Wednesday, 23 January 2013

BICARA KASIH


Kasihku dengarlah hatiku berbicara
Izinkan diriku bertanya
Mampukah cintaku terus bersemi
Mengundang restu Ilahi
Adakah bahagia yang dicari
Menjadi satu realiti disuatu hari nanti

Ku sedari kekurangan ini
Ku insafi kelemahan diri
Ku akui kedaifan diri ini
Namun disebalik kelemahan dan kekurangan Ku ini,ku ingin menyunting dirimu
Menjadi permaisuri hatiku
Menjadi seorang ibu buat anak-anakku

Kasih !!! ingin ku khabarkan padamu…
Wanita itu adalah hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakanSyurga di dalam rumah tangga

Hanya itu yang kuinginkan
Dari insan yang amat kusayang
Damaikanlah resah hatiku
Aku rindu kasih dan sayangmu
Terimalah seadanya
Akulah hiasan pelamin hidupmu


Dan seandainya tiada jodoh kita bersama
Untuk ke gerbang mahligai bahagia
Ku akur dan ku pasrahkan segalanya
Kerana takdir yang akan menentukan
Ajal,maut jodoh pertemuan di tangan-Nya.

Sunday, 6 January 2013

CINTA ITU ADALAH ANUGERAH ALLAH


Maha suci Allah yang mengurniakan pelbagai kenikmatan kepada sekalian hamba-Nya. Allah Maha Mengetahui yang mengurniakan cinta kepada kalangan manusia. Hidup manusia tidak terasa lengkap tanpa kehadiran cinta. Itu satu hakikat dengan fitrah insan yang sentiasa ingin disayangi dan menyayangi. Allah tidak melarang hamba-Nya bercinta. Malah, Dia yang mengurniakan perasaan itu dalam hati setiap manusia. Beruntunglah bagi sesiapa yang menyucikan cinta.

Cinta nikmat bagi hati setiap insan. Tanpa cinta, manusia akan terus hidup dalam kesakitan dan kesukaran. Tanpa cinta, manusia akan saling benci membenci. Manusia akan hilang perikemanusiaan. Manusia akan sanggup menyakiti insan lain demi mencapai kepentingan diri. Justeru, sucikanlah cinta dan suburkanlah perasaan itu dengan takwa kepada Yang Maha Esa.

Cinta yang ditafsir sebagai kasih dan sayang, dianugerahkan sejak awal penciptaan manusia. Ketika Nabi Adam di dalam syurga yang penuh kenikmatan, masih terasa ‘kekosongan’ di hatinya. Lantas, Allah Yang Maha Mengetahui, segera menciptakan seorang perempuan, Hawa bagi mengisi kekosongan tersebut. Maka, terisilah keresahan dan kekosongan yang sebelum ini membelenggu jiwa Adam. Jelaslah, cinta sudah bermula sejak di syurga. Tanpa cinta, pasti akan ada kekosongan dalam jiwa manusia.

Syurga adalah matlamat setiap manusia yang beriman. Allah menjanjikan syurga kepada mereka yang mengamalkan segala perintah-Nya dan meninggalkan apa dilarang. Orang yang layak menghuni syurga adalah mereka dalam kalangan yang baik-baik iaitu para rasul, nabi, siddiqin, syuhada dan solihin. Pahala adalah mahar untuk memasuki syurga. Justeru, cinta juga boleh dijadikan alat untuk mencapai hasrat itu. Jadilah kita insan yang baik-baik agar tergolong dalam kalangan penghuni syurga.

Cinta dilahirkan di tempat baik (syurga), dianugerahkan Yang Maha Baik (Allah), dinikmati kali pertama oleh orang yang baik (Nabi Adam AS) dan diwariskan kepada orang-orang yang baik (para solihin). Cinta lahirnya di syurga dan akan berakhir di syurga. Cinta sesama manusia hanya alat untuk mencapai cinta Allah. Untuk menjaga kesucian cinta, jadikan cinta Allah sebagai dasar untuk mencintai manusia.

Cinta adalah ‘hadiah’ daripada Tuhan. Maka, kita perlu menghargai cinta dengan mendahulukan ‘pemberi’. Cinta bukanlah pendahulu bagi segala-galanya. Jangan taasub dengan cinta hingga merana jiwa dan lupa daratan. Peliharalah cinta kerana Allah. Sucikan cinta dengan perkara-perkara disukai Allah. Berkasih sayang sesama manusia kerana Allah. Bagaimanapun, jangan biarkan cinta pada manusia mendahului cinta pada Allah.

Sayangnya, dunia hari ini terlalu disemai dengan cinta abadi sesama manusia. Manusia yang sanggup lupakan keluarga dan sanggup mati kerana cinta. Manusia yang lumpuh seluruh jiwa kerana cinta. Sedangkan, Allah sepatutnya menjadi yang pertama dalam meraih cinta. Cinta sekadar alat pelengkap kekosongan jiwa, namun ia bukanlah segala-galanya.

Jangan biarkan jiwa terus hanyut kerana kekecewaan dalam cinta. Bacalah al-Quran kerana anugerah ketenangan jiwa dengan mengamalkannya adalah cinta daripada Allah. Begitu juga dengan amal ibadat lain. Jangan diabaikan kerana kita perlu cintai Allah melebihi segala-galanya. Ini termasuk mendirikan solat kerana menerusinya, kita mampu menghindarkan diri kita daripada ingkar terhadap ketentuan Allah dan dikurniakan ketenangan dalam hati.


Sebagaimana kurniaan lain, cinta dicetuskan dengan beberapa peraturan. Peraturan inilah yang mendorong manusia agar berada di landasan yang benar. Tanpa landasan ini, manusia akan tersasar kerana mengejar cinta. Ia adalah syariat. Hukum halal (wajib), haram, sunat, makruh dan harus. Jangan diabaikan yang wajib kerana cinta. Jauhilah yang haram kerana yang kemanisan dengan menempuh yang haram, maka akan berakhir dengan kepahitan. Bagi yang makruh dan harus, gunakanlah pertimbangan yang waras untuk melakukan atau meninggalkannya.


Justeru, hadapilah setiap ujian dalam percintaan itu dengan tenang kerana yang terbaik sudah tentulah datangnya daripada Allah.Percayalah CINTA itu adalah ANUGERAH TERISTIMEWA dari Allah S.W.T !!!!

Saturday, 1 December 2012

RINTIHAN QALBU SANG PERINDU


Ketika diriku menyentuh hatimu…
Kerana engkau telah mencuri hatiku…
Ketika diriku menyayangi dirimu…
Kerana akidah dan agamamu…ISLAM
Ketika diriku tersenyum melihatmu…
Senyumku hanya untuk membahagiakanmu…
Ketika diriku memberi harapan untukmu…
Disaat perpisahan antara jarak dan masa..
Hanya takdir yang menentukan pertemuan antara kita…
Ketika suatu saat dan ketika nanti…
Aku perlu melepaskan dirimu pergi..
Dengan penuh keikhlasan dan kerelaan…

Dan sekiranya Allah takdirkan dirimu menjadi milikku…
Izinkanlah diriku melabuhkan cinta padamu kerana Allah…
Cinta ??? Tidak mengapa jika kita berjauhan…
Kerana disaat ini kita belum halal lagi…
Dan  yakinlah Allah jualah yang akan menyatukan kita…
Dalam tali ikatan suci mengikut sunnah nabi…
Lelaki yang baik adalah untuk Wanita yang baik…
Seperti inilah aku menjaga kesucian cinta ini…
Dengan menjaga kesucian diri dan hati ini..
Hanya untukku persembahkan pada dirimu kelak…


Ya Rabb !!! PadaMu ku labuhkan cintaku buatnya…
Aku tahu Ya Rabb…
Cinta itu adalah FITRAH…
Dan janganlah sampai cinta kami menjadi FITNAH…
Jagalah dan peliharalah cinta yang FITRAH ini…
Dari menjadi bahan MEHNAH dan FITNAH…
Cukuplah hanya mencintaiku dalam DIAM…
Dengan penuh KESEDERHANAAN dan KEIKHLASAN…
Kerana tiada siapa yang tahu RENCANA dan PERANCANGAN…
Tuhan Yang Maha Mengetahui…

 
Biarlah TUHAN yang mengaturkannya…
Sehingga datang KEMANISAN  dan KEINDAHAN
Pada SAAT dan KETIKA nya…
Untukmu wahai calon IMAM ku…
Yang tiada siapa yang LEBIH mengenalimu…
Selain dariNya yang Maha Menguasai…
Diriku MASIH dalam RAHSIA…
Sang Penciptaku..yakni ALLAH !!!!
Oleh itu biarlah TAKDIR yang menentukannya
Biarlah MASA yang MERUNGKAIKAN
Segala PERSOALAN JIWA yang sering bermain di MINDA…
Biarlah JODOH yang menyaksikan detik PERTEMUAN dan PERPISAHAN…
Biarlah LONG MAHFUZ yang menceritakan…
Segala TAKDIR yang belum TERUNGKAI…
Ikrarku Untuk DIRIMU…
Hanya kau sahaja INSAN yang ku TUNGGU…
Bisikanku Untuk DIRIMU…
Hanya Kau Yang Berada Di hatiku…
Dan AKU hanya INSAN BIASA…
Yang MAMPU Allah MEMBOLAK-BALIKKAN…
Seketul DAGING yang diberi nama HATI…


Thursday, 8 November 2012

SEBIRU HARI INI


“Sebiru hari ini”.Kata-kata ini lebih sinonim dikaitkan dengan langit yang biru.Mengapa dikaitkan dengan langit? Kenapa harus langit ? Dan apa yang lebih besar ialah ada apa dengan langit ? Warna biru adalah salah satu warna-warna ketenangan dan keharmonian hidup.Biru seringkali dikaitkan dengan langit dan air.Langit merupakan ciptaan Allah Yang Maha Berkuasa.Langit juga merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai harganya.Sebiru hari ini adalah satu kata-kata mutiara yang berkaitrapat dengan hubungan persahabatan.Persahabatan yang murni dan mulia ialah persahabatan yang wujud kerana Allah.Bertemu kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah.Sebiru hari ini juga merupakan tajuk lagu nasyid tempatan yang disampaikan oleh Edoustic.

Persahabatan adalah suatu perkara murni malah dipandang mulia oleh Allah.Dengan adanya jalinan persahabatan,segala cerita atau kisah suka duka dapat dikongsikan bersama.Sahabat merupakan orang kedua yang paling rapat dengan kita selepas ibubapa.Jadi,segala kisah suka duka,pengalaman manis pahit sentiasa terpahat di hati kita.Namun begitu,perjalanan sesebuah persahabatan tidak semestinya manis sentiasa.Bertengkar,perselisihan fahaman,berbeza pandangan adalah perkara lumrah dalam kehidupan.Baka kata orang lama “ sedangkan lidah lagi tergigit”.Apatah lagi kita sebagai seorang manusia pasti akan melakukan kesilapan.Saya sentiasa berpesan pada diri saya,bila kita bergaduh dengan sahabat,imbaslah kembali saat kebahagiaan bersama sewaktu dahulu.

Begitu juga dengan langit.Langit tidak selamanya berwarna biru.Kadang kala gelap.Itu menandakan hari nak hujan.Jadi imbaslah kembali,kenangkan semula di suatu ketika di saat kita bahagia bersama teman.Bersahabat tidak semestinya bahagia selalu tetapi di saat kita dilanda konflik atau pergaduhan,hentikanlah pergaduhan itu dengan mengenangkan saat-saat ceria bersama.Insya Allah saya yakin dan percaya bahawa dengan mengimbas kembali,hati kita akan mudah terusik dan tersentuh malah kita pasti akan rindu kembali saat-saat ceria bersama.

Biru sentiasa dikaitkan dengan langit.Mengapa langit ? Jawapannya ialah langit umpama sahabat.Kadang kala ceria dan kadang kala marah.Di saat langit kelihatan gelap atau hitam, ia diumpamakan seorang sahabat sedang menghadapi konflik.Tetapi persoalan yang timbul di sini ialah adakah langit pernah menghilangkan diri? Adakah langit sentiasa biru ? Dan adakah langit sentiasa hitam? Jawapannya ialah langit tidak pernah sesekali menghilangkan diri walau dalam keadaan mana sekalipun langit tidak pernah hilang.Dalam erti kata yang lain langit tidak pernah tinggalkan kita walau macam mana keadaan sekalipun.Langit tidak sentiasanya biru malah langit tidak semestinya hitam.

Begitulah perumpamaan yang dapat dikaitkan dengan kehidupan seharian.Apa yang boleh kita pelajari dari langit ialah kesetiaan seorang sahabat walau apa-apa pun sekali yang terjadi.Bergaduh,bertengkar dan salah faham merupakan lumrah kehidupan.Begitu juga dengan langit.Langit berwarna biru bermakna cerah namun bila langit berwarna hitam ini bermaksud hari mahu hujan.Ini adalah lumrah kehidupan.Jadi belajarlah untuk menjadi sahabat yang setia di kala suka dan duka.

Telah menjadi adat pertemuan.Setiap yang hidup pasti akan merasai mati dan setiap pertemuan pasti ada perpisahan.Perpisahan adalah sesuatu perkara yang menyakitkan apatah lagi melibatkan orang yang kita sayang.Namun,kita sebagai seorang manusia hanya mampu merancang tetapi Allah Azza Wajalla yang akan menentukannya.Terimalah hakikat bahawa setiap apa yang berlaku di atas muka bumi ini,pasti ada sebab dan hikmahnya yang tersendiri.Yakinlah bahawa sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui apa yang terbaik bagi hamba-Nya.Berpisah bukan beerti bercerai tetapi berpisah ini beerti jauh di mata zahirnya namun dekat di mata hatinya.Percayalah bahawa langit sentiasa ada bersama kita dalam
keadaan susah mahupun senang.Belajarlah dari nilai kesetiaan sebuah langit yang luasnya tidak terkira.

Thursday, 23 August 2012

DUNIA DAN AKHIRAT TIADA PEMISAH

Tanpa dunia, bagaimanakah hukum Allah boleh ditegakkan. Sembahyang sebagai contohnya perlu didirikan dengan menggunakan pakaian yang merupakan barangan dunia di mana pakaian itu adalah salah satu syarat sah sembahyang ditunaikan. Puasa pula adalah suatu latihan untuk mengawal kehendak kepada dunia dan mengekang keserakahan nafsu daripada mengausai jiwa. Zakat yang merupakan salah satu rukun Islam pula adalah suatu manifestasi perintah Allah bahawa dunia perlu dikuasai agar orang yang beriman mampu memberi sumbangan harta untuk menegakkan agama. Haji sebagai kemuncak bagi bukti ketakwaan kepada Allah SWT dilaksanakan dengan mengorbankan dunia yang dimiliki sebagai bukti keinginan yang mendalam mengharapkan rahmat Allah.

Bagi memastikan dunia ditadbir dengan keadilan Allah SWT dan bagi memastikan konsep Khalifah dipenuhi, maka kuasa pemerintahan yang merupakan kemuncak hakikat dunia hendaklah dikuasai dalam rangka untuk mentaati Allah SWT. Kuasa pemerintahan menurut pandangan Islam adalah suatu manifestasi mewakili kuasa bagi menjalankan hukum Allah SWT.

Ekonomi merupakan tunjang kepada kuasa dunia. Tanpa menguasai wang dan pasarannya, adalah mustahil untuk memastikan ekonomi itu tunduk dan patuh kepada keadilan Allah SWT. Kelemahan umat Islam dalam menguasai dan menguruskan ekonomi sedunia mengakibatkan pasaran riba mengatasi pasaran Islam.Sosial pergaulan manusia pula merupakan suatu intipati kehidupan yang tidak dapat dipisah daripada naluri manusia. Sekiranya umat Islam tidak mengurus urusan sosial mereka menurut lunas Islam, maka system yang tidak berkiblatkan Allah akan mengambil ruang dan peranannya.

Jelasnya, dunia dan akhirat menurut agama Islam adalah satu. Tiada pemisah. Bahkan keduanya adalah saling memerlukan. Kiranya dipisahkan keduanya akan pincanglah yang satu lagi, tanpa berfungsi. Inilah konsep Islam yang tergambar dalam manifestasi Islam Hadhari di mana dunia adalah jambatan bagi menuju akhirat.

Sunday, 12 August 2012

ANDAI INI KALI TERAKHIR...

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu’
tubuh dan qalbu…bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil… menangisi kecurangan janji
“innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil ‘alamin”
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang…bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu…merintih. ..meminta belas kasih
“sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi…aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU”

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru…kita cari…suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri…rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan …lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi….
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti…paling berseri…
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
 
Namun teman…
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha…bersedia …meminta belas-NYA

Saturday, 28 July 2012

MANUSIA HARI INI

Mungkin manusia hari sudah lupa
Lupa bahawa diri mereka adalah manusia
Lupa Allah menganugerahkan terbaik untuk manusia
Agar manusia sedar diri mereka adalah manusia

Manusia hari ini tidak seperti dulu
Dulu kata-kata ibu bapa takut nak dibantah
Hari ini kata-kata ibu bapa bagaikan sampah

Manusia hari ini tidak seperti dulu
Dulu uda dan dara malu nak bersua
Hari ini uda dan dara tak silu nak terkinja-kinja bersama-sama

Manusia hari ini tidak seperti dulu
Dulu si teruna sibuk berpencak silat
Hari ini si teruna sibuk merempit bagai kilat

Manusia hari ini tidak seperti dulu
Dulu si jelita bersopan santun menjaga langkah
Hari ini si jelita bagaikan hilang maruah

Manusia hari ini tidak seperti dulu
Dulu manusia tahu adab dan adat
Hari ini manusia hilang sifat dan makrifat

Manusia oh manusia…
Belalah akhlakmu sepanjang masa
Jangan samakan darjatmu seperti haiwan tak semena
Kau adalah khalifah di dunia fana

Manusia oh manusia..
Haiwan pun sayangkan anaknya
Sedangkan kau sanggup membunuh nyawa yang tak berdosa
Atas kesilapan kau yang terang nyata salahnya

Manusia oh manusia…
Berperang yang mahukan kuasa
Derita yang tertindas
Ketawa yang mengganas
Derai air mata yang terluka
Oh.. manusia