Suasana subuh yang damai di kota kaherah ini, membuatkan sesiapa
saja rasa tenang dan indah tanpa rasa gundah dan resah. Di hari yang sentiasa
berputar ini, hati kecil ini begitu rasa hiba dan sedih apabila terkenangkan
sebuah tangisan seorang sahabat yang benar-benar mengerti masalah diri ini.
Seorang sahabat yang merupakan segala-galanya bagi saya. Beliau lah
kawan,beliau lah teman dan beliau lah rakan yang tak pernah kenal erti lelah
berkawan,bersahabat dan berteman dengan saya. Perkenalan saya dengan beliau ini tidak dirancang namun
akhirnya kekal bersahabat selamanya.Beliau mungkin sahaja tidak sempurna dimata
orang lain, tetapi sungguh dalam dirinya terdapat sebuah nilai persahabatan
yang tak mungkin untuk kita terokai melainkan bersahabat,berkawan dan berteman
dengannya.
Suatu ketika, disaat api fitnah merah menyala ditambah dengan api
yang membara, ketika itu diri yang lemah ini difitnah dicerca dan
sebagaimana.Sehinggalah beliau datang hadir menemui saya bertanya saya bagaikan
wartawan pula.Namun dengan ketenangan hati yang diberi oleh ilahi,saya menjawab
semua fitnah itu dengan tenang dan damai.Beliau juga dengan izin Allah, dapat
kefahaman yang jelas dan membuatkan beliau lebih kenal siapa saya
sebenarnya.Namun ketika semuanya jelas difikirannya, terjurai air mata
menzahirkan rasa hiba dan hina dek kerana ujian berat yang menimpa saya. Secara
jujurnya hati ini hiba melihat beliau seorang rakan,teman dan sahabat
menitiskan airmata dek kerana melihat saya diuji.Allah punya ujian sungguh
bermakna bagi saya kerana disitu kita dapat nilai siapa kawan siapa lawan.
Saya tidak sangka beliau seorang yang ceria,peramah dan sering aktif
bersukan,namun tak tahan melihat diri ini diuji dengan fitnah yang dasyhat.Beliau
menitiskan airmata di depan saya dan mengakui beliau insan yang lemah lagi hina
kerana beliau tidak tahan menahan dugaan sahabatnya difitnah dan dicerca.Dalam
suka ada tawa dan dalam gembira ada pilunya. Itulah lumrah dunia.Bagi saya
,tiada lafaz yang bermakna sewaktu itu melainkan rasa syukur pada ilahi di atas
kurniaan sahabat sejati yang sanggup menitis airmata merasai bebannya ujian
dari ilahi. Ramai orang bijak berbicara,ramai orang hebat menyusun kata, namun
tersalah kata mengundang fitnah pada sesiapa sahaja.
Kepada beliau setinggi rasa terima kasih diatas sifat memahami
perasaan seorang sahabat.Airmata engkau sudah cukup sebagai pengubat hatiku
yang duka ini.Airmata engkau terlalu bernilai untuk aku bayarnya.Sesungguhnya
cukuplah hanya Allah sebagai tempat sandaran kita. Inilah sahabat yang sebenarnya. Tidak
cepat menghukum, keterangan dan penjelasan yang didahulukan sebelum
menghukum.Maka disini, erti tangisan seorang sahabat lebih bermakna dan
bernilai dari jutaan rakan bersama kita gelak ketawa.Percayalah, Allah tak
pernah membebankan hamba Nya dengan ujian namun Allah mahukan kita menilai dan
menyelongkari hikmah disebalik ujian ini.
No comments:
Post a Comment