Maha suci Allah, Tuhan yang memegang hati-hati hamba Nya.
Alhamdulillah tanggal 26 Julai 2015, dunia menyaksikan perikatan cinta suci ini
dibentuk dipelihara melalui ikatan pertunangan. Hati menjadi resah dan gelisah
disaat kesunyian dan kesepian namun tatkala hadirnya sebuah anugerah dari Allah
yang tidak ternilai pemberian Nya,seorang bidadari penyeri di hati membawa
seribu satu ketenangan di jiwa membawa seribu satu kebahagiaan di hati ini. Perkenalan
yang tidaklah lama namun dek kerana keihklasan dan ketelusan cinta,maka sebuah
ikatan pertunangan mulai dibina. Cinta perlulah dimaknai dengan bicara mata
hati. Tidak cukup sekadar lafaz yang berbunga, tidak lengkap sekadar bergayut
semata-mata dan tidak sempurna jika hanya sekadar impian tanpa usaha.
Seringkali kita tertanya-tanya,mengapa baru kenal ingin terus
mengikat ? Jawapannya sudah semestinya termaktub dalam nilai kesucian cinta
ini. Cinta,tidak perlu menunggu bertahun-tahun baru hendak serius membina
mahligai.Cinta tidak perlu menunggu saat kesempurnaan diri kerana sifat cinta
itu juga ialah menyempurnakan hidup kita. Kadang-kala orang tidak bersalah
mengheret ke sana ke sini anak orang tanpa ikatan yang suci namun orang pasti
akan pelik jika ada pasangan yang berkahwin muda. Didakwanya belum sampai usia
matang untuk berkahwin,dikatakan juga belum bekerja ingin menyara pasangan
bagaimana dan tidak lupa juga,orang seringkali menuduh terlalu awal berkahwin
di usia muda.
Apa-apa pun persepsi kita, kita harus sedar dan faham bahwa
pertunangan ini merupakan sebuah perikatan perjanjian sebagai salah satu jalan
untuk menjadi lebih serius untuk membina rumahtangga. Bertunang ini bermakna
bermulalah episod serisu kita untuk mengikat cinta suci ini dari sebarang
tohmahan,fitnah dan hinaan orang terhadap kita.Pertunangan bererti mengikat
seseorang sebagai tanda dan bukti bahwa kita serius untuk memilikinya dan bukan
sekadar cinta kayangan lagi. Berusahalah menuju yang halal dan hindarilah dari
pergaulan bebas yang kelak akan membinasakan kita. Pertunangan juga adalah
proses menuju yang halal yakni jalan yang telah diredhai Allah SWT.
Buat bakal isteriku penyejuk dimata penawar dihati,diri serba hina
ini tidak akan mampu memilikimu jika tanpa keizinan dan kekuatan dari Nya. Diri
lemah dan tak berdaya ini tidak akan mampu berdiri sebagai seorang suami tanpa
memohon kerahmatan dan keberkatan rumahtangga dari Nya. Ku berjanji disaat
ketika lafaz sakinah bergema, maka gugurlah tanggung jawab ibubapa dan
terbebanlah pula di pundak bahuku. Kau akan ku jadikan bidadari menghiasi alam
syurgawi,kau akan ku hiasi dengan kalungan solehah dan mawaddah. Terima kasih
atas kesetiaanmu menanti saat lafaz ku lontarkan. Terima kasih atas kejujuranmu
menerima ku insan yang serba kekurangan ini. Semoga Allah sentiasa melindungi
perjalanan sebuah ikatan cinta suci ini.