Adakah kamu tak pernah terfikir tentang AKU? Apakah kamu tak pernah terlintas akan nama KU , senyuman KU, kasih sayang KU di mainan jalanan hari-harimu? Tiadakah ingatanmu terhadap KU walaupun sekelumit di hatimu? Apakah kamu membenci KU sehingga tiada ruang untuk AKU berada dihatimu?
Kamu..boleh AKU bercerita ???
AKU rindu kamu, sentiasa ingatmu. Terkadang jasadmu seakan-akan berada di depan mata AKU namun akhirnya AKU sedar ianya hanya sebuah khayalan yang tercipta untuk AKU. Tatkala AKU melihat kebahagiaan kawan AKU, ingatan KU terus menangkap wajahmu dan tanpa AKU sedar air mata jernih KU ini mengalir melintasi garisan pipi KU ini. Terkenang akanmu.
Kamu..boleh AKU tanya lagi ???
Kamu bahagia disana? Kamu gembira disana? Masih tersenyumkah kamu disana? Tawakah kamu disana tanpa AKU yang hanya INSAN BIASA? Telah ketemukah selaut bahagia yang kamu cari, seluas angkasa indah yang kamu dambakan? Sejuta kebahagiaan yang kamu impikan?
Kamu..boleh AKU bercerita lagi ???
AKU rindu kamu, sentiasa memandangmu dalam kotak hatiku.AKU tahu kamu adalah milik orang dan AKU terima dengan hati yang pasrah memohon petunjuk dariNya yang mengatur sesuatu yang terbaik untuk hambaNya.AKU terima dengan redha kerana AKU ingin melihat kamu bahagia.Maka dengan itu AKU menjauhkan diri membawa senandung kata yang hiba untuk diri ini.Tiap kali AKU memandang Sang Bulan yang jauh di sisi KU, terlihat bingkisan senyumanmu yang sedang bahagia dan terus bahagia.Sesungguhnya AKU mahu berada disamping ketawamu, berada disisi senyuman manismu itu, tapi KU pilih untuk melihat dari jauh demi bahagiamu, demi gembiramu duhai sang bidadari dihatiku.
Kamu..boleh AKU tanya lagi ???
Mengapa AKU masih mengalirkan airmata sedangkan AKU telah redha? Adakah AKU masih menyayangimu lagi?Sengsarakah AKU tanpa kamu di dalam hidup KU? Sebenarnya jauh disudut hati KU, jiwa KU berbisik AKU AMAT MERINDUI KAMU
No comments:
Post a Comment