Seringkali hati
ini tertanya, otak ligat berfikir persoalan yang bertalu-talu menjengah kotak
fikiran saya, tambahan pula bila melihat "golongan-golongan mereka dengan
urusan mereka"."tak takut mati kah? tak takut Allah kah? amalan dah
banyak kot...."keluarga mereka bagaimana? mereka tak sayang keluarga kah?
(banyak betul persoalan yang menjengah)"
Terdetik di
hati untuk bertanyakan soalan ini kepada mereka-mereka ini, tapi alhamdulillah,
saya sedar siapa saya, layakkah saya untuk menilai orang lain. Layakkah saya
untuk menghukum mereka yang menjadi begitu? Mereka juga manusia, ada akal, ada
hati, ada perasaan, ada nafsu, sama macam ana. Tidak bolehlah ana mahu
menyalahkan mereka seratus peratus.
Persoalan
sebegini kadang-kadang terjawab oleh saya sendiri, mungkin andaian baik saya
terhadap mereka.
"Ayah dan
mak dah tak nak tengok muka saya lagi. Mereka malu atas perbuatan saya. Kekasih
saya lari meninggalkan saya dan anak yang saya kandungkan. Mak tak nak mengaku
saya ni anak dia. Saya dah tak suci, saya dah tak ada apa-apa.."
Ada juga yg
menjawab :"kerana ini sudah ditakdirkan Allah"
Kenapa kita
perlu salahkan takdir?
Sedangkan kita
boleh mengubah dan mengatur cara hidup kita sndiri.
Aduhai saudara
saudariku, mengapa kita perlu salahkan takdir Allah. Allah juga telah berfirman
bahawa 'Tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan dengan tangan mereka
sendiri'..Allah telah aturkan jalan yang terbaik buat hamba-hambaNya, terpulang
kepada mereka untuk memilih jalan mereka sendiri.
Mengapa masih
memilih untuk menjadi jahat sedang jalan untuk menjadi baik itu adalah lebih
senang daripada menjadi jahat.
Mengapa
berputus asa dari rahmat Allah, sedangkan ketika 1 pintu rahmat Allah telah
tertutup untuk kita, maka akan dibukakan untuk kita 99 pintu yang lain.Subhanallah,
begitu sekali sayang Allah pada kita. Begitu sekali baiknya Allah pada kita,
tapi mengapa kita jadikan Allah murka atas segala perbuatan kita? Dan kita
berkata,
"aku dah
jadi jahat, mana mungkin Allah akan menerima aku sebagai hambaNya".
Wahai saudara
saudariku sekalian, Ayuh !!!!! bersangka baiklah dengan Allah. Sebagaimana kita
gembira bertemu dengan kekasih hati, malah Allah lebih gembira daripada
itu.Sebagaimana kita menyayangi kekasih hati sepenuh jiwa, namun sayangnya
Allah lebih daripada itu, betapa luasnya nikmat pemberian Allah, tapi sayang
hanya kita sahaja yang tidak tahu untuk menghargai pemberiannnya.Banggalah
menjadi hamba Allah, tanamkanlah rasa cinta pada Allah dalam diri kita, kerana
cinta Allah pada hambaNya sangat tidak ternilai.Demi cinta Allah pada hambaNya,
Allah telah berfirman," Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat
daripadahamba-hambaNya yang bertaubat, serta memaafkan kejahatan-kejahatan yang
telah mereka lakukan dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan", Surah
An-Nisa (4:16).
RENUNG-RENUNGKANLAH
!!!!!!!
No comments:
Post a Comment