Thursday, 3 July 2014

KAU TERCIPTA UNTUKKU


Sekian lama kulalui perjalanan cinta untuk temukan cinta sejati, hingga akhirnya kini ku temukan cinta itu pada dirimu.Harus kuakui  tiada yang seperti dirimu engkaulah satu-satunya yang mampu menghadirkan mimpi indah dalam tidurku.Maka izinkan aku tuk mengungkapkan rasa sayang  ini,tuk meraih setitis embun hati dan tempat terindah dihatimu.Tak perlu kau tanyakan seberapa besar cinta untukmu karna  aku datang untuk mencintaimu dan sesungguhnya cinta dalam hati  ini hanya untukmu. 


 

Maka terimalah cintaku, berikan aku cinta yang tulus, setulus cintaku untukmu. Kini kuyakinkan dirimu bahwa engkau adalah cintaku yang ku cari selama ini dan hanya padamu ku berikan sisa cintaku.Akan ku bawa kau melayang melawati keindahan dunia ini,dan dengan begitu berjuta rasa kan tercipta di antara kita yang akan membawa pada satu waktu yang dinanti.

Maka berjanjilah tuk slalu disampingku karna tanpa dirimu itu semua takkan pernah terjadi.Dan demi waktu  akupun takkan meninggalkanmu, aku kan slalu disini untukmu..untukmu selamanya. Kerana untukku kau adalah…seorang serikandi dan bidadari yang “tercipta untukku”. 



RAMADAN KINI TIBA LAGI


Sedar  tidak sedar  telah tiba kembali Ramadhan Al-Mubarakh. Binalah bergunung-gunung azam kerana ianya tidak merugikan. Dan cadangkanlah ruang dan peluang untuk diri sendiri bersama-sama Allah, kerana ianya melazatkan. Bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang penuh pengampunan. Bulan yang merantai dan membelengu iblis. Tetapi membebas dan melepaskan umat manusia dari azab dan siksa. Marilah kita besama-sama memakmurkannya dengan memperbanyakkan amal ibadat. Dan murahkanlah hati untuk memberi kepada yang lain. Serta sambunglah ikatan silaturahim yang renggang dan terputus itu.

Bukan bermakna Ramadhan ialah bulan mengerjakan kebaikan, dan bulan-bulan lain itu bulan mengerjakan kemaksiatan. Tetapi Ramadhan adalah bulan yang mana penambahan amal kebaikan itu sangat menguntungkan. Malah keuntungannya berlipat kali ganda melebihi kepatutan.Ramadhan ini juga ibarat medan bursa saham. Yang mana saham yang dijual didalamnya telah dijamin keuntungan yang berganda-ganda. Teragak-agak lagikah kita untuk melipat gandakan perlaburan kita didalam bursa saham yang telah dijamin ini. Dan yang menjaminnya adalah Allah sendiri.  



Dan sesungguhnya Ramadhan itu adalah bulan untuk melatih diri menjadi  lebih cermat didalam setiap perbuatan. Bulan yang menahan lidah dari perkataan yang sia-sia dan merosakkan. Bulan yang memelihara mata dari pemandangan yang jelek dan menjijikkan. Bulan yang menahan telinga dari halwa yang mengkhayalkan. Dan bulan yang menahan hati dari niat yang serong. Peliharalah jasmani dan rohani kita. Kerana itu adalah sebaik-baik perlaburan dibulan ini.

Wednesday, 18 June 2014

GETUSAN HATI


Di setiap desir darahku ada darahmu
Di setiap nafasku ada harum tubuhmu
Di setiap sudut pandangku ada wajahmu
Di setiap langkahku selalu tertuju padamu
Di manapun aku berpijak, disitu kuukir indah namamu..  



Sebab hanya kau perhisan termulia yang kumiliki
Sebab hanya kau kupilih menjadi teman hidupku selamanya.
Hanya kau yang terukir indah dalam hatiku.
Tak tergantikan oleh apapun.
Tak terlupakan sebab apapun.
Tak terhapuskan dengan apapun.   



Kasihku…
Senyum dan kata manismu melegakan hatiku.
Tetaplah tersenyum cantikku,
Kita kan melangkah bersama menuju terang itu.
Tinggalkan suram yang telah lalu…
Kita pasti kan bahagia bersama selamanya…

Friday, 13 June 2014

SURAT UNTUK BIDADARIKU


Bidadariku
Saat aku tuliskan surat ini buatmu,betapa hatiku sarat dengan rindumu. Rindu yang mendambakan kasihku padamu.Hatiku penuh dengan cintamu dan tak bisa dimasuki oleh kasih yang lain. Hanya kasihmu yang aku miliki,yang menceriakan kehidupanku walaupun kadang-kadang aku tersasar oleh kerana mabuk kerinduan.   




Bidadariku…
Ingin aku katakan padamu bahawa aku tidak menduakan kasihmu. Aku tidak menduakan cintamu kerana hatiku telah dirimu miliki. Bagaimana aku boleh mengisinya dengan sesuatu yang lain sedangkan ia berada disampingmu. Jangalah dirimu sangsi dengan kesetiaanku, kerana aku telah bina benteng yang tinggi agar cintamu yang kumiliki tidak terlepas keluar dari sempadan hati dan menghalang sebarang cinta dari luar untuk menerobosi jiwaku.    




Bidadariku
Cintamu adalah yang terutama dalam senarai cintaku. Pertama cinta Tuhan dan Rasul, kedua cinta keluargaku dan ketiga adalah cintamu. Aku jamin ia tidak akan pernah berubah sehinggalah tuhan benar-benar menentukan dan menyatakan kehendak Nya dalam kisah perjalanan cinta kita ini. Namun aku sentiasa berdoa agar cinta dan kasih kita ini hayatnya berpanjangan hingga dibawa bersama sewaktu menghadiri perjumpaan di hadapan Tuhan di hari kemudian.    




Bidadariku
Tiadalah sebaik kata-kata yang mampu aku tuliskan dalam surat cinta ku ini melainkan untuk menyatakan bahawa sehingga kini dirimu yang memiliki hatiku ini. Aku bahagia begini dan aku ingin terus begini bersamamu. Aku mohon pada Tuhan semoga Dia menerima permohonan ini. Hanya pada Nya lah aku berharap.   


Thursday, 12 June 2014

HUDUD : BERSEDIAKAH KITA ?


Merenung seketika isu-isu di Malaysia,membuatkan saya terpanggil untuk menukilkan sesuatu buat renungan kita bersama.Bukan hendak lagak seperti profesor namun jika ilmu hanya pada nama hasilnya juga entah kemana.Antara isu yang menarik perhatian renungan saya ialah isu HUDUD. HUDUD merupakan hukuman Allah S.W.T yang terang dan jelas perintahnya dan yang dirakamkan oleh Allah di dalam al-quran. Sepertimana juga yang kita sedia maklum,hudud bukanlah sesuatu isu baru dalam islam.Hattakan di zaman Nabi Muhammad sendiri pun telah wujudnya hukum hudud ini.


Dalam kita membicarakan isu hudud ini,secara ringkasnya kita akan nampak pembahagian kepada dua golongan. Golongan yang pertama yang menyokong dan bersedia memperjuangkan hukum Allah ini manakala golongan yang kedua ialah golongan yang menolak dan menentangnya. Secara kasarnya,hudud bukanlah isu yang mampu memecahbelahkan umat islam namun jika ia dicampur tangan dengan kepentingan politik,maka ia dilihat hambar dan menggerikan bagi sesetengah kelompok.





Timbul persoalan, bersediakah kita bagi melaksanakannya ? Saya yakin dan percaya seluurh umat islam tidak pernah sesekali menolak apatah lagi menentangnya namun yang menjadi kegusarannya ialah cara pelaksanaannya. Inilah yang menjadi kebimbangan sesetengah golongan. Bagaimana hendak dilaksanakan? apakah konsep keadilan itu telah wujud? Bagaimana dengan keadilan sosialnya yang sama rata ? adakah sistem zakat berjalan lancar? Saya fikir hal-hal seperti ini harus diselesaikan terlebih dahulu sebelum kita membuka kertas kerja tentang hudud. Kerana kita sedia maklum, hudud terbina atas beberapa konsep antaranya keadilan sosial,kesamarataan kedudukan dan lain-lain.



Saya percaya ,jika kita benar-benar hendak melaksanakan hukum Allah yang agung ini,maka kita haruslah jugak membuat persediaan yang sebenar-benarnya.Lihat kembali sistem pentadbiran kita.Jadikan ianya satu platform untuk menuju kearah pelaksanaannya.Para sarjana islam mengkaji beberapa buah negara yang melaksanaan hudud seperti Pakistan, Nigeria, Sudan yang akhirnya kembali kepada sistem takzir.Kenapa? Para sarjana islam berpendapat bukan hudud itu yang GAGAL namun SISTEM PELAKSANAAN yang gagal berfungsi.Kerana apa? Kerana sistem sebelum ini tidak ada konsep-konsep yang berteraskan hudud.Disebabkan keghairahan hendak melaksanaankan hudud hingga lupa konsep-konsep yang terbina atas nama hudud. Maka sewajarlah kita bermula pada detik ini kembalilah merombak sistem yang sediakala.Yang mana harus diperbaiki,kita perbaikannya.






Hentikanlah perbalahan hudud yang entah sampai bila penghujungnya. Saya pasti isu hudud ini jika dicampuradukkan dengan kepentingan politik, maka sudah semestinya natijahnya mengundang kepada perbalahan dan pertelingkahan yang sia-sia dan secara tak langsung perbalahan ini telah mengundang kermurkaan Allah.Kembalilah renung dalam diri kita,adakah kita bersedia melaksanaan hudud sementara disana masih ada golongan yang memerlukan,disana masih wujud golongan atasan yang memperjudikan wang negara dan sebagainya.Jangalah kita menjadi seperti kerbau yang dicucuk hidungnya.Jika ditarik ke kiri,maka ke kirilah kita. Jika kita ditarik ke kanan, maka kananlah kita.Tapi jadilah kita sebagai manusia yang mampu berfikir lebih jauh dan tidak cepat menghukum sesuatu perkara.

Monday, 9 June 2014

DOA UNTUK KEKASIH


Ya Allah Ya rabbul ‘izzati
Telah engkau labuhkan mahligai cintai di hatiku
Maka jadikan cinta ini sebagai penawar jiwaku
Telah Engkau tanam benih cinta di kalbuku
Maka jadikan bunga-bunga cinta sebagai penghias kisahku

Ya Allah ya Rahmanu Ya rahim
Ku titipkan cinta ini doaku padaMu
Hiasilah dengan keimanan
Perindahlah dengan ketakwaan
Kuatkanlah dengan kepasrahan
Dan wujudkanlah dengan ikatan yang Engkau redhai



Ya Allah Ya muhaiminu ya Salam
Jika cinta ini mengantarku pada derajat kekasihMu
Maka jaga cinta ini agar tetap pada Ridhamu
Jika cinta ini menjadi mahar cintaku padaMu
Maka muliakanlah cinta kami dengan kesetiaan

Ya Allah Ya mujibu da’awat
Kabulkanlah impian cinta kami
Persatukan kami dalam indahnya pernikahan
Agar kami setia hingga sampai ke syurga  

                         

Sunday, 8 June 2014

KAU TERCIPTA UNTUKKU


Hatiku sedih mengenangmu
Saat kau jauh dariku
Diriku hampa selalu
Tanpa hadirmu…             

Hilangnya dirimu dari hidupku
Membuat bisu dan terpaku
Perginya cinta dan kasih
Membuatku menangis lirih         


Namun kini kau kembali
Merangkai kasih yang telah pergi
Untuk mengisi sepinya hati
Dengan cinta yang selalu kau beri      


Kini aku menyedari
Cinta sejati tak akan pergi
Walau pergi pasti kembali
Kerana hati tak dapat dibohongi

Hadirnya dirimu disisiku
Membuatku yakin selalu
Diriku ini memang untukmu
Kerana kau tercipta untukku…