Saturday, 2 March 2013

WARKAH PASRAH



Cinta…
Izinkan aku meluahkan rasa..
Maafkan aku andai dirimu terasa..
Aku sedar siapa diri ini…
Aku sedar status diri ini..
Aku telah cerminkan diri ini..
Aku tahu engkau menganggap ku
Hanya seperti kawan biasa…
Semua itu aku tahu !!!

Kasih…
Aku hanyalah gagak di rimba…
Mana mungkin terbang…
Bersama merak kayangan…
Aku tidak punyai apa-apa…
Yang aku ada hanyalah rasa ini..
Aku memang tak layak untuk bersamamu...
Aku  telah sedaya upaya cuba untuk melupakanmu..
Tapi aku tidak berdaya…
Kerana hati kecil mengatakan sebaliknya..

Cinta..
Semakin aku bermujahadah melupakanmu..
Semakin kuat pula aku mengingatimu..
Aku tidak tahu kenapa engkau..
Begitu dekat dihati ini..
Maafkan aku kerana menyukaimu..
Berdosakah aku kerana menyukaimu ???
Andai ini takdirnya..
Aku doakan engkau bahagia..

Kasih..
Terima kasih kerana sudi hadir..
Di dalam hidup ini..
Walaupun untuk seketika..
Aku tetap bahagia bila mengenagkan detik mesra..
Walaupun kekadang aku berkecil hati..
Dengan apa yang engkau buat..
Tapi itu semua telahpun ku maafkan..
Jasa dan budi awak tinggi puncak gunung..
Tidak ada nilai untuk ku bayarnya..
Nak ku cari memang tak bertemu..

Cinta..
Di hujung kalamku ini..
Ku mohon halalkan segala salah dan silapku..
Selama masa kita bergurau..
Biarlah semua itu menjadi kenangan silam..
Akan ku simpan kemas di dalam hati..
Biarlah ku terseksa..
Biarlah ku derita..
Asalkan engkau bahagia..
Asalkan aku tidak lagi menganggumu..
Asalkan engkau tidak perlu melayan kerenah ku lagi..
Ku doakan yang terbaik untukmu..
Di dunia dan jua di akhirat !!!!
Semoga Allah pertemukan kita di syurga

Saturday, 23 February 2013

FENOMENA 14 FEBRUARI



Isu yang mana rata-rata dipersoal, dipertikai, dijadikan sebagai bahan bualan bila tibanya pertengahan bulan Februari. Apa lagi andai tidak lain dan tidak bukan ‘Valentine’s Day’. ‘ Hari Kekasih’ konon-kononnya sebagai memperingati kisah cinta, kisah sayang dan segala bala. Apakah hari yang dianggap sebagai  hari yang istimewa ini membawa seribu satu erti buat pasangan kekasih..?? Andai begitu kiranya hari lain tidak dikira sebagai Hari Kekasih, sekadar hari-hari biasa sahaja.


Adat manusia yang sudah tahu pantang larangnya namun begitu tetap juga mahu melakukannya. Ibarat kanak-kanak yang dilarang melakukan sesuatu, tetap berdegil nak melakukan juga. Bila disuruh, enggan pula melaksanakannya. Itu kanak-kanak Ribena yang belum ‘beramanah’ lagi. Bagaimana pula dengan ‘kanak’kanak hingusan’ yang serba serbi tahu tentang itu ini. Akal yang membatasi sempadan. Tetap juga mahu berbuat perkara yang tertegah sama sekali. Sedangkan kalam ALLAH ‘mereka’ boleh dustakan, mahupun firman Allah ‘mereka’ boleh pertikaikan..apatah lagi kata-kata makhluk yang serupa ‘mereka’.

Risau andainya sembilan atau sepuluh bulan dari sekarang, lahirnya anak-anak kecil yang tidak berdosa. Menangis sana-sini. Mencari tempat berpaut, dimanakah ayah..??? dimanakah ibu..???  Suara tangisan yang bergema sekadar bersahutan dalam diam. Dan akhirnya sebahagian lagi terkulai kaku terus ‘melangkah’ ke syurga.  Kesan daripada hilangnya satu ‘pegangan’, maka akan terlahirlah insan terbuang. Belum lagi yang dikira sebagai ‘pembunuh’ awalan. Apatah lagi hati mengeras sekeras-kerasnya untuk menerima kesan daripada perbuatan sendiri.

Semoga kita umat islam khususnya anak muda melayu sedar hakikat sambutan Valentine Days hanyalah propaganda Yahudi bagi merosakkan masa depan umat islam.Ayuhlah pemuda islam yang masih bertaut pada ajaran Al Quran & As Sunnah,sedarkanlah umat islam hari ini akan bahayanya agenda Yahudi ini iaitu HARI KEKASIH.

Friday, 22 February 2013

SEPI SEORANG INSAN



Bilaku rindu padamu..
Terasa kuatnya cintaku..
Terasa sepinya hatiku…
Terbangkit resah terpandang wajahmu..
Bertambahlah kasih sayangku..
Sesaat kau tak ku pandang..
Terasa sepinya jiwaku..
Tertunggu aku hadirnya dirimu..
Walaupun sekelip mata..
Walaupun hanya dalam mimpi..
Walaupun sekadar khayalan..

Betapa sepinya hidup seorang insan biasa..
Dihanyut oleh keresahan..
Dibuai oleh kealpaan…
Rindu hatiku tak jemu padamu..
Selagi kau masih ku cinta..
Biar apa pun yang memisahkan..
Namun ku tetap menyintaimu..
Selagi hidup belum berakhir..
Selagi itu ku merinduimu..

Ku seorang insan biasa yang sepi..
Sepiku penuh dengan seribu bahasa..
Yang kadang kala susah untuk di terjemahkan…
Hanya tuhan bisa mengetahui…
Tak jemu ku terus menanti..
Walaupun ajal yang sedang menanti…

Monday, 28 January 2013

HAKIKAT SEBUAH KEHIDUPAN


Kadangkala, dalam menjalani kehidupan di dunia ini, kita perlu sentiasa diingatkan supaya kembali semula pada nilai kemanusiaan.Semoga jiwa kotor kita dapat diredakan daripada taufan kehidupan ini.Kegagalan mengingati asas menyebabkan kita kehilangan kompas dalam kembara hidup.Oleh itu,keluar seketika daripada kegawatan dan kerunsingan isu ketamakan dan kerakusan dunia dengan kembali kita renung sejenak pada hakikat sebuah perjalanan sebagai seorang hamba-Nya.

Walaupun pada pandangan sesetengah ilmuan, perbincangan berkenaan hari akhirat bagaikan kurang standard namun mereka tetap akan mati dan kehidupan ini hanya kehidupan yang fana bukannya baqa’.Kehidupan kita akan berakhir tanpa tarikh yang dapat diberitahu oleh sesiapa pun. Sementara kita manusia sering lupa akan ada kehidupan yang abadi di sana.


Kita semua sering lupa dan leka dengan hakikat ini.Malah kita lupa bahawa kita sedang mengembara menuju ke satu destinasi.Hidup ini menjadi susah apabila kita terlupa,ataupun tidak tahu ke mana destinasi akhir yang hendak dituju.Kemanakah hala tuju kita mahu perjalanan hidup ini berhenti ? Di mana kompas perjalanan hidup kita? Ramai yang tahu bila ditanya tapi terlupa apabila diburu dengan urusan dunia.Kita yang mengaku beriman kepada Allah juga seringkali terlupa dalam mengharungi perjalanan ini.Hakikatnya,tiada siapa yang boleh lari dari sebuah kematian yang merupakan kiamat kecil bagi kita.