Merenung seketika isu-isu di Malaysia,membuatkan saya terpanggil
untuk menukilkan sesuatu buat renungan kita bersama.Bukan hendak lagak seperti
profesor namun jika ilmu hanya pada nama hasilnya juga entah kemana.Antara isu
yang menarik perhatian renungan saya ialah isu HUDUD. HUDUD merupakan hukuman
Allah S.W.T yang terang dan jelas perintahnya dan yang dirakamkan oleh Allah di
dalam al-quran. Sepertimana juga yang kita sedia maklum,hudud bukanlah sesuatu
isu baru dalam islam.Hattakan di zaman Nabi Muhammad sendiri pun telah wujudnya
hukum hudud ini.
Dalam kita membicarakan isu hudud ini,secara ringkasnya kita akan
nampak pembahagian kepada dua golongan. Golongan yang pertama yang menyokong
dan bersedia memperjuangkan hukum Allah ini manakala golongan yang kedua ialah
golongan yang menolak dan menentangnya. Secara kasarnya,hudud bukanlah isu yang
mampu memecahbelahkan umat islam namun jika ia dicampur tangan dengan
kepentingan politik,maka ia dilihat hambar dan menggerikan bagi sesetengah
kelompok.
Timbul persoalan, bersediakah kita bagi melaksanakannya ? Saya
yakin dan percaya seluurh umat islam tidak pernah sesekali menolak apatah lagi
menentangnya namun yang menjadi kegusarannya ialah cara pelaksanaannya. Inilah
yang menjadi kebimbangan sesetengah golongan. Bagaimana hendak dilaksanakan?
apakah konsep keadilan itu telah wujud? Bagaimana dengan keadilan sosialnya
yang sama rata ? adakah sistem zakat berjalan lancar? Saya fikir hal-hal
seperti ini harus diselesaikan terlebih dahulu sebelum kita membuka kertas
kerja tentang hudud. Kerana kita sedia maklum, hudud terbina atas beberapa
konsep antaranya keadilan sosial,kesamarataan kedudukan dan lain-lain.
Saya percaya ,jika kita benar-benar hendak melaksanakan hukum Allah
yang agung ini,maka kita haruslah jugak membuat persediaan yang
sebenar-benarnya.Lihat kembali sistem pentadbiran kita.Jadikan ianya satu
platform untuk menuju kearah pelaksanaannya.Para sarjana islam mengkaji
beberapa buah negara yang melaksanaan hudud seperti Pakistan, Nigeria, Sudan yang
akhirnya kembali kepada sistem takzir.Kenapa? Para sarjana islam berpendapat
bukan hudud itu yang GAGAL namun SISTEM PELAKSANAAN yang gagal berfungsi.Kerana
apa? Kerana sistem sebelum ini tidak ada konsep-konsep yang berteraskan hudud.Disebabkan
keghairahan hendak melaksanaankan hudud hingga lupa konsep-konsep yang terbina
atas nama hudud. Maka sewajarlah kita bermula pada detik ini kembalilah
merombak sistem yang sediakala.Yang mana harus diperbaiki,kita perbaikannya.
Hentikanlah perbalahan hudud yang entah sampai bila penghujungnya.
Saya pasti isu hudud ini jika dicampuradukkan dengan kepentingan politik, maka
sudah semestinya natijahnya mengundang kepada perbalahan dan pertelingkahan
yang sia-sia dan secara tak langsung perbalahan ini telah mengundang kermurkaan
Allah.Kembalilah renung dalam diri kita,adakah kita bersedia melaksanaan hudud
sementara disana masih ada golongan yang memerlukan,disana masih wujud golongan
atasan yang memperjudikan wang negara dan sebagainya.Jangalah kita menjadi
seperti kerbau yang dicucuk hidungnya.Jika ditarik ke kiri,maka ke kirilah
kita. Jika kita ditarik ke kanan, maka kananlah kita.Tapi jadilah kita sebagai
manusia yang mampu berfikir lebih jauh dan tidak cepat menghukum sesuatu
perkara.
No comments:
Post a Comment