Ketika aku putus harap
Nadiku lemah hatiku sayu
Merelakan engkau pergi
Jauh dari hidupku
Sebuah harapan yang tinggi
Kini tinggal sebuah memo yang abadi
Aku rela dan redha
Di atas segala percaturan ilahi
Ketika aku putus harap
Tiada rasa seindah pilu
Tiada kata seindah malu
Tiada langkah seindah pergi
Dalam menerima kehidupan takdir hakiki
Langkah terhenti penuh kaku
Bunga yang segar terus layu
Hati yang ceria kini pergi
Ketika aku putus harap
Menyedari akan kelemahan diri
Menginsafi atas kekhilafan sendiri
Berpatah kembali mencerminkan diri
Merelakan hatimu terus mengorak pergi
Selamat tinggal wahai puteri
Semoga engkau bahagia dan kekal abadi
Ketika aku putus harap
Tiada lagi yang ku harapkan
Semoga kau bahagia kekal abadi
Kenangan ini akan ku abadi
Dalam seketul daging digelar hati
Sehingga aku di jemput oleh ilahi
“Aku menasihati kamu bukan bermakna aku adalah yang terbaik daripada kalangan kamu atau orang yang paling soleh, kerana aku juga pernah melakukan kesilapan. Andainya seseorang itu hanya menyampaikan dakwah apabila merasakan dirinya sempurna, maka tidak akan ada pendakwah. Jika itu berlaku akan sedikitlah orang yang memberi peringatan”
Friday, 15 June 2012
Wednesday, 6 June 2012
JANGAN BERPUTUS ASA !!!
Seringkali hati
ini tertanya, otak ligat berfikir persoalan yang bertalu-talu menjengah kotak
fikiran saya, tambahan pula bila melihat "golongan-golongan mereka dengan
urusan mereka"."tak takut mati kah? tak takut Allah kah? amalan dah
banyak kot...."keluarga mereka bagaimana? mereka tak sayang keluarga kah?
(banyak betul persoalan yang menjengah)"
Terdetik di
hati untuk bertanyakan soalan ini kepada mereka-mereka ini, tapi alhamdulillah,
saya sedar siapa saya, layakkah saya untuk menilai orang lain. Layakkah saya
untuk menghukum mereka yang menjadi begitu? Mereka juga manusia, ada akal, ada
hati, ada perasaan, ada nafsu, sama macam ana. Tidak bolehlah ana mahu
menyalahkan mereka seratus peratus.
Persoalan
sebegini kadang-kadang terjawab oleh saya sendiri, mungkin andaian baik saya
terhadap mereka.
"Ayah dan
mak dah tak nak tengok muka saya lagi. Mereka malu atas perbuatan saya. Kekasih
saya lari meninggalkan saya dan anak yang saya kandungkan. Mak tak nak mengaku
saya ni anak dia. Saya dah tak suci, saya dah tak ada apa-apa.."
Ada juga yg
menjawab :"kerana ini sudah ditakdirkan Allah"
Kenapa kita
perlu salahkan takdir?
Sedangkan kita
boleh mengubah dan mengatur cara hidup kita sndiri.
Aduhai saudara
saudariku, mengapa kita perlu salahkan takdir Allah. Allah juga telah berfirman
bahawa 'Tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan dengan tangan mereka
sendiri'..Allah telah aturkan jalan yang terbaik buat hamba-hambaNya, terpulang
kepada mereka untuk memilih jalan mereka sendiri.
Mengapa masih
memilih untuk menjadi jahat sedang jalan untuk menjadi baik itu adalah lebih
senang daripada menjadi jahat.
Mengapa
berputus asa dari rahmat Allah, sedangkan ketika 1 pintu rahmat Allah telah
tertutup untuk kita, maka akan dibukakan untuk kita 99 pintu yang lain.Subhanallah,
begitu sekali sayang Allah pada kita. Begitu sekali baiknya Allah pada kita,
tapi mengapa kita jadikan Allah murka atas segala perbuatan kita? Dan kita
berkata,
"aku dah
jadi jahat, mana mungkin Allah akan menerima aku sebagai hambaNya".
Wahai saudara
saudariku sekalian, Ayuh !!!!! bersangka baiklah dengan Allah. Sebagaimana kita
gembira bertemu dengan kekasih hati, malah Allah lebih gembira daripada
itu.Sebagaimana kita menyayangi kekasih hati sepenuh jiwa, namun sayangnya
Allah lebih daripada itu, betapa luasnya nikmat pemberian Allah, tapi sayang
hanya kita sahaja yang tidak tahu untuk menghargai pemberiannnya.Banggalah
menjadi hamba Allah, tanamkanlah rasa cinta pada Allah dalam diri kita, kerana
cinta Allah pada hambaNya sangat tidak ternilai.Demi cinta Allah pada hambaNya,
Allah telah berfirman," Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat
daripadahamba-hambaNya yang bertaubat, serta memaafkan kejahatan-kejahatan yang
telah mereka lakukan dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan", Surah
An-Nisa (4:16).
RENUNG-RENUNGKANLAH
!!!!!!!
TIADA PERIKEMANUSIAAN LAGI
Sekali lagi
seluruh negara dikejutkan dengan berita kematian tragis seorang kanak-kanak 5
tahun yang dibunuh dan dibakar.Adik Nurul Nadirah, si comel ini dibunuh dengan
begitu kejam sekali. Dalam fikiran saya ada 2 perkara saja yang menjadi motif
pembunuhan sebegini. Duit (sama ada hutang atau sebagainya) dan dendam. Tak ada
makhluk yang akan membunuh sekejam ini hanya kerana hobi.Seorang manusia boleh
bertindak diluar batas kewarasan apabila melibatkan dua perkara tadi. Bukan
untuk mendahului siasatan pihak polis, tapi sebagai manusia biasa lebih baik
kita beringat sebelum kena. Jangan berhutang dengan lintah darat dan jangan
semaikan perasaan dendam dengan sesiapa. Ia bakal menuju ke arah kehancuran.
Ada berita
mengatakan si ibu sedang sibuk bermain facebook dan si anak pulak waktu tu ke
kedai berseorangan. Nak salahkan ibu bapa saja pun tak guna sebab nasi dah jadi
bubur. Tapi buat ibu bapa yang masih ada anak sebaya kanak-kanak ini, beringat
sikit. Kalau sayangkan anak, jangan malas nak jaga.Apakah dosa si kecil ini
sehingga sanggup membunuhnya dengan penuh kekejaman dan kezaliman???.Orang yang
melakukan perbuatan terkutuk ni adalah orang yang tiada langsung sifat
perikemanusiaan. Apalah salah si kecil yang baru 5 tahun melihat dunia ni?
Apalah sangat kudrat si kecil ini melawan waktu si pembunuh mahu menamatkan
riwayatnya? Saya tak dapat bayangkan bagaimana benda ni boleh berlaku.Bilakah
kes pembunuhan kejam seperti ini akan berhenti???
Kejadian
pembunuhan ini berlaku lebih kurang 3.5km saja dari jarak rumah mangsa. Mayat
yang dibakar pula tak ditanam atau disorok. Ini menunjukkan si pembunuh memang
saja nak pihak keluarga kanak-kanak ini tahu bagaimana kejamnya pembunuhan ni.
Atas alasan ini jugalah pendapat saya lebih cenderung kepada motif wang atau
dendam. Pembunuhan ini bukan satu kebetulan. Ia dah dirancang. Secara tak
langsung si pembunuh juga seolah-olah mencabar pihak polis untuk menangkapnya
sebab bukti sengaja ditinggalkan.Apa pun, sebagai ibu bapa janganlah kita lalai
daripada tugas dan tanggungjawab menjaga anak-anak kita. Jangan sampai perkara
buruk dah berlaku baru nak menangis teresak-esak. Jangan sesekali pentingkan
facebook atau perkara-perkara lain daripada anak kita sendiri. Anak ialah
amanah dan tanggungjawab. Bila ia ditarik balik, sudah tentu tiada galang
gantinya lagi.
JENAYAH
MEMBAWA PADAH !!!!!!
DUNIA AKHIR ZAMAN
Assalamualaikum
dan salam 1Dunia, gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun meninggalkan kesan
yang sungguh mengerikan. Beribu orang masih hilang tidak dapat dikesan manakala
bagunan dan kemudahan awam hancur bagaikan terkena ledakan bom atom hiroshima.Bencana yang
lebih menakutkan dunia pasca gempa bumi dan tsunami Jepun adalah kesan radiasi
nuklear. Diberitakan kesan radiasi nuklear dari negara timur ini boleh dibawa
angin ke barat menyerang benua Amerika. Jika ini belaku pasti akan membawa
bencana dunia yang maha hebat.
Ketika Jepun
sedang berusaha keras menguruskan masalah kemusnahan tsunami dan radiasi
nuklear negara Arab pula sedang bergelut dengan kebangkitan rakyat. Apa yang
sebenarnya berlaku di tanah Arab adalah kebangkitan puak Syiah menentang Sunni.
Pergolakan Syiah vs Sunni akan mencetuskan peperangan besar antara Islam yang
akan menambah gelora dunia.Dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu,
kemusnahan negara timur, radiasi nuklear yang sedang bergerak ke barat dan
demonstrasi di tanah Arab, mungkinkah ini tanda akhir zaman sebagaimana yang
telah tercatat dalam banyak buku-buku hadis.
Oleh itu saya ingin menyeru kepada
seluruh pembaca supaya bersatulah demi membina kegemilangan islam di akhir
zaman sepertimana sabda Nabi Muhammad S.W.A dalam hadisnya yang bermaksud:
"Jangan
kamu berdendam kesumat, jangan kamu berhasad dengki, jangan kamu berpaling
muka, jangan kamu pulau memulau, sebaliknya hendaklah kamu bersaudara. Adalah
tidak harus bagi seseorang Muslim tidak bertegur sapa dengan saudaranya
melebihi tiga hari." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Jadi marilah
kita sama-sama bersatu hati membina ukhwah yang sejati.Semoga kita semua di
rahmati oleh Allah Azza Wajalla….Insya Allah !!!!!!!
Sunday, 3 June 2012
KU INGIN SELAMANYA
Bagiku cinta itu adalah misteri dalam hidupku
Yang tak pernah ku tahu akhirnya
Namun tak seperti cintaku pada dirimu
Ku ingin selamanya mencintai dirimu
Sampai satu saat ku menutup mata
Sampai satu saat ku menutup mata
Menyahut seruan ilahi
Ku ingin selamanya ada di sampingmu
Menyayangi dirimu sampai suatu ketika tuhan menjemputku
Mencintamu adalah bahagia bagiku
Kerana kasihku hanya untuk dirimu
Selamanya kan tetap milikmu
Ku ingin selamanya ada di sampingmu
Menyayangi dirimu sampai suatu ketika tuhan menjemputku
Mencintamu adalah bahagia bagiku
Kerana kasihku hanya untuk dirimu
Selamanya kan tetap milikmu
Walaupun dirimu tidak tahu
Betapa dalamnya cintaku buatmu
Di dalam hatiku
Ku labuhkan seluruh cintaku untukkmu
Di hembus nafasku
Ku abadikan seluruh kasih dan sayangku
Hanya untukmu sayang !!!!!!
Ku labuhkan seluruh cintaku untukkmu
Di hembus nafasku
Ku abadikan seluruh kasih dan sayangku
Subscribe to:
Posts (Atom)