Nama ini sangat asing pada kita berbanding Palestin.Tanyalah pada
sesiapapun waimma yang bertaraf Profesor juga akan berkerut dahi bila ditanya
tentang "Rohingya".Tidak seperti kisah Palestin ataupun Selatan Thai
yang sudah begitu sinonim dengan kita terutama masyarakat Islam.Kedua tempat
ini akan membuatkan kita pantas respon dengan semaksimum mungkin,pelancaran
demo,penyerahan memo dan akhirnya membawa kepada kutipan derma.Rohingya setaraf
dengan Palestin dan Selatan Thai,bahkan ia lebih tragik lagi! Rohingya bukan
nama sebuah negara atau daerah yang dicerobohi tetapi ianya adalah nama sebuah
etnik ataupun kaum yang dicabul,diceroboh dan ditindas hak asasi kemanusiaannya.Walaupun
ia tinggal disebuah negara yang mempunyai seorang pejuang hak asasi manusia dan
juga pemegang Anugerah Nobel Keamanan,namun nasib kaum ini tak pernah dibela!
Dalam kebanyakkan kes penindasan kaum,seringkali akan dilaungkan
diatas nama agama.Dalam situasi dunia sekarang,kita semestinya tidak memikirkan
slogan keagamaan itu akan menjadi loceng kecemasan yang sangat berguna.Ia hanya
akan menyempitkan lagi isu sebenar! Lihat dalam isu Palestin dan Selatan
Thai,pembantaian masih terus berlaku.Kaitan slogan agama ini hanya akan
menghangatkan lagi situasi yang sedang panas.Pihak yang tidak seagama akan mula
merasakan bahawa itu adalah suatu isu penganut agama lain dan biarlah mereka
selesaikan sendiri.Dan harus diingat bahwa disatu pihak yang kebetulan seagama
atau sealiran dengan puak penindas mungkin akan beri kerjasama secara langsung
untuk terus menekan dalam misi penghapusan etnik!
Kita harus bertindak lebih rasional dan berhikmah. Janganlah kita
jadi seperti pemuka politik Myanmar yang kononnya berjuang untuk keadilan
tetapi membisu bila dihadap dengan kes di negaranya sendiri.Isu ini adalah isu
semua kaum dan agama,tidak ada sesiapa yang berkecuali!Penindasan adalah satu
hal yang paling keji di muka bumi.Dengan mengambil pendekatan kebersamaan dalam
semua hal,kita amat yakin ianya pasti dapat diselesaikan.Rakyat Palestin dan
Selatan Thai atau dimana-mana muka bumi ini sedang mengharapkan dunia membantu
mereka untuk menghentikan kesengsaraan ini.Sebaiknya mari kita seru
penyelesaian diatas nama keadilan!Atas nama peri kemanusiaan! Sepertimana yang
ditegaskan di dalam setiap agama.Tidak akan selesai isu penindasan ini jika
hanya satu tangan yang mengangkat,sebaiknya kita usahakan agar kedua belah
tangan masyarakat dunia terangkat bagi menyelamat sekaligus menghentikan sikap penindasan bangsat
ini!Rohingya perlukan kita semua,semua masyarakat dan agama yang berpegang
teguh pada ajaran bahawa perlunya memperjuangkan keadilan dan mengharamkan
pertumpahan darah!
No comments:
Post a Comment