Setiap yang dilahirkan dimuka bumi ini akan melalui suatu tempuh
masa yang dinamakan kehidupan.Setiap orang akan menafsirkan kehidupan ini
berdasarkan maklumat dan pengalaman yang diterimanya sejak dia mula berfikir
dan dapat menyimpan memorinya.Bagi seorang muslim dia melalui satu jalan pintas
untuk mengetahui apakah sebenarnya hakikat kehidupan ini melalui maklumat yang
diterangkan oleh al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.Itupun bergantung
bagaimana cara dia dibesarkan dan sejauh mana pendedahan terhadap maklumat
daripada sumber tadi yang diperolehinya
sama ada daripada ibu bapanya atau persekitaran yang membesarkannya.Al Quran adalah kitab terakhir
yang merupakan anugerah Allah kepada manusia di dunia ini, Ia ibarat peta bagi
seorang musafir. Di dalamnya terkandung gambaran jalan yang lurus untuk menuju
suatu matlamat yang telah digariskan.
Malah ianya menerangkan
destinasi sebenar yang sepatutnya semua orang
menujunya. Alam Akhirat dan perkara ghaib digambarkan oleh al Quran
sebagai suatu yang benar sebagai jalan pintas untuk akal fikiran manusia
memahaminya. Sebab itulah al Quran hanya petunjuk bagi orang-orang yang
bertaqwa iaitu mereka yang mengimani perkara ghaib termasuk Alam
Akhirat.Walaupun dengan akal yang waras yang Allah kurniakan kepada manusia
itu boleh menyampaikan seseorang itu
kepada hakikat ketuhanan, akan tetapi Allah dengan rahmatnya telah mengutuskan
para Rasul dan Kitab sebagai jalan pintas dan jalan mudah untuk manusia sampai
kepada hakikat tersebut. Begitu juga dengan hakikat kehidupan ini serta di mana
kesudahan dan apa tujuan manusia dihidupkan di alam ini juga secara terperinci
ditunjukkan oleh al Quran.
Oleh itu sebenarnya al Quran adalah sebesar-besar nikmat yang diturunkan
Allah untuk manusia di alam buana ini. Sebab itu bagi mukmin menatap
ayat-ayatnya saban hari itu adalah
sebagai tanda kesyukuran kepada Allah di atas nikmat tersebut.Manusia adalah
makhluk yang paling unik yang diciptakan Allah di alam buana ini. Kemuliaannya
boleh mengatasi ketinggian para malaikat akan tetapi kehinaannya pula boleh sampai lebih hina
daripada binatang.Kemuliaan atau
kehinaan adalah dua pilihan yang mesti dibuat oleh manusia kerana kedua-duanya
adalah berbeza. Jalannya juga berbeza dan tidak boleh bercampur. Bagi yang
memilih kemuliaan dan ketinggian maka jalan yang digambarkan oleh al Quran
sebagai jalan yang lurus dan itulah jalan menuju Allah Yang Maha Tinggi.
Adapun jalan yang bercabang atau bengkok adalah jalan menuju
kehinaan dan kerendahan.Manusia juga mesti mengenali hakikat dirinya sendiri
serta mengetahui apa yang perlu disediakan untuk memudahkannya sampai kepuncak kemuliaan dan ketinggian.Seperti seorang yang
bermusafir yang mengetahui selok belok kenderaan yang dinaikinya serta apa yang
diperlukannya semasa perjalanan akan lebih mudah untuk sampai ke distinasi yang
ditujunya, begitu juga di dalam perjalanan menuju Allah Yang Maha
Tinggi.Hakikat kejadian manusia seperti digambarkan oleh al Quran dan al Sunnah
terdiri daripada beberapa unsur yang setiap satunya diberi penekanan oleh Islam
di dalam pembinaan,pemeliharaan dan penyelenggaraanya.
No comments:
Post a Comment