Tuesday, 15 July 2014

SAAT HATI MULA BERKATA

Aku tidak tahu harus mulai dari mana
Tapi, semenjak pertemuan kita yang pertama, aku yakin kau ada hanya untukku
Senyumanmu, selalu menenangkanku
Sapa manismu di hari-hariku, membuat hatiku ceria
Dan keayuan akhlakmu membuatkan ku tertawan

Setiap detik, hari dan bulan yang kita lalui, penuh akan warna warni kehidupan
Tidak pernah ada kata menyesal dalam kamusku, kerana aku memilihmu
Kerna aku menerimamu sebagai bidadari hatiku ini

Izinkan aku untuk selalu disisimu, kasih.
Menemanimu, disetiap deru nafas hidupmu
Kerna aku tahu, aku layak dan sanggup untuk selalu berada disisimu
Dan aku tahu kau memang tercipta untukku, begitupun aku yang tercipta hanya untukmu


Aku sayang kamu, kelmarin, hari ini, esok, lusa dan selamanya !!!! 



BICARA SANG PERINDU

Memandangmu, menunggumu, memanggilmu, merinduimu, mencarimu, mendakapi, berbicara denganmu, melegakanku  pilu. Syukurku atas pertemuan itu, redhaku atas perpisahan itu, doaku yang terbaik buatmu..amin

Bisikan ombak..

Pada nyanyian ombak malam yang memukul hatiku ini,ku cuba coretkan sebuah harapan sebuah nukilan dan perasaan yang tidak pernah luntur dari sudut hati, mesra pada senyuman.Tidak hairan akan mereka yang tidak sudi mendengar…entah pada siapa ingin ku tuju coretanku..Entah lurus entah tidak bicara ku ini.Tapi ku tahu si dia pasti memahami nukilan ku ini. Walaupun pada nada dan irama yang berbeza.Sukarnya meramal perasaan ku sendiri,zahirku tidak terucap.Demi masa berjalan gagah ku susuri dengan lesu. Ku kutip ku atur dengan penuh ketabahan. Ku susun ku kumpul menjadi simpulan madu, menjadi ukiran kukuh dan menjadi hiasan pujukan jiwa…



Bisikan rasa..

Bila hatiku menyentuh rasa hatimu, jiwa melahirkan perasaan yang indah.Disaat mataku adalah matamu, hatiku adalah hatimu,sakitmu adalah sakitku jua, jiwa kita telah pun bersatu. Menuju gerbang penyatuan kita bersama.Namun begitu,carilah sebutir permata dalam timbunan kaca walaupun dijarimu terluka tiada cinta yang lebih hakiki selain cinta Ilahi…



Bisikan perindu...

Rindu ku susut di celah nyanyi angin kasih, ku berpura pura kuat di matamu sedangkan aku lemah tanpamu di sisi, bermusim ku simpan rindu ini. Biarlah waktu yang berbicara. Biarlah masa yang menentukan saat kita bersama melakarkan indahnya kenangan kita. Engkau tiba bagaikan pelangi, tak bercahaya namun kau berseri. Tapi cukup menghiburkan hati ini. Seharian bersamamu tak terasa saat yang berlalu. Bagai pelangi petang kau kan pergi jua. Demi Allah aku rindu padamu duhai bidadariku.

EPILOG RINDU

Di malam ini
ku intai rindu di celah awan
tika bulan tersenyum di birai ombak
dan pantaipun membelai kakiku dalam tenungan.

Di bulan ini
ku lukis rindu dalam sinar kasih
biarpun di bulan ini aku pernah titis airmata
tentang sarat rindu yang aku kandung kata-kata. 



Malam ini, kurenung bulan di jendela kasihmu
ku selak awan biar berlalu di bawa bayu
kerana rinduku ada di hujung sana
menantiku kembali mengucup bulan
masih setia menadah sepi biarpun dalam keasingan.

Rinduku.. kusyairkan rembulan di langit sepi
Meskipun ku tahu kau sedang lena dibuai mimpi
Namun rinduku masih gmenari dihatimu ini
Lalu aku terus menunggu dan senantiasa menunggu
Moga esok masih ada sinar di hatimu untukku


AKU RINDU SAYANG KAMU

Telah ku titipkan hati ini padamu
telah ku cabarkan rasa hati untukmu
telah ku katakan cinta ini hanya milikmu
telah ku bisikan,bila tiada aku
hanya kamulah yang aku rindu


Kasih segalanya telah kau ketahui
Kasih segalanya telah kau susuri
Kasih segalanya telah kau amati
Adakah kau meragui ?  





Setelah dirimu telah aku temui
Setelah dirimu mencuri hatiku
Setelah dirimu menghias jiwaku
Kau ratu dihatiku
Kau serikandi di jiwaku
Kau bidadari di alamku
Dirimu amat berharga untukku


Padamu ku aturkan kata cinta
padamu ku lantunkan syair kegelisahan
padamu ku buatkan puisi indah
masihkah kau tak percaya ?
Bahwa hanya dirimu saja yang ku damba

KAPSUL RAMADAN : PENGUBAT JIWA PENYEMBUH SENGSARA

Apa maksud Allah memerintahkan kita berpuasa selama sebulan pada setiap tahun? Merujuk kepada Al-Quran, tujuan berpuasa adalah untuk bertaqwa. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 183, ertinya;“ Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagai mana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa”Berpuasa rupa-rupanya boleh mengakibatkan seseorang hamba Allah bertaqwa kepada Tuhannya yakni bilamana Ramadhan dilalui dengan tepat dan penuh penghayatan. Kalau bukan caranya, berpuasa di bulan Ramadhan hanya menghasilkan lapar, dahaga dan keletihan sahaja, sia-sia.  







Dalam setahun kita telah melalui berbagai-bagai cabaran hidup yang boleh merosakkan ketaqwaan kita kepada ALLAH. Bila manusia tidak bertaqwa, mereka akan hilang wibawa dan kemanusiaan. Manusia menzalim, menindas, menipu, mementingkan diri, hasad dengki,bakhil,berdendam dan lain- lain. Masyarakat manusia tidak lagi berkasih sayang, bekerjasama., bertolak ansur dan bertolong bantu. Sebaliknya akan berebut-rebut, berkrisis, bertelagah dan berperang. Peperangan antara suami isteri, anak dengan ibubapa, murid dengan guru, buruh dan majikan, rakyat dengan pemimpin dan lain-lain. Manusia hilang kemanusiaan. Masyarakat manusia tidak berwatak manusia lagi! Bertukar kepada watak syaitan dan haiwan.Allah SWT yang Maha Adil lagi Bijaksana, yang menjadikan manusia , tahu di mana kekuatan dan kelemahannya, tahu bagaimana menguatkan yang lemah, menyuburkan yang kuat, tahu punca kekuatan dan kelemahan, telah memilih sebulan Ramadhan untuk jadi ubat kepada setahun penyakit.  






Ya, Ramadhan datang untuk mengubati manusia supaya dapatkan kemanusiaan semula.Rugilah orang-orang yang gagal menjadikan ibadah-ibadah Ramadhan untuk membaik pulih kemanusiaan mereka. Macam ruginya orang yang diberi kereta tapi tidak pandai mengguna atau tersalah guna.Disini timbul persoalan. Bagaimana Ramadhan mengubati Hati Manusia? Terdapat pakej ibadah yang cukup hebat dan berkesan, kuat menguat satu sama lain, supaya manusia dibaik pulihkan sepanjang Ramadhan . Allahlah yang punya pakej ini Maha pakar dalam merawat jiwa, fikiran dan fizikal manusia supaya kembali suci sesuci fitrah semulajadinya. Pakej itu ialah ibadah puasa. Seseorang yang sanggup melakukan keseluruhan pakej ibadah ini dengan serius dan penghayatan, sungguh akan memperolehi satu kekuatan roh, mental dan fizikal untuk meneruskan perjuangan sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi. Membawa bersamanya segala sifat-sifat baik seorang manusia seperti merendah diri, pemurah, berkasih dan lain-lain.

Sunday, 13 July 2014

SAKARATUL MAUT SUATU KEPASTIAN

Setiap hari sebenarnya adalah bonus dalam kehidupan yang singkat ini. Saban hari kita terdengar dan melihat di dada akhbar dan TV berita-berita kematian. Di musim raya yang akan tiba ini, kematian disebabkan kemalangan paling kerap kita dengari. Setiap kali mendengar berita sebegini, hati ini sentiasa tergusar resah dan gelisah. Terfikir sejenak, mereka  ini  dah sampai masa menghadap  Tuhan, samada bersedia atau tidak, ajal mereka sudah sampai yang mana tidak akan ditunda sesaat ke hadapan atau kebelakang!  Namun setakat menggusarkan hati tidak mencukupi jika tidak disusuli amalan yang sepatutnya dilakukan sebagai persediaan untuk mati.  

Kekadang kita rasakan kesibukan kita dengan dunia sering melalaikan diri ini. Sakaratul maut adalah satu pertarungan yang dahsyat. Setiap orang pasti akan melaluinya kerana Allah telah menetapkan kematian bagi setiap yang bernyawa.  Perumpamaan kematian itu seperti yang diberitahu oleh Kaab kepada Umar Al- Khattab. Ia bagaikan seorang lelaki yang dipukul dengan pokok bidara. Setiap duri itu masuk dan menusuk setiap urat saraf. Apabila pokok itu ditarik dengan kuat, setiap duri yang melekat pada urat saraf itu akan ikut tercabut bersamanya.MasyaAllah sakitnya tidak terkata,suara  tenggelam, tidak boleh terkeluar untuk menjerit kerana terlalu sakit! 

               


Namun demikian, walaupun Allah SWT telah memberikan peringatan demi peringatan akan musibah besar ini, sungguh ramai umat manusia yang lalai, leka dan terbuai dengan kenikmatan duniawi! Walaupun saban hari mendengar malah mungkin ada yang menyaksikan kematian di depan mata, namun jiwanya masih belum terkesan dengan hakikat mati ini. Hanya setelah berlakunya kematian pada diri yang akan menyedarkannya kelak. Pada ketika itu nasi sudah menjadi bubur! Tidak mungkin kembali semula kedunia untuk menebus kembali segala yang dilalai dan dilekakan!   Disaat kematian kita, segalanya akan tersingkap amalan-amalan kita sama ada baik atau jahat, semuanya akan dipaparkan dihadapan mata kita, malah kita juga akan mengetahui kemanakah kita akan dicampakkan sama ada ke syurga atau neraka!


Hidup ini bukanlah untuk makan-makan, bermain, mengikuti hawa nafsu syahwat, menikmati hiburan-hiburan yang menggoda, melakukan perbuatan-perbuatan keji, duduk lepak membuang masa, mengumpat keji keaiban orang. Kehidupan sebegini adalah satu kehidupan yang kosong, hampa tidak bermakna, angan-angan kosong , tidak memberi manfaat sedikit pun malah mendatangkan kesengsaraan dan penyesalan yang luar biasa kepada sesiapa yang melakukannya! Sama-samalah kita renungi kata-kata Saidina Ali ra. yang menyentuh kalbu kerana ia keluar dari hati yang suci dan ikhlas kerana Allah SWT.

"  Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap menanti.  Oleh itu jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat, dan janganlah kamu menjadi anak-anak dunia. Hari ini adalah hari beramal tanpa hisab sedangkan esok (hari akhirat) adalah hari hisab bukannya hari beramal."

                 




KU MAHU KAU TAHU

Aku datang untuk mencintai mu
Aku hidup untuk diri mu
Aku tertawa untuk membahagiakan diri mu
Aku terjaga untuk menemani mu 


Semua yang ku lakukan hanya untuk mu
Tiada sedikit pun waktu tiada untuk mu
Kau yang terindah dalam hidup ku
Bagai air yang mengalir di sela-sela hidup ku 



Maaf kan aku bila aku mengecewakkan mu
Hanya ketulusan cinta ku yang bisa aku berikan ke dirimu
Dan tak banyak kata yang terungkap dari bibir ku
Dan yang aku tahu kau yang aku cintai

Ku hanya ungkap kan erti untuk mu
Yang berharap kau selalu jaga cintaku ini
Untuk selamanya dan sampai akhir hayat ini
Aku sangat mencintai mu