Berfikir merupakan satu proses mental yang memerlukan interaksi
antara pengetahuan, kemahiran dan sikap bagi membolehkan individu memahami dan
mencorakkan alam sekelilingnya. Seseorang yang berfikir secara kritis sentiasa
menilai sesuatu idea dengan sistematik sebelum menerimanya. Perkataan kritis
adalah berasal dari satu perkataan Inggeris iaitu ‘ critic. Kritis tidak
membawa maksud yang negatif seperti mengkritik, menghentam, mengecam, dan
membangkang. Sebaliknya, ia adalah sifat semulajadi manusia untuk mencari
kesilapan yang dilakukan oleh orang lain. Apabila kita berfikir secara kritis
ia dapat membantu mencari kesilapan, kesalahan dan kelemahan pada cara-cara
berfikir seseorang atau pada idea atau cadangan yang dikemukakan. Pemikiran
kritis merupakan sejenis pemikiran yang bersifat terbuka dalam menerima sesuatu
idea atau pendapat dan berupaya untuk cuba mempertimbangkan idea itu semula
dengan menganalisa semula ia secara kritis dan mengambil kira pelbagai sudut
dan aspek.
Pemikiran kritis turut memungkinkan pencernaan beberapa idea dan
konsep baru yang lebih sempurna daripada pandangan atau idea yang diterima
sebelumnya. Kemahiran berfikir secara kritis adalah kemahiran berfikir untuk
membuat penilaian tentang sesuatu data atau maklumat. Pemikiran kritis juga
mampu membolehkan individu untuk menganalisa hujah yang diterimanya tidak kira
sama ada hujah yang kuat atau hujah yang lemah dan teori yang berguna akan
diguna pakai manakala teori yang lemah akan disangkal oleh pemikir yang
berfikir secara kritis. Malahan, kita akan berupaya untuk berhujah dengan
berkesan berdasarkan idea-idea yang bernas yang telah diperolehi. Hakikatnya
pemikiran ini mampu membuatkan kita berhujah dengan baik serta menganalisa
hujah dengan baik dan lengkap.
Pemikiran kritis menjadikan kita lebih kritis dan peka serta cekap
dalam mengkaji sesebuah hujah mahupun penyataan yang dikeluarkan secara
pengucapan atau pun penulisan. Ia dapat menyedarkan kita bahawa sesebuah
penyataan itu adalah betul ataupun salah. Selain itu pemikiran kritis juga
mampu membuka minda kita agar lebih menerima berbanding terus menolaknya tanpa
berfikir terlebih dahulu. Kita akan lebih berkeyakinan dalam menangani
permasalahan serta jelas dalam melihat keadaan sesuatu fenomena yang berlaku
disekeliling kita. Secara kesimpulannya, pemikiran kritis adalah sebuah
kemahiran hidup yang amat penting. Ia pada dasarnya mampu membantu kita dalam
berhujah secara berkesan, menganalisa hujah secara kritis dan lengkap dan
memungkinkan kita untuk berfikir positif dan inovatif serta terbuka “ open
mind.
Kesimpulannya kritis membawa maksud kebolehan seseorang untuk
membantu dan membaiki idea-idea orang supaya ia boleh diterima atau ditolak
sekiranya idea tidak benar atau tidak ada kepastian samaada hendak menerimanya
atau tidak disebab kerana tidak cukup maklumat untuk menerima atau menolak.
Kritis juga bererti keupayaan untuk menganalisa apa yang diperkatakan,
menilainya dengan teliti, mencari bukti tentang kebenaran tentang sesuatu
perkara, menyusun atur semua maklumat dengan tepat. Tujuannya untuk mengelakkan
dari membuat kesilapan cara berfikir, meneliti dan menyoal perkara-perkara yang
tidak munasabah serta membuat keputusan dan perancangan berdasarkan maklumat
yang ada. Selain itu ia juga bertujuan untuk mencari kefahaman-kefahaman baru.
Kritis dapat ditentukan samaada sesuatu kenyataan itu betul atau salah.
Bagaimana pun, kritikan hanya boleh dibuat untuk membaiki idea-idea yang ada
dengan mencari kelemahan yang terdapat pada idea tersebut.
No comments:
Post a Comment