Kebelakangan ini negara kita dilihat begitu bersungguh-sungguh
menangani isu sebuah kumpulan militan iaitu Islamic State of Iraq and Syria
(ISIS) dan tindakan pihak kerajaan ini dilihat semakin relevan apabila kita di
khabarkan ISIS berniat untuk menghuru harakan negara kita bermula dari Kuala
Lumpur dan Putrajaya.Beberapa persoalan timbul di benak hati kita tatkala
mendengar berita yang sebegini rupa.ISIS hari ini di datangkan dengan pelbagai
watak dan persepsi orang ramai.Ada pihak yang mengatakan bahwa ISIS ini lakonan
atau konspirasi Israel semata-mata dan ada juga sesetengah pihak berpendapat
bahwa ia memang ditubuhkan oleh orang islam sendiri.Kepelbagaian persepsi ini
membuktikan bahwa masih tidak jelas apakah sebenarnya isu yang hendak dimainkan
oleh ISIS.Lebih membimbangkan kita ialah apabila sesetengah orang juga
berpendapat bahwa ISIS ini sebuah kumpulan yang pernah disebutkan oleh
Rasulullah SAW ialah golongan As-Sufyani yang akan keluar dari bumi Syam
berperang dengan rakus membelah perut wanita dan membunuh kanak-kanak.Namun,menurut
jurucakap rasmi Darul Ifta Mesir berkata ISIS adalah sebuah kelompok ekstremis
yang telah sesat berdasarkan syariat islam.
ISIS merupakan sebuah kumpulan militan yang dikenali dengan watak ekstrem
dan penuh keganasan.Menurut pakar sejarah, ISIS atau IS telah ditubuhkan pada 9
April 2013 terhasil dari deklarasi daulah khilafah oleh Abu Bakar Al
Baghdadi.Merujuk kepada beberapa pakar sejarah,mereka mengatakan bahwa ISIS ini
merupakan pecahan dari kumpulan Al Qaeda di Iraq.ISIS ditubuhkan hasil dari
ketidak sehaluan beberapa anggota Al Qaeda yang akhirnya mencetuskan sebuah
kumpulan baru iaitu ISIS.Secara teorinya kita lihat bahawa sejarah penubuhannya
pun masih terdapat banyak kekeliruannya apatah lagi jika kita ingin lihat ianya
suatu realiti atau fantasi semata-mata.Jauh di satu yang lain kita Nampak jelas
dan nyata bahawa matlamat dan cara ISIS ini tidak melambangkan ciri-ciri islam
itu sendiri.Banyak persepsi maka lagi banyaklah perkara yang dapat kita ragui
tentang kewujudan ISIS ini sendiri.Tidak dapat kita nafikan bahawa mungkin
ianya satu konspirasi yang membawa fantasi semata-mata bertujuan untuk menghuru
harakan islam dan memburuk-burukkan nama islam.Namun tidak mustahil juga jika
kita andaikan ianya memang benar sebuah kumpulan islam yang bangkit berjuang
demi islam.
Walau apapun natijahnya,kita sebagai muslim haruslah berhati-hati
dengan pelbagai isu semasa yang semakin hebat menyerang kita.Dunia islam hari
ini sentiasa dikepung oleh fitnah dan penipuan dunia demi melihat islam it
uterus dimusuhi dan dibenci.Pelbagai fatwa yang telah dikeluarkan oleh para
ulama mengenai ISIS ini. Baru-baru ini Majlis Fatwa Kebangsaan menerusi
pengerusinya,Tan Sri Abdul Shukor Husin telah mewartakan hokum haram keatas
ISIS kerana jauh menyimpang dari ajaran islam yang sebenar.Turut berpandangan
haram ialah Ketua Ulama Sedunia, Syeikh Dr. Yusuf Al Qaradawi.Menurut Dr. Yusuf
Al Qaradawi perjuangan ISIS hari ini dilihat telah membelakangi syariat islam
yang meraikan keharmonian dan kesejahteraan hidup.Berdasarkan fatwa ini,kita
lihat bahawa kewujudan ISIS ini sama sekali tidak mendapat restu para alim
ulama muktabar.Secara resolusinya,kita seharusnya menjadi individu pengkaji
kewujudan ISIS ini kerana di zaman penuh fitnah ini,pelbagai ancaman penyebaran
fitnah dan penipuan bermaharajalela dan semakin berkuasa.Masih terdapat banyak
perkara yang kita ragui tentang ISIS ini dan pelbagai persepsi yang boleh kita
tampilkan.Namun disebalik semua ini,kita seharusnya kembali kepada ajaran al
quran dan as sunnah sepertimana yang telah disebutkan oleh Rasulullah SAW bahwa
tidak akan sesat sampai bila-bila selama mana kita berpegang teguh pada al
quran dan as sunnah.Marilah sama-sama kita perbetulkan saf kita kembalikan
perpaduan sesama kita dan bersatulah dibawah tauhid Allah SWT.
Secara kesimpulannya,kita sendiri hingga kini tidak dapat hendak
menoktahkan sejarahnya mahupun aktiviti keganasan mereka ini sama ada mereka
ini benar-benar wujud di alam realiti ataupun ianya sekadar konspirasi di alam
fantasi.Namun kita harus sedar bahawa musuh-musuh islam sentiasa cuba untuk
memerangkap kita.Begitu sukar untuk kita katakana ISIS ini jelmaan konspirasi
kerana belum mempunyai sumber yang kukuh dan susah juga untuk kita nyatakan
ISIS ini merupakan kumpulan militant islam yang sebenarnya.Apa-apa pun persepsi
kita,jangan pernah jadikan emosi dan akal mendahului wahyu dalam menimbangkan
sesuatu perkara.Kita harus tahu hari ini umat islam diancam dan diserang dari
segenap sudut kehidupan.Oleh itu,berhati-hatilah dalam menilai sesuatu
perkara.Secara khususnya kita dapat melihat bahawa cara mereka ini (ISIS) ini
telah terang dan jelas menyanggahi syariat wahyu Allah SWT namun dari sudut
kewujudan dan penubuhannya masih terdapat perkara yang samar.Semoga kita
dilindungi oleh Allah di dunia dan juga di akhirat.