Wednesday, 4 June 2014

KERANA KUNCI ITU


Kerana kunci itu
Hatiku bertasbih dengan namaMu
Menyingkap hikmah sebuah pertemuan
Yang tak terfikir dek akal
Yang tak terjangkau dek hati
Dengan kuasa Mu ilahi
Aku dan dia bersatu hati

Kerana kunci itu
Sekalung cinta telah pun bersemi
Setelah lama ku mencari
Sedalam lautan ku selami
Setinggi gunung ku mendaki
Seluas pantai ku jejaki 

Akhirnya kunci itu kutemui 



Kerana kunci itu
Jiwa ku mula berputik rindu
Tatkala hatiku menjadi sendu
Sujudku menjadi luahan qalbu
Menangis hati hibanya terharu
Menerima hadir cinta bidadariku
Membongkar gelisah menghapus rindu
Menerjah qalbu memukul sendu


Kerana kunci itu
Biarlah tua hanya diangka
Tapi jangan tua di jiwa
Biarlah angka membezakan kita
Tapi jangan sampai kita teralpa
Akan kebesaran sang pencipta
Yang Maha Agung Lagi Maha Perkasa
Dialah perancang sebaik kata
Dialah penentu sebaik rasa
Kau yang satu hanya untukku
Kau yang satu hanya milikku
                              

Kerana kunci itu
Aku menangis serba bersalah
Kau gadis harapan solehah
Sedangkan aku hina dan lemah
Namun di sana terselit hikmah
Sesungguhnya kau serikandi pemacu ummah
Yang takkan ku lepas walaupun aku lelah

Kerana kunci itu
Dua jiwa bersatu bertemu
Hatimu dan hatiku mula dipalu
Moga kau dan aku direstu
Aku amat mencintaimu duhai bidadariku






No comments:

Post a Comment