Maafkan ku..
Andai telah mengguris hatimu
Andai telah menyedihkan perasaanmu
Bukan niat aku untuk begitu
Bukan maksudku untuk menyakitimu
Maafkan ku..
Andai bicaraku tiada garis
Andai lafazku terlanjur deras
Sehingga membuatkanmu menangis
Maafkan ku..
Izinkan ku melafazkan kata maaf
Memadamkan kegelisahan taman hati
Izinkanku menghukum diri
Menyingkir jauh keegoanku ini
Maafkan ku..
Entah mengapa di ketika ini
Hatiku resah dan rindu padamu
Sesungguhnya ku tak rela kehilanganmu
Kerana aku sangat menyayangimu
Hingga ke hujung nyawaku.
Maafkan ku !!!
No comments:
Post a Comment