Sekali lagi
seluruh negara dikejutkan dengan berita kematian tragis seorang kanak-kanak 5
tahun yang dibunuh dan dibakar.Adik Nurul Nadirah, si comel ini dibunuh dengan
begitu kejam sekali. Dalam fikiran saya ada 2 perkara saja yang menjadi motif
pembunuhan sebegini. Duit (sama ada hutang atau sebagainya) dan dendam. Tak ada
makhluk yang akan membunuh sekejam ini hanya kerana hobi.Seorang manusia boleh
bertindak diluar batas kewarasan apabila melibatkan dua perkara tadi. Bukan
untuk mendahului siasatan pihak polis, tapi sebagai manusia biasa lebih baik
kita beringat sebelum kena. Jangan berhutang dengan lintah darat dan jangan
semaikan perasaan dendam dengan sesiapa. Ia bakal menuju ke arah kehancuran.
Ada berita
mengatakan si ibu sedang sibuk bermain facebook dan si anak pulak waktu tu ke
kedai berseorangan. Nak salahkan ibu bapa saja pun tak guna sebab nasi dah jadi
bubur. Tapi buat ibu bapa yang masih ada anak sebaya kanak-kanak ini, beringat
sikit. Kalau sayangkan anak, jangan malas nak jaga.Apakah dosa si kecil ini
sehingga sanggup membunuhnya dengan penuh kekejaman dan kezaliman???.Orang yang
melakukan perbuatan terkutuk ni adalah orang yang tiada langsung sifat
perikemanusiaan. Apalah salah si kecil yang baru 5 tahun melihat dunia ni?
Apalah sangat kudrat si kecil ini melawan waktu si pembunuh mahu menamatkan
riwayatnya? Saya tak dapat bayangkan bagaimana benda ni boleh berlaku.Bilakah
kes pembunuhan kejam seperti ini akan berhenti???
Kejadian
pembunuhan ini berlaku lebih kurang 3.5km saja dari jarak rumah mangsa. Mayat
yang dibakar pula tak ditanam atau disorok. Ini menunjukkan si pembunuh memang
saja nak pihak keluarga kanak-kanak ini tahu bagaimana kejamnya pembunuhan ni.
Atas alasan ini jugalah pendapat saya lebih cenderung kepada motif wang atau
dendam. Pembunuhan ini bukan satu kebetulan. Ia dah dirancang. Secara tak
langsung si pembunuh juga seolah-olah mencabar pihak polis untuk menangkapnya
sebab bukti sengaja ditinggalkan.Apa pun, sebagai ibu bapa janganlah kita lalai
daripada tugas dan tanggungjawab menjaga anak-anak kita. Jangan sampai perkara
buruk dah berlaku baru nak menangis teresak-esak. Jangan sesekali pentingkan
facebook atau perkara-perkara lain daripada anak kita sendiri. Anak ialah
amanah dan tanggungjawab. Bila ia ditarik balik, sudah tentu tiada galang
gantinya lagi.
JENAYAH
MEMBAWA PADAH !!!!!!
No comments:
Post a Comment