Sepanjang perbualan antara saya dan beliau,antara bicaranya yang menuntut kita untuk berfikir lebih panjang ialah "Terkadang dalam hidup kita, kita mohon pada Allah sesuatu tetapi kita tidak dapat apa yang kita minta..sebab apa? Sebab kita salah dalam meminta sesuatu". Apa yang membuatkan saya berfikir panjang ialah dimana kesalahan kita dalam meminta kepada Allah? Rupa-rupanya ya memang kita salah dalam meminta kerana kita tidak tahu apa yang kita perlukan sebenarnya.Sebenarnya manusia dikelirukan dengan ganjaran dunia sehingga terlupa ganjaran akhirat.Kita sentiasa meminta agar dijodohkan dengan wanita cantik,lelaki yang gagah,harta yang banyak dan pelbagainya.Sebenarnya apa yang manusia perlukan ialah rahmat dan redha dari Allah.Sebagai contoh kita minta harta yang banyak dalam masa yang sama kita fikir bila harta banyak maka hidup akan bertambah senang dan bahagia.
Sedangkan kita salah.Kita salah dalam menfasirkan erti kesenangan dan kebahagiaan.
Ada insan yang hidup tidaklah semewah mana namun hatinya tenang,keluarganya bahagia dan segala urusannya mudah baginya.Ada insan yang hidup mewah,dilimpahi harta,pangkat dan wanita namun hatinya tidak tenteram,selalu diselubungi keresahan dan kerisauan. Benarlah kata serikandi tadi, kita terkadangnya tersalah minta dek kerana kita masih belum tahu apa yang sepatutnya kita perlukan.
Saya juga tertarik dengan kata-katanya yang berbunyi " Apa gunanya kaum hawa dipermudahkan jalan ke syurga jika setiap anggotanya mencipta dosa". Inilah satu kata-kata yang bisa untuk dijadikan renungan bersama.Kalam yang penuh hikmah ini jika diteliti, maka sudah pasti kesimpulannya ialah "Syurga Itu Mahai Maharnya". Jalan kebaikan tidak akan pernah sunyi dari rintangan.Inilah hikmah yang tersembunyi yang sukar diterjemah melalui mulut tetapi harus dinilai dengan mata nurani.Hebatnya ciptaan tuhan tiada siapa yang dapat menyangkal. Inilah bicara seorang wanita yang menjadi tulang belakang kejayaan bagi seorang lelaki.
No comments:
Post a Comment