Istighfar adalah satu lafaz yang penuh makna yang tersirat yang sukar untuk dinilai dengan mata lahiriah.Kita selalu lupa untuk beristighfar malah tak kurang dari kita yang mengambil enteng dengan keajaiban istighfar.Sebanyak-banyak ayat dalam al quran,macam-macam doa Allah sebut.Tetapi begitu banyak tempat tuhan bagitahu, istighfar memberi kesan besar ajaib pada hidup kita tanpa kita sedari. Kadang-kadang kita minta ampun sahaja tetapi kita tidak bertaubat.
Allah sebut dalam al quran yang bermaksud :
" Hendaklah kamu beristighfar kepada tuhan kamu dan bertaubat kepada Nya maka Dia akan memberikan nikmat kehidupan kepada kamu dengan nikmat kehidupan yang baik"
Ini satu jaminan dari Allah.Kadang-kadang manusia suka mencari buku fadhilat bacaan-bacaan untuk mencari kebahagiaan.Tiada bukti secara definitinya, tiada bukti secara wahyunya.Istighfar !!! Allah janji dengan nas al quran.Nabi Nuh a.s beliau hadapi kaumnya yang sangat teruk. 950 tahun beliau dakwah, namun kaumnya menolak dakwahnya.Kita jika 5 tahun berdakwah, kalau tak jadi, kita cepat mengalah dan berputus asa tetapi Nabi Nuh a.s 950 tahun beliau berdakwah untuk kaumnya.Pun begitu, Nabi Nuh tawarkan kepada mereka dengan satu benda yang boleh memadamkan semua kesalahan mereka dan memberikan fadhilat kepada hidup mereka. Kata Nabi Nuh a.s :
" Maka aku berkata kepada mereka istighfarlah kepada tuhan kamu sesungguhnya Dia Maha Al Ghaffar (Maha Pengampun)."
Al Ghaffar kita selalu terjemahkan dalam perkataan dalam erti kata pengampun.Tetapi Al Ghaffar bukan sahaja mengampun kita,tetapi Allah tutup aib kita.Kalau Allah ampun dosa kita tetapi Dia buka aib kita, kita bermasalah.Percayalah jika Allah membuka aib dosa kita maka nescaya kita takkan mampu mentadbir alam Nya ini.Tidak ada dikalangan kita yang bersih daripada aib dosa.Tetapi rahmat Allah,Dia Al Ghaffar.Allah ampunkan kita dan Allah tutup keaiban dosa kita.Orang sesuci Imam Ahmad,apabila orang datang padanya dan puji beliau, maka Imam Ahmad berkata :
"Jika kamu tahu apa yang aku ada daripada dosa dan kesalahan,nescaya kamu akan campak atas kepalaku pasir"
Apabila orang datang kepada Al Imam Hasan Al Basri dan certita tentang masalah mereka,tanaman tidak subur,sukar mendapat anak dan susah nak dapat rezeki,maka beliau menjawab "Istighfarlah".Orang tanya pada Hasan Al Basri :" Mengapa engkau jawab semua soalan dengan jawapan yang sama?? Maka Imam Hasan Al Basri menjawab : "Ini bukan aku yang kata tetapi Allah yang kata melalui lisan Nabi Nuh a.s.Dengan beristighfar, Allah menjanjikan kita segala-galanya.Istighfar !!!! Sesungguhnya Allah itu Al Ghaffar, Maha Pengampun dan menutup segala keaiban dosa kita.
“Aku menasihati kamu bukan bermakna aku adalah yang terbaik daripada kalangan kamu atau orang yang paling soleh, kerana aku juga pernah melakukan kesilapan. Andainya seseorang itu hanya menyampaikan dakwah apabila merasakan dirinya sempurna, maka tidak akan ada pendakwah. Jika itu berlaku akan sedikitlah orang yang memberi peringatan”
Thursday, 9 January 2014
PUISI BUAT KEKASIH
Bila mata kita bertemu
dunia kita yang punya
terasa lidah kelu berkata
namun bisikan hati menggamit rasa
meluahkan sayang melimpah ruah
seakan tiada esok menanti
rindu membajai kasih
Mentari garang nyaman terasa
kicauan camar rentak cinta
angin berpuput membelai debar
indah alam secantik dikau
kejernihan wajahmu menenangkan jiwa
hati batu cair akhirnya
dek kehangatan cintamu
aku rela tersungkur....
Bicaramu tersusun indah
kupasti kan terpesona
manja suaramu memukau kalbu
menguat lagi degup jantungku
kelembutanmu menyejukkan hati
kehalusan pekertimu mengangkat maruah
Dikau istimewa kekasih sejati
karisma unggul ada padamu
dan pastilah aku bertuah
berjaya merampasmu dari rebutan
memiliki hatimu suatu keajaiban..
Percayalah kekasihku
walaupun kau jauh beribu batu di benua asia
aku akan tetap setia menantimu
jika diizinkan Tuhan
kita pasti bertemu lagi
dengan segulung ijazah tempatanmu
dan segulung ijazah luar negeraku
Jangan hancur cinta yang kita bina bersama.....
Friday, 20 December 2013
7 KAEDAH BAHAGIAKAN HATIMU
1. Beriman dan beramal salih.
"Siapa yang beramal salih baik laki-laki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan."Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu 'Abbas, meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu adalah kebahagiaan.
2. Banyak mengingat Allah.
Dengan berzikir kita akan mendapat kelapangan dan ketenangan sekali gus bebas daripada rasa gelisah dan gundah gulana. Firman Allah:
"Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu." (Surah Ar-Ra'd: 28)
3. Bersandar kepada Allah.
Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa. Allah berfirman:
"Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya."
4. Sentiasa mencari peluang berbuat baik.
Berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah akan memberi ketenangan hati.
Firman-Nya:
"Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh ( manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan di antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu karena mengharapkan keredaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar."
5. Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam.
Fikir tetapi jangan khuatir. Jangan banyak berangan-angan terhadap masa depan yang belum pasti. Ini akan menimbulkan rasa gelisah oleh kesukaran yang belum tentu datang. Rasulullah SAW bersabda:
"Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpa mu sesuatu dari perkara yang tidak disukai janganlah engkau berkata: "Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu," akan tetapi katakanlah: "Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan," karena sesungguhnya kalimat 'seandainya' itu membuka amalan syaitan." (Hadis Riwayat Muslim)
"Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpa mu sesuatu dari perkara yang tidak disukai janganlah engkau berkata: "Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu," akan tetapi katakanlah: "Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan," karena sesungguhnya kalimat 'seandainya' itu membuka amalan syaitan." (Hadis Riwayat Muslim)
6. Melihat "kelebihan" bukan kekurangan diri.
Lihatlah orang yang di bawah dari segi kehidupan dunia, misalnya dalam kurniaan rezeki kerana dengan begitu kita tidak akan meremehkan nikmat Allah yang diberikan Allah kepada kita. Rasulullah SAW bersabda:
"Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu karena dengan melihat ke bawah lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu." HR ALBUKHARI&MUSLIM.
7. Jangan mengharapkan ucapan terima kasih manusia.
Ketika melakukan sesuatu kebaikan, jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan manusia. Berharaplah hanya kepada Allah. Kata bijak pandai, jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Malah ada di antara hukama berkata, "sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!"
Friday, 13 December 2013
KEHEBATAN SERIKANDI ISLAM
Wanita, hebatnya seorang wanita hinggakan seluruh dunia
meraikannya.. Seorang wanita saat mendapat berita kehamilannya, hatinya sarat
dengan kegembiraan hinggakan dia menitiskan air mata. Tidak pernah terlintas di
fikirannya bahawa proses bersalin itu sendiri boleh menuntut nyawanya. Apa yang
dia tahu, dia bakal membawa zuriatnya yang comel ke dunia.
Wanita, hebatnya dia tidak pernah mengeluh walaupun saban
pagi dia muntah-muntah hinggakan badannya kehilangan segala kudratnya. Dia
mampu tersenyum mengenangkan zuriatnya sedang membesar di dalam rahimnya yang
hanya sebesar buah pear. Tidak pernah timbul gentar di hatinya memikirkan
mampukah rahimnya yang sebesar buah pear menanggung zuriatnya.
Wanita, hebatnya dia di saat dia mula merasakan kesakitan
hendak bersalin hatinya tidak gentar walau secubit pun. Tidak pernah terfikir
nyawanya mungkin menjadi galang ganti. Apa yang dia mahu, zuriatnya lahir dalam
keadaan sihat.
Wanita, hebatnya dia mampu menahan kesakitan sehingga 57
Del ketika hendak melahirkan anak (bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan
serentak). Sedangkan sekuat mana pun manusia itu hanya mampu menahan hingga 45
Del sahaja.
Apa yang selalu kita dengar tentang wanita?
Wanita tercipta dari rusuk lelaki.
Wanita itu sayap kiri lelaki.
Wanita berhati lembut dan kuat emosi.
Wanita itu kaum yang lemah.
Tetapi, sedarkah kita di sebalik semua itu…
Wanita dicipta untuk menjadi ibu.
Ibu yang mengandung selama 9 bulan dengan segala
kepayahan..
Ibu yang berjuang dengan maut untuk melahirkan zuriat, penyambung
generasi manusia..
Ibu yang berjuang menyusukan anak selama 2 tahun
lamanya..
Ibu yang mengasuh, membesarkan, dan mendidik anak-anak
dengan penuh kesabaran..
Ibu yang doanya lebih makbul dari seorang bapa..
Wanita jugalah yang menjadi tulang belakang lelaki..
Tidak kurang juga, wanita mampu melemahkan lelaki..
Hebat kan wanita?
Anda bertuah menjadi seorang wanita..
Thursday, 12 December 2013
DI HENING MALAM INI
Di dalam sujudku ini... Ku merayu pada Allah yang tahu isi hatiku
Di malam
yang hening aku selalu mengadu
Tunjukan padaku siapa pemilik tulang rusukku
Tunjukan padaku siapa pemilik tulang rusukku
Dalam kedinginan ku ini..
Ku aktifkan
radarku mencari tulang rusuk yang dinanti
Ku ikhlaskan pengharapanku dihati ini
Siapa dirimu yang bakal menjadi surihatiku
Ku ikhlaskan pengharapanku dihati ini
Siapa dirimu yang bakal menjadi surihatiku
Dalam
kesabaran aku melangkah menjemputmu
Cinta dalam hati akan aku jaga dan pelihara hingga
Allah persatukan kita nanti
Cinta dalam hati akan aku jaga dan pelihara hingga
Allah persatukan kita nanti
Jodoh dunia akhiratku
Namamu rahsia tiada siapa tahu
Tapi kau ada dihatiku menjadi rahsiaku
Namamu rahsia tiada siapa tahu
Tapi kau ada dihatiku menjadi rahsiaku
Di hening malam ini..
Ku sebut namamu dalam doaku
Ku ikhlaskan rinduku dalam sujudku
Moga Allah persatukan kita nanti
Kita bersama melangkah ke Surga, Abadi...
Ku ikhlaskan rinduku dalam sujudku
Moga Allah persatukan kita nanti
Kita bersama melangkah ke Surga, Abadi...
Bukan cinta
yang memilihmu
Tapi Allah yang memilihmu...
Untuk kucintai dan kusayangi
Tapi Allah yang memilihmu...
Untuk kucintai dan kusayangi
MAQAM PARA AULIA
Awal bulan
disember yang lepas, Alhamdulillah saya berkesempatan melawat dan menziarah
maqam para aulia dan tokoh-tokoh agung perjuangan islam.Apa yang dapat saya
nukilkan di sini ialah sebenarnya ketabahan,kegigihan dan kesabaran para alim
ulama yang terdahulu memungkinkan kita untuk berasa sedikit keselesaan dalam
usaha kita menuntut ilmu.
Jika kita mahu dibandingkan dengan
kepayahan,kesusahan dan keperitan ulama terdahulu dalam jaulah mencari
ilmu,maka bagi saya tak terbanding dengan usaha yang telah kita lakukan.Maka
malulah kita kepada para aulia yang dipilih oleh Allah untuk menjadi pendorong
dan contoh tauladan kepada kita yang masih faqir dalam menuntut ilmu Allah yang
Maha Luas ini.
Antara maqam
yang sempat saya ziarah ialah Al Imam Sya’rani rahimallah.Beliau seorang ulama
tasawwuf.Antara karomah yang Allah Azza Wajalla anugerahkan pada beliau ialah
beliau mampu bercakap dengan jin.Beliau juga telah mengajar jin tentang agama
islam.Beliau cukup terkenal dan termashur dengan kefaqihan tentang ilmu tauhid.
Saya juga
berkesempatan menziarahi maqam Al Imam Sultan Hanafi. Beliau juga merupakan
seorang ulama tasawwuf yang terkenal di Al Azhar As Syarif.Nasab keturunan
beliau sehingga sampai kepada Saidina Abu Bakar As Siddiq.Antara karomah yang
diberikan kepada beliau ialah beliau mampu berjalan diatas air.Subhanallah
betapa hebatnya ciptaan Allah yang Maha Mencipta sesuatu tanpa bantuan atau
pertolongan dari sesiapa pun.
Maqam yang
sempat saya kunjungi juga ialah maqam Al Imam As Syafie rahimallahu taa’la.Tersentuh
hati melihat sebuah maqam seorang alim yang diakui oleh ramai ulama.Malah guru
beliau, Al Imam Malik kagum dengan sikap imam As Syafie yang gigih mencari ilmu
meskipun beliau sudah mampu memberi fatwa.Al Imam As Syafie seorang ulama yang faqih tentang ilmu hadis dan fiqh.Malah beliau juga terkenal dengan sikap waraknya dan alimnya.Sehinggakan suatu ketika, beliau melawat tuan gurunya Imam Malik, Imam As Syafie menghormati perbezaan pendapat dan begitu juga Imam Malik.Walaupun mereka terdapat beberapa perbezaan pendapat, namun ianya tidak dijadikan sebagai titik tolak perpecahan ummah.Kita sebagai umat Nabi Muhammad semestinya meraikan perbezaan sebagaimana yang telah di tunjuk oleh kedua-dua imam besar 2 mazhab ini.
Dan antara
maqam yang tak dapat saya lupakan ialah Maqam As Syahid Imam Hassan Al
Banna.Hati ini hanya mampu bersedih menangisi pemergian seorang alim yang
bergiat aktif dalam dakwah.Apa yang membuatkan saya kagum dengan beliau ialah
beliau merupakan seorang ulama yang tidak banyak menulis tetapi meninggalkan
kita seribu makna perkataan yang penuh hikmah.Malah Al Imam Hasan Al Banna juga
merupakan seorang alim yang sentiasa berpegang kepada konsep wasatiyyah.Semasa
hayatnya,beliau sentiasa menyeru umat islam untuk kembali kepada al quran dan
as sunnah dan elakkan dari berbincang soal perkara-perkara furuq dalam agama.Al
Imam Hasan Al Banna terdidik dengan didikan tarekat naqsyabandiah.Bapanya
seorang ulama hadis yang terkenal.Beliaulah pengasas kepada gerakan dakwah
Ikhwanul Muslimin.Beliau telah meninggalkan kepada kita warisan yang tidak
ternilai iaitu Usul 20.Dalam usul ini seharusnya menjadi tonggak kepada gerakan
dakwah yang kita lakukan ini.
Marilah kita
sama-sama sedekahkan bacaan al fatihah kepada para alim ulama kita sama ada
yang masih hidup ataupun yang telah pergi mendahului kita.Ayuhlah semua selagi
mana kita mampu belajar untuk menjadi insan yang sempurna,maka belajarlah
meskipun kita dihimpit kesusahan dan keperitan.Percayalah semua,disebalik
keperitan dan kesusahan itu terselit hikmah dari Allah Azza Wajalla.
Sunday, 1 December 2013
DUHAI SERIKANDI ISLAM
Duhai
serikandi islam
Kehadiranmu tak dirancang
Bayanganmu tak diundang
Namun ku rasa sepi tanpamu
Gerak langkahmu mengingatkanku
Akan kekuasaan ciptaan TUHAN
Tutur bicaramu menyentuh qalbuku
Mengingatkanku akan kewujudan TUHAN
Bayanganmu tak diundang
Namun ku rasa sepi tanpamu
Gerak langkahmu mengingatkanku
Akan kekuasaan ciptaan TUHAN
Tutur bicaramu menyentuh qalbuku
Mengingatkanku akan kewujudan TUHAN
Duhai
serikandi islam
Kehadiranmu mengembirakanku
Kewujudanmu adalah utusan dari TUHAN
Sebagai penguat semangatku
Dalam melayari bahtera hidupku
Dalam menyusuri ujian hidupku
Engkaulah serikandi ku
Yang mengajarku erti KETUHANAN
Kewujudanmu adalah utusan dari TUHAN
Sebagai penguat semangatku
Dalam melayari bahtera hidupku
Dalam menyusuri ujian hidupku
Engkaulah serikandi ku
Yang mengajarku erti KETUHANAN
Duhai
serikandi islam
Dengan lafaz syukur ke hadratkan
Ku pohon restu dari TUHAN
Ya Allah Tuhan yang Maha Perancang
Ku pohon restu dari TUHAN
Ya Allah Tuhan yang Maha Perancang
Hiasilah
dirinya dengan cahaya Rabbi
Selimutilah
dirinya dengan keimanan nan tinggi
Jadikan
dirinya hiasan unggul
Seindah dirinya kilauan iman terpantul
Duhai serikandi islam
Terima kasih kerana sudi mendampingiku
Terima kasih kerana sudi menasihatiku
Tiada lafaz selain doa dariku
Tiada kalam selain hasrat hatiku
Agar engkau berjaya dunia akhirat
Agar engkau menjadi serikandiku
Menyinari alam dengan keilmuanmu
Terima kasih kerana sudi menasihatiku
Tiada lafaz selain doa dariku
Tiada kalam selain hasrat hatiku
Agar engkau berjaya dunia akhirat
Agar engkau menjadi serikandiku
Menyinari alam dengan keilmuanmu
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)



.jpg)








.jpg)
.jpg)