Tuesday, 14 January 2014

RATU HATIKU

Ibu kau mengandung 9 bulan
sampai engkau melahirkanku dengan susah payah
engkau merawatku sampai aku tumbuh besar
engkau juga merawatku tanpa rasa letih
dan engkau juga merawatku dengan penuh kasih sayang



Ibu kau mengajarku berjalan sampai aku mampu berjalan
engkau juga mengajarku berbicara sampai aku petah berbicara
Ibu kau bagaikan malaikatku
dikala aku sedih engkau selalu ada untuk menghiburku

Walau hari ini bukan hari ibu,,
tetap kan ku ucap kata
I LOVE YOU IBU
kerana engkau pelita dalam kegelapan ku
Dan kerana engkau malaikat ku di dunia ini
kasih mu,cinta mu,pelukan mu,dakapan mu
bahkan kemarahan mu!!!
Itu semua untuk kebaikan ku




Ibu.. aku juga merasa engkaulah pahlawanku
acapkali aku kesusahan engkau selalu ada untuk membantuku
Ibu... bekerja keras
untuk mendidiku menjadi insan berguna
ibu... terima kasih atas pengorbananmu
yang engkau berikan kepada ku
Ibu...Aku Sayang IBU !!!!

ADA APA DENGAN CINTA ?

Cinta itu kadang-kala memeritkan
cinta itu kadang-kala membahgiakan
cinta itu kadang-kala memberi kekuatan
cinta itu kadang-kala memberi kelemahan
jangan mengharapkan cinta itu sentiasa manis
kerana tiada cinta yg manis melainkan cinta kepada ILAHI
cinta akan membuatkan kepahitan akan diselangi dengan kemanisan
ketawa akan diselangi dengan tangisan
bahagia akan diselangi kesedihan



Cinta itu berwarna-warni
cinta itu mempunyai pelbagai rasa
cinta itu mempunyai keunikan tersendiri
tiada cinta yang abadi melainkan cinta kepada ILAHI
cinta adalah fitrah manusia
kehadiran cinta tanpa diundang
kehadiran cinta tanpa disedari
tapi..kadang-kala kehadiran cinta membuatkan kita alpa kepada ILAHI
kawal nafsu cinta apabila ia hadir



Jangan kotori kesucian cinta
jangan kerana cinta kita menyerahkan segala-galanya
jadikanlah cinta itu sebagai tunjang kekuatan dalam menjalankan tugas sebagai hamba ALLAH
jangan terlalu kejar cinta manusia hingga lupa cinta ILAHI
fahamilah erti cinta yang sebenar.


Monday, 13 January 2014

AKU HANYA SEORANG HAMBA

Ketika kita menyerahkan diri kepada Allah, saat itulah dengan sendirinya kita melepaskan apapun kepentingan dan ego kita, seraya menyeru dalam hati dan jasad kita bahwa kita adalah hanya seorang hamba.Seterusnya, fikiran dan hidup kita akan termotivasi tentang apa yang di redhai Allah dan sebaliknya. Ketika kita mengakui bahwa, kita hanyalah seorang hamba, maka tidak akan ada kemurkaan dan pencelaan dariNya melainkan hanya keikhlasan hati terhadap sebuah pengabdian, kepasrahan hati tentang sebuah takdir, dan prasangka baik kepada sang pembuat sinetron hidupnya.


Seorang hamba adalah milik tuannya, maka hatinya pun tidak melawan ketika sang pemiilik mengajukan garis takdir kepadanya. Seorang hamba kemudian akan senantiasa melanjutkan hidup dengan tetap mengabdi demi keredhaan pemiliknya, kerana memang sudah selayaknya seperti itulah kewajibannya.Tiada yang lebih nikmat ketika menjadi seorang hamba, selain terbebasnya kita dari rasa lebih sombong, takabbur, bongkak dan angkuh ketika melangkah kaki di bumi ciptaan Nya ini.

Mengakui sebagai seorang hamba akan meneduhkan hati, kerana batin senantiasa merasa tenang akibat seluruh keperluan terasa ada yang menjamin dan tercukupi. Mengikhlaskan hati menjadi hamba adalah sumber kedamaian jiwa. Darinya kita belajar untuk selalu rendah hati dan penyayang. Kerana seorang hamba adalah pengikut dan pencontoh sejati tuannya. Kerana seorang hamba tidak akan mungkin mempunyai fikiran gila untuk menyombongkan diri dengan sesuatu yang ada padanya, yang jelas-jelas adalah semua itu hanyalah milik tuannya.


Ketika kita menghamba, maka luluhlah sebuah penguasaan atas diri dan menyerahkannya kepada sang pemilik kita. Ketika kita menghamba, maka tak penting lagi pujian amal baik kita yang setinggi gunung, kerana hati mengajarkan bahwa semua hanyalah kerana rahmat sang pemilik kita.Dalam penghambaan, jiwa seorang hamba yang ikhlas menjadi hamba akan selalu menangis dan merasa kurang dalam kesyukuran kepada Rabb-Nya. Kerana itulah, dalam kelihatan atau tidaknya dari pandangan manusia, jiwanya akan selalu terisi dengan cukup hanya Allah sahaja penolong baginya.

Wahai hamba yang dikasihi Allah,

Sesungguhnya mulia diri ini dalam kesanggupan kita menyerah dan mendidik batin dan jiwa kita, untuk menjadi hamba yang berserah. Tiada lagi keluh kesah, kerana damai akan selalu melingkupi batinmu. Tiada protes apalagi episod mencaci maki jalan takdirmu, kerana sesungguhnya kita adalah seorang hamba. Tiada hamba yang baik selain selalu penuh terimakasih dan kesyukuran kepada pemilik kita, yang maha penyayang kepada diri hamba- hambanya, Allah Subhanahu Wata'ala.

BICARA SEORANG SERIKANDI

Dalam kita berbicara soal prinsip hidup dan falsafah diri, saya teringat akan kata-kata nasihat dan pedoman dari seorang serikandi islam yang wajar bagi saya untuk menggelarkannya begitu.Pertemuan saya dengan beliau adalah secara tak dirancang.Namun perancangan Allah mengatasi kehebatan perancangan para hamba Nya.Pertemuan yang berlangsung hanya di atas alam maya namun bicaranya seorang serikandi ini mampu mengongcang dunia menggegar semesta.Secara peribadinya, saya percaya kepetahannya dalam berbicara adalah lahirnya dari naluri yang luar biasa. Manakan tidak, hati yang bersih akan mengeluarkan kata-kata yang penuh hikmah.


Sepanjang perbualan antara saya dan beliau,antara bicaranya yang menuntut kita untuk berfikir lebih panjang ialah "Terkadang dalam hidup kita, kita mohon pada Allah sesuatu tetapi kita tidak dapat apa yang kita minta..sebab apa? Sebab kita salah dalam meminta sesuatu". Apa yang membuatkan saya berfikir panjang ialah dimana kesalahan kita dalam meminta kepada Allah? Rupa-rupanya ya memang kita salah dalam meminta kerana kita tidak tahu apa yang kita perlukan sebenarnya.Sebenarnya manusia dikelirukan dengan ganjaran dunia sehingga terlupa ganjaran akhirat.Kita sentiasa meminta agar dijodohkan dengan wanita cantik,lelaki yang gagah,harta yang banyak dan pelbagainya.Sebenarnya apa yang manusia perlukan ialah rahmat dan redha dari Allah.Sebagai contoh kita minta harta yang banyak dalam masa yang sama kita fikir bila harta banyak maka hidup akan bertambah senang dan bahagia.
Sedangkan kita salah.Kita salah dalam menfasirkan erti kesenangan dan kebahagiaan.

Ada insan yang hidup tidaklah semewah mana namun hatinya tenang,keluarganya bahagia dan segala urusannya mudah baginya.Ada insan yang hidup mewah,dilimpahi harta,pangkat dan wanita namun hatinya tidak tenteram,selalu diselubungi keresahan dan kerisauan. Benarlah kata serikandi tadi, kita terkadangnya tersalah minta dek kerana kita masih belum tahu apa yang sepatutnya kita perlukan.



Saya juga tertarik dengan kata-katanya yang berbunyi " Apa gunanya kaum hawa dipermudahkan jalan ke syurga jika setiap anggotanya mencipta dosa". Inilah satu kata-kata yang bisa untuk dijadikan renungan bersama.Kalam yang penuh hikmah ini jika diteliti, maka sudah pasti kesimpulannya ialah "Syurga Itu Mahai Maharnya". Jalan kebaikan tidak akan pernah sunyi dari rintangan.Inilah hikmah yang tersembunyi yang sukar diterjemah melalui mulut tetapi harus dinilai dengan mata nurani.Hebatnya ciptaan tuhan tiada siapa yang dapat menyangkal. Inilah bicara seorang wanita yang menjadi tulang belakang kejayaan bagi seorang lelaki.


Saturday, 11 January 2014

DUHAI DINDAKU

Duhai dinda yang kanda puja
mungkin tibalah saatnya
untuk kanda meluahkan
rasa cinta yang kanda punya


Duhai dinda yang kanda damba
kini tibalah saatnya
untuk kanda membuktikan
rasa sayang yang kanda punya...


Duhai puteri yang kanda sayang
tunggu kanda akan datang
untuk kanda mengungkapkan
rasa rindu yang mendalam

Duhai dinda harapan kanda
mungkin kinilah saatnya
untuk kanda mengucapkan
rasa cinta, rasa sayang, rasa rindu
yang dulu menyesakkan dada


Duhai dinda yang kanda damba
mungkinkah dinda merasakannya
cinta kasih kanda yang tulus
kanda mohon tuk dinda menerimanya……

Thursday, 9 January 2014

KEAJAIBAN ISTIGHFAR

Istighfar adalah satu lafaz yang penuh makna yang tersirat yang sukar untuk dinilai dengan mata lahiriah.Kita selalu lupa untuk beristighfar malah tak kurang dari kita yang mengambil enteng dengan keajaiban istighfar.Sebanyak-banyak ayat dalam al quran,macam-macam doa Allah sebut.Tetapi begitu banyak tempat tuhan bagitahu, istighfar memberi kesan besar ajaib pada hidup kita tanpa kita sedari. Kadang-kadang kita minta ampun sahaja tetapi kita tidak bertaubat.


Allah sebut dalam al quran yang bermaksud : 

" Hendaklah kamu beristighfar kepada tuhan kamu dan bertaubat kepada Nya maka Dia akan memberikan nikmat kehidupan kepada kamu dengan nikmat kehidupan yang baik"

Ini satu jaminan dari Allah.Kadang-kadang manusia suka mencari buku fadhilat bacaan-bacaan untuk mencari kebahagiaan.Tiada bukti secara definitinya, tiada bukti secara wahyunya.Istighfar !!! Allah janji dengan nas al quran.Nabi Nuh a.s beliau hadapi kaumnya yang sangat teruk. 950 tahun beliau dakwah, namun kaumnya menolak dakwahnya.Kita jika 5 tahun berdakwah, kalau tak jadi, kita cepat mengalah dan berputus asa tetapi Nabi Nuh a.s 950 tahun beliau berdakwah untuk kaumnya.Pun begitu, Nabi Nuh tawarkan kepada mereka dengan satu benda yang boleh memadamkan semua kesalahan mereka dan memberikan fadhilat kepada hidup mereka. Kata Nabi Nuh a.s :

" Maka aku berkata kepada mereka istighfarlah kepada tuhan kamu sesungguhnya Dia Maha Al Ghaffar (Maha Pengampun)."




Al Ghaffar kita selalu terjemahkan dalam perkataan dalam erti kata pengampun.Tetapi Al Ghaffar bukan sahaja mengampun kita,tetapi Allah tutup aib kita.Kalau Allah ampun dosa kita tetapi Dia buka aib kita, kita bermasalah.Percayalah jika Allah membuka aib dosa kita maka nescaya kita takkan mampu mentadbir alam Nya ini.Tidak ada dikalangan kita yang bersih daripada aib dosa.Tetapi rahmat Allah,Dia Al Ghaffar.Allah ampunkan kita dan Allah tutup keaiban dosa kita.Orang sesuci Imam Ahmad,apabila orang datang padanya dan puji beliau, maka Imam Ahmad berkata :

"Jika kamu tahu apa yang aku ada daripada dosa dan kesalahan,nescaya kamu akan campak atas kepalaku pasir"




Apabila orang datang kepada Al Imam Hasan Al Basri dan certita tentang masalah mereka,tanaman tidak subur,sukar mendapat anak dan susah nak dapat rezeki,maka beliau menjawab "Istighfarlah".Orang tanya pada Hasan Al Basri :" Mengapa engkau jawab semua soalan dengan jawapan yang sama?? Maka Imam Hasan Al Basri menjawab : "Ini bukan aku yang kata tetapi Allah yang kata melalui lisan Nabi Nuh a.s.Dengan beristighfar, Allah menjanjikan kita segala-galanya.Istighfar !!!! Sesungguhnya Allah itu Al Ghaffar, Maha Pengampun dan menutup segala keaiban dosa kita.

PUISI BUAT KEKASIH

Bila mata kita bertemu
dunia kita yang punya
terasa lidah kelu berkata
namun bisikan hati menggamit rasa
meluahkan sayang melimpah ruah
seakan tiada esok menanti
 rindu membajai kasih


Mentari garang nyaman terasa
kicauan camar rentak cinta
angin berpuput membelai debar
indah alam secantik dikau
kejernihan wajahmu menenangkan jiwa
hati batu cair akhirnya
dek kehangatan cintamu
aku rela tersungkur....


Bicaramu tersusun indah
kupasti kan terpesona
manja suaramu memukau kalbu
menguat lagi degup jantungku
kelembutanmu menyejukkan hati
kehalusan pekertimu mengangkat maruah
Dikau istimewa kekasih sejati
karisma unggul ada padamu
dan pastilah aku bertuah
berjaya merampasmu dari rebutan
memiliki hatimu suatu keajaiban..


Percayalah kekasihku
walaupun kau jauh beribu batu di benua asia
aku akan tetap setia menantimu
jika diizinkan Tuhan
kita pasti bertemu lagi
dengan segulung ijazah tempatanmu
dan segulung ijazah luar negeraku
Jangan hancur cinta yang kita bina bersama.....