Mengumpat bermaksud seseorang menceritakan keburukan, kelemahan
peribadi dan tindakan orang yang tertentu kepada orang lain yang tidak
disukainya. Pada hakikatnya perbuatan mengumpat dilakukan secara sengaja dan
tidak disedari oleh seseorang yang suka mengumpat di samping tidak dapat
mengawal lidahnya daripada membicarakan kelemahannya atau keburukan peribadi
orang lain. Dalam Islam perbuatan mengumpat adalah salah satu sifat yang
tercela dan menjadi amalan orang yang tidak beriman dan munafik. Islam melarang
keras umatnya mengumpat terhadap sesama muslim kerana boleh mendatangkan akibat
yang buruk.
Orang yang suka mengumpat adalah diumpamakan sebagai orang yang
memakan daging bangkai saudaranya sendiri. Perbuatan mengumpat boleh meninggung
perasaan, hati dan kehormatan orang lain yang akhirnya boleh menimbulkan
permusuhan dan perbalahan antara satu sama lain.Rasulullah S.A.W melarang
umatnya mengumpat kerana banyak mendatangkan buruk sangka dan fitnah terhadap
orang lain.Sepertimana yang di sabdakan baginda yang bermaksud : Setiap orang
Islam terhadap sesama Islam itu haram darahnya (tidak boleh membunuh), hartanya
(tidak boleh merampasnya) dan kehormatannya (tidak boleh mengumpat) – Muslim
& At Termizi).
Ia di samakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras
tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri. Dosa
mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh
Allah SWT biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak
diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak
mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya di
akhirat.Lihatlah betapa besarnya dosa orang yang mengumpat. Ringan di mulut,
berat timbangan dosa di akhirat. Yakni ringan sahaja untuk kita mengumpat,
tetapi dosa itu teramat berat dan besar di sisi Allah SWT. Perkara ini terlalu
biasa bagi masyarakat kita sehingga tidak sedar akan dosa-dosa dari perbuatan
mengumpat.
No comments:
Post a Comment