Wanita, hebatnya seorang wanita hinggakan seluruh dunia
meraikannya.. Seorang wanita saat mendapat berita kehamilannya, hatinya sarat
dengan kegembiraan hinggakan dia menitiskan air mata. Tidak pernah terlintas di
fikirannya bahawa proses bersalin itu sendiri boleh menuntut nyawanya. Apa yang
dia tahu, dia bakal membawa zuriatnya yang comel ke dunia.
Wanita, hebatnya dia tidak pernah mengeluh walaupun saban
pagi dia muntah-muntah hinggakan badannya kehilangan segala kudratnya. Dia
mampu tersenyum mengenangkan zuriatnya sedang membesar di dalam rahimnya yang
hanya sebesar buah pear. Tidak pernah timbul gentar di hatinya memikirkan
mampukah rahimnya yang sebesar buah pear menanggung zuriatnya.
Wanita, hebatnya dia di saat dia mula merasakan kesakitan
hendak bersalin hatinya tidak gentar walau secubit pun. Tidak pernah terfikir
nyawanya mungkin menjadi galang ganti. Apa yang dia mahu, zuriatnya lahir dalam
keadaan sihat.
Wanita, hebatnya dia mampu menahan kesakitan sehingga 57
Del ketika hendak melahirkan anak (bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan
serentak). Sedangkan sekuat mana pun manusia itu hanya mampu menahan hingga 45
Del sahaja.
Apa yang selalu kita dengar tentang wanita?
Wanita tercipta dari rusuk lelaki.
Wanita itu sayap kiri lelaki.
Wanita berhati lembut dan kuat emosi.
Wanita itu kaum yang lemah.
Tetapi, sedarkah kita di sebalik semua itu…
Wanita dicipta untuk menjadi ibu.
Ibu yang mengandung selama 9 bulan dengan segala
kepayahan..
Ibu yang berjuang dengan maut untuk melahirkan zuriat, penyambung
generasi manusia..
Ibu yang berjuang menyusukan anak selama 2 tahun
lamanya..
Ibu yang mengasuh, membesarkan, dan mendidik anak-anak
dengan penuh kesabaran..
Ibu yang doanya lebih makbul dari seorang bapa..
Wanita jugalah yang menjadi tulang belakang lelaki..
Tidak kurang juga, wanita mampu melemahkan lelaki..
Hebat kan wanita?
Anda bertuah menjadi seorang wanita..
No comments:
Post a Comment