Mari
kita sama-sama fikirkan, kita mempunyai seorang kawan baik yang bukan Islam dan
mengajak ke rumahnya untuk menjamu selera. Sudah pasti kita menolaknya. Tetapi
jika dia seorang Islam, tentu tidak menjadi masalah kepada kita. Ini
menunjukkan Islam menjadi titik tolak perhubungan sesama manusia. Dan Allah swt
menceritakan pautan hati di kalangan Islam adalah dengan kurniaan Allah yang
maha besar sebagaimana firmanNya;
و
الف بين قلوبهم لو انفقت ما فى الارض جميعا ما الفت بين قلوبهم لكن الله الف بينهم
انه عزيز حكيم
Artinya,
Dan yang mempersatukan hati mereka. Walaupun kamu membelanjakaan semua harta
kekayaan yang berada dibumi , nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati
mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesunguhnya dia maha
perkasa lagi maha bijaksana . Al- Anfal 63
Peribahasa
yang biasa kita dengar, Bersatu Teguh Bercerai Roboh merupakan ungkapan ke arah
perpaduan. Hadis Nabi tidak terkecuali dalam memupuk dan menggalakkan umat
Islam agar menghayati nilai-nilai perpaduan seperti kasih-sayang, hormat
menghormati, dan bertolak ansur sesama Islam.
Sebagaimana
hadis yang masyhur kita dengar, لا يؤمن احدكم حتى يحب لاخيه ما يحب
لنفسه
Artinya
:- Tidak beriman seseorang kamu dengan iman yang sempurna, sehinggalah ia kasih
kepada saudaranya sebagaimana ia kasih kepada dirinya sendiri.
Maka
dengan penerangan Hadis dan Al-Quran tersebut fahamlah kita, perpaduan termasuk
dalam urusan agama dan amat dituntut di dalam Islam. Manakala sifat yang suka
kepada permusuhan dan perbalahan sesama Islam, amatlah di benci Allah dan
Rasulnya. Sebagaimana maksud daripada sabda junjungan manusia iaitu, Yang
paling Allah benci ialah yang keras kepala dalam perbalahan ( Riwayat bukhari
dan muslim )
Firman
Allah swt ini menunjukkan kepada kita supaya menghulurkan perdamaian jika pihak
musuh ingin berbuat demikian.
وان
جنحوا للسلم فاجنح لها وتوكل على الله انه هو السميع العليم-الانفال 61
Maksudnya
: Dan jika pihak musuh cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah
cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya dia maha
mendengar lagi maha mengetahui – al- anfal 61
Manusia
yang memusuhi perpaduan adalah mereka yang telah memasuki perangkap syaitan dan
kuncu- kuncunya. Perasaan dendam dan taksub tidak mengira tempat menjerumuskan
seseorang ke kancah permusuhan dan perpecahan. Musuh-musuh Islam samaada yang
boleh dilihat oleh mata seperti orang- orang kafir ataupun yang tidak dapat
dilihat oleh mata kasar iaitulah syaitan, amat suka jika umat Islam
berpecah-belah dan bercakaran sesama sendiri.
Untuk
memupuk perpaduan sekalipun, bukannya mudah. Namun adalah sesuatu yang tidak
mustahil, tidak semestinya pada sudut politik sahaja. Banyak sudut lain atau
perkara yang menjadi persamaan di antara kita umat Islam.
Langkah
pertama untuk kita memupuk semangat perpaduan ialah, Kedua-dua pihak perlu
mengikhlaskan diri kerana menuntut keredhaan Allah, Bukannya ada agenda
tersembunyi untuk mendapatkan sesuatu kepentingan samada politik atau lainnya.
Dan Insyaallah, niat yang murni akan membuka jalan yang positif.
Langkah
kedua, mengkurangkan polemik berpolitik. Kedua-dua pihak hendaklah menjuruskan
ke arah isu kepentingan bersama, seperti isu agama. Contohnya isu hak
penjagaaan anak, apabila salah seorang ibu bapa yang bukan Islam memeluk Islam,
maka hendaklah hak penjagaan anak tersebut diserahkan kepada ibu bapa yang
Islam. Begitu juga isu murtad. Kedua-dua pihak boleh mengambil pendekatn
bersama. Tidak kurang juga isu hak keistimewaan bumiputra yang boleh merapatkan
jurang perpecahan.
Langkah
ketiga, pihak yang berkuasa memegang tampuk pemerintah hendaklah mengurangkan
tekanan kepada pihak yang satu lagi dan tidak menganak-tirikan golongan yang
satu lagi samada dari sudut politik mahupun ekonomi.
Langkah
keempat, setiap individu muslim hendaklah melihat sesuatu perkara dengan neraca
fikiran, berlapang dada dan tidak menggunakaan sentimen kepartian semata- mata.
Di samping itu individu muslim hendaklah berada di atas ikatan 'makasidul
syariyyah' yang mengajak kita melakukan pengislahan dan menjauhkan kerosakan.
Islam
menetang sebarang bentuk assabiah iaitu semangat perkauman dan menyokong
kumpulannya dengan melulu tanpa berfikiran waras. Jika dahulu, assabiah boleh
diertikan taksub kepada kaum sendiri, bangsa sendiri, atau kumpulan sendiri.
Dan assabiah boleh diertikan juga, mereka yang melulu dan mengunakan sentimen
kepartian semata- mata tanpa menilik kepada kesan jangka panjang sesuatu
masalah yang dihadapi.
Rasulullah
saw bersabda, bukanlah dari kalangan kami sesiapa yang menyeru kepaada
assobiah, bukan dari golongan kami mereka yang berpegang atas asobiah, dan
bukan dari golongan kami, sesiapa yang mati atas dasar assobiah( Abu Daud)
Rasulullah
ada bersabda yang maksudnya secara umum demikian, Janganlah kamu bersangatan
membenci seseorang kerana mungkin suatu masa nanti ia akan menjadi sahabat kamu
dan janganlah kamu melampau mengasihi seseorang kerana kemungkinan suatu hari
kelak ia menjadi musuh kamu . Oleh itu, sama-samalah kita merenungkan sesuatu
yang amat tinggi nilainya disisi Allah dan penghidupan kita.
No comments:
Post a Comment