetapkan untuk aku
Sedikit masa lagi… Aku
sedar, sayang
Cinta itu akan jadi milik
kita, jodoh kita adalah untuk selamanya
Hanya kau yang kucinta…
Hanya kau yang kurindu
Kerana DIA yang tetapkan
perasaan itu untuk kamu
Kerana DIA yang mengizinkan
aku untuk mencintaimu
Sayang…
Dimana sahaja kau berada,
dengarlah bisikan hatiku
Dengarlah setiap doa-doaku kerana
doaku untuk cinta kita
Mohon lah padaNYA, agar kita
bertemu suatu hari nanti
No comments:
Post a Comment