Ketika kita menyerahkan diri kepada Allah, saat itulah
dengan sendirinya kita melepaskan apapun kepentingan dan ego kita, seraya
menyeru dalam hati dan jasad kita bahwa kita adalah hanya seorang hamba.Seterusnya,
fikiran dan hidup kita akan termotivasi tentang apa yang di redhai Allah dan
sebaliknya. Ketika kita mengakui bahwa, kita hanyalah seorang hamba, maka tidak
akan ada kemurkaan dan pencelaan dariNya melainkan hanya keikhlasan hati
terhadap sebuah pengabdian, kepasrahan hati tentang sebuah takdir, dan
prasangka baik kepada sang pembuat sinetron hidupnya.
Seorang hamba adalah milik tuannya, maka hatinya pun
tidak melawan ketika sang pemiilik mengajukan garis takdir kepadanya. Seorang
hamba kemudian akan senantiasa melanjutkan hidup dengan tetap mengabdi demi
keredhaan pemiliknya, kerana memang sudah selayaknya seperti itulah
kewajibannya.Tiada yang lebih nikmat ketika menjadi seorang hamba, selain
terbebasnya kita dari rasa lebih sombong, takabbur, bongkak dan angkuh ketika melangkah kaki di bumi ciptaan Nya
ini.
Mengakui sebagai seorang hamba akan meneduhkan hati, kerana
batin senantiasa merasa tenang akibat seluruh keperluan terasa ada yang
menjamin dan tercukupi. Mengikhlaskan hati menjadi hamba adalah sumber
kedamaian jiwa. Darinya kita belajar untuk selalu rendah hati dan penyayang.
Kerana seorang hamba adalah pengikut dan pencontoh sejati tuannya. Kerana
seorang hamba tidak akan mungkin mempunyai fikiran gila untuk menyombongkan
diri dengan sesuatu yang ada padanya, yang jelas-jelas adalah semua itu
hanyalah milik tuannya.
Ketika kita menghamba, maka luluhlah sebuah penguasaan
atas diri dan menyerahkannya kepada sang pemilik kita. Ketika kita menghamba,
maka tak penting lagi pujian amal baik kita yang setinggi gunung, kerana hati
mengajarkan bahwa semua hanyalah kerana rahmat sang pemilik kita.Dalam
penghambaan, jiwa seorang hamba yang ikhlas menjadi hamba akan selalu menangis
dan merasa kurang dalam kesyukuran kepada Rabb-Nya. Kerana itulah, dalam
kelihatan atau tidaknya dari pandangan manusia, jiwanya akan selalu terisi
dengan cukup hanya Allah sahaja penolong baginya.
Wahai hamba yang dikasihi Allah,
Sesungguhnya mulia diri ini dalam kesanggupan kita menyerah
dan mendidik batin dan jiwa kita, untuk menjadi hamba yang berserah. Tiada lagi
keluh kesah, kerana damai akan selalu melingkupi batinmu. Tiada protes apalagi
episod mencaci maki jalan takdirmu, kerana sesungguhnya kita adalah seorang
hamba. Tiada hamba yang baik selain selalu penuh terimakasih dan kesyukuran
kepada pemilik kita, yang maha penyayang kepada diri hamba- hambanya, Allah
Subhanahu Wata'ala.
No comments:
Post a Comment