Friday, 20 December 2013

7 KAEDAH BAHAGIAKAN HATIMU

1. Beriman dan beramal salih.
"Siapa yang beramal salih baik laki-laki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan."Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu 'Abbas, meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu adalah kebahagiaan.

2. Banyak mengingat Allah.
Dengan berzikir kita akan mendapat kelapangan dan ketenangan sekali gus bebas daripada rasa gelisah dan gundah gulana. Firman Allah:
"Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu." (Surah Ar-Ra'd: 28)

3. Bersandar kepada Allah.
Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa. Allah berfirman:
"Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya."

4. Sentiasa mencari peluang berbuat baik.
Berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah akan memberi ketenangan hati.
Firman-Nya:

"Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh ( manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan di antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu karena mengharapkan keredaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar."

5. Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam.
Fikir tetapi jangan khuatir. Jangan banyak berangan-angan terhadap masa depan yang belum pasti. Ini akan menimbulkan rasa gelisah oleh kesukaran yang belum tentu datang. Rasulullah SAW bersabda: 

"Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpa mu sesuatu dari perkara yang tidak disukai janganlah engkau berkata: "Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu," akan tetapi katakanlah: "Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan," karena sesungguhnya kalimat 'seandainya' itu membuka amalan syaitan." (Hadis Riwayat Muslim)

6. Melihat "kelebihan" bukan kekurangan diri.
Lihatlah orang yang di bawah dari segi kehidupan dunia, misalnya dalam kurniaan rezeki kerana dengan begitu kita tidak akan meremehkan nikmat Allah yang diberikan Allah kepada kita. Rasulullah SAW bersabda:

"Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu karena dengan melihat ke bawah lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu." HR ALBUKHARI&MUSLIM.

7. Jangan mengharapkan ucapan terima kasih manusia.
Ketika melakukan sesuatu kebaikan, jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan manusia. Berharaplah hanya kepada Allah. Kata bijak pandai, jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Malah ada di antara hukama berkata, "sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!"



Friday, 13 December 2013

KEHEBATAN SERIKANDI ISLAM

Wanita, hebatnya seorang wanita hinggakan seluruh dunia meraikannya.. Seorang wanita saat mendapat berita kehamilannya, hatinya sarat dengan kegembiraan hinggakan dia menitiskan air mata. Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa proses bersalin itu sendiri boleh menuntut nyawanya. Apa yang dia tahu, dia bakal membawa zuriatnya yang comel ke dunia.

Wanita, hebatnya dia tidak pernah mengeluh walaupun saban pagi dia muntah-muntah hinggakan badannya kehilangan segala kudratnya. Dia mampu tersenyum mengenangkan zuriatnya sedang membesar di dalam rahimnya yang hanya sebesar buah pear. Tidak pernah timbul gentar di hatinya memikirkan mampukah rahimnya yang sebesar buah pear menanggung zuriatnya.


Wanita, hebatnya dia di saat dia mula merasakan kesakitan hendak bersalin hatinya tidak gentar walau secubit pun. Tidak pernah terfikir nyawanya mungkin menjadi galang ganti. Apa yang dia mahu, zuriatnya lahir dalam keadaan sihat.

Wanita, hebatnya dia mampu menahan kesakitan sehingga 57 Del ketika hendak melahirkan anak (bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak). Sedangkan sekuat mana pun manusia itu hanya mampu menahan hingga 45 Del sahaja.

Apa yang selalu kita dengar tentang wanita?
Wanita tercipta dari rusuk lelaki.
Wanita itu sayap kiri lelaki.
Wanita berhati lembut dan kuat emosi.
Wanita itu kaum yang lemah.


Tetapi, sedarkah kita di sebalik semua itu…
Wanita dicipta untuk menjadi ibu.
Ibu yang mengandung selama 9 bulan dengan segala kepayahan..
Ibu yang berjuang dengan maut untuk melahirkan zuriat, penyambung generasi manusia..
Ibu yang berjuang menyusukan anak selama 2 tahun lamanya..
Ibu yang mengasuh, membesarkan, dan mendidik anak-anak dengan penuh kesabaran..
Ibu yang doanya lebih makbul dari seorang bapa..
Wanita jugalah yang menjadi tulang belakang lelaki..
Tidak kurang juga, wanita mampu melemahkan lelaki..

Hebat kan wanita?
Anda bertuah menjadi seorang wanita..




Thursday, 12 December 2013

DI HENING MALAM INI

Di dalam sujudku ini... Ku merayu pada Allah yang tahu isi hatiku
Di malam yang hening aku selalu mengadu
Tunjukan padaku siapa pemilik tulang rusukku


Dalam kedinginan ku ini..
Ku aktifkan radarku mencari tulang rusuk yang dinanti
Ku ikhlaskan pengharapanku dihati ini
Siapa dirimu yang bakal menjadi surihatiku



Dalam kesabaran aku melangkah menjemputmu
Cinta dalam hati akan aku jaga dan pelihara hingga
Allah persatukan kita nanti

Jodoh dunia akhiratku
Namamu rahsia tiada siapa tahu
Tapi kau ada dihatiku menjadi rahsiaku


Di hening malam ini..
Ku sebut namamu dalam doaku
Ku ikhlaskan rinduku dalam sujudku
Moga Allah persatukan kita nanti
Kita bersama melangkah ke Surga, Abadi...


Bukan cinta yang memilihmu
Tapi Allah yang memilihmu...
Untuk kucintai dan kusayangi

MAQAM PARA AULIA

Awal bulan disember yang lepas, Alhamdulillah saya berkesempatan melawat dan menziarah maqam para aulia dan tokoh-tokoh agung perjuangan islam.Apa yang dapat saya nukilkan di sini ialah sebenarnya ketabahan,kegigihan dan kesabaran para alim ulama yang terdahulu memungkinkan kita untuk berasa sedikit keselesaan dalam usaha kita menuntut ilmu.

Jika kita mahu dibandingkan dengan kepayahan,kesusahan dan keperitan ulama terdahulu dalam jaulah mencari ilmu,maka bagi saya tak terbanding dengan usaha yang telah kita lakukan.Maka malulah kita kepada para aulia yang dipilih oleh Allah untuk menjadi pendorong dan contoh tauladan kepada kita yang masih faqir dalam menuntut ilmu Allah yang Maha Luas ini.

Antara maqam yang sempat saya ziarah ialah Al Imam Sya’rani rahimallah.Beliau seorang ulama tasawwuf.Antara karomah yang Allah Azza Wajalla anugerahkan pada beliau ialah beliau mampu bercakap dengan jin.Beliau juga telah mengajar jin tentang agama islam.Beliau cukup terkenal dan termashur dengan kefaqihan tentang ilmu tauhid.

Saya juga berkesempatan menziarahi maqam Al Imam Sultan Hanafi. Beliau juga merupakan seorang ulama tasawwuf yang terkenal di Al Azhar As Syarif.Nasab keturunan beliau sehingga sampai kepada Saidina Abu Bakar As Siddiq.Antara karomah yang diberikan kepada beliau ialah beliau mampu berjalan diatas air.Subhanallah betapa hebatnya ciptaan Allah yang Maha Mencipta sesuatu tanpa bantuan atau pertolongan dari sesiapa pun.


Maqam yang sempat saya kunjungi juga ialah maqam Al Imam As Syafie rahimallahu taa’la.Tersentuh hati melihat sebuah maqam seorang alim yang diakui oleh ramai ulama.Malah guru beliau, Al Imam Malik kagum dengan sikap imam As Syafie yang gigih mencari ilmu meskipun beliau sudah mampu memberi fatwa.Al Imam As Syafie seorang ulama yang faqih tentang ilmu hadis dan fiqh.Malah beliau juga terkenal dengan sikap waraknya dan alimnya.Sehinggakan suatu ketika, beliau melawat tuan gurunya Imam Malik, Imam As Syafie menghormati perbezaan pendapat dan begitu juga Imam Malik.Walaupun mereka terdapat beberapa perbezaan pendapat, namun ianya tidak dijadikan sebagai titik tolak perpecahan ummah.Kita sebagai umat Nabi Muhammad semestinya meraikan perbezaan sebagaimana yang telah di tunjuk oleh kedua-dua imam besar 2 mazhab ini.


Dan antara maqam yang tak dapat saya lupakan ialah Maqam As Syahid Imam Hassan Al Banna.Hati ini hanya mampu bersedih menangisi pemergian seorang alim yang bergiat aktif dalam dakwah.Apa yang membuatkan saya kagum dengan beliau ialah beliau merupakan seorang ulama yang tidak banyak menulis tetapi meninggalkan kita seribu makna perkataan yang penuh hikmah.Malah Al Imam Hasan Al Banna juga merupakan seorang alim yang sentiasa berpegang kepada konsep wasatiyyah.Semasa hayatnya,beliau sentiasa menyeru umat islam untuk kembali kepada al quran dan as sunnah dan elakkan dari berbincang soal perkara-perkara furuq dalam agama.Al Imam Hasan Al Banna terdidik dengan didikan tarekat naqsyabandiah.Bapanya seorang ulama hadis yang terkenal.Beliaulah pengasas kepada gerakan dakwah Ikhwanul Muslimin.Beliau telah meninggalkan kepada kita warisan yang tidak ternilai iaitu Usul 20.Dalam usul ini seharusnya menjadi tonggak kepada gerakan dakwah yang kita lakukan ini.


Marilah kita sama-sama sedekahkan bacaan al fatihah kepada para alim ulama kita sama ada yang masih hidup ataupun yang telah pergi mendahului kita.Ayuhlah semua selagi mana kita mampu belajar untuk menjadi insan yang sempurna,maka belajarlah meskipun kita dihimpit kesusahan dan keperitan.Percayalah semua,disebalik keperitan dan kesusahan itu terselit hikmah dari Allah Azza Wajalla.

Sunday, 1 December 2013

DUHAI SERIKANDI ISLAM

Duhai serikandi islam

Kehadiranmu tak dirancang
Bayanganmu tak diundang
Namun ku rasa sepi tanpamu
Gerak langkahmu mengingatkanku
Akan kekuasaan ciptaan TUHAN
Tutur bicaramu menyentuh qalbuku
Mengingatkanku akan kewujudan TUHAN

 Duhai serikandi islam

Kehadiranmu mengembirakanku
Kewujudanmu adalah utusan dari TUHAN
Sebagai penguat semangatku
Dalam melayari bahtera hidupku
Dalam menyusuri ujian hidupku
Engkaulah serikandi ku
Yang mengajarku erti KETUHANAN


Duhai serikandi islam

Dengan lafaz syukur ke hadratkan
Ku pohon restu dari TUHAN
Ya Allah Tuhan yang Maha Perancang
Hiasilah dirinya dengan cahaya Rabbi
Selimutilah dirinya dengan keimanan nan tinggi
Jadikan dirinya hiasan unggul
Seindah dirinya kilauan iman terpantul


Duhai serikandi islam

Terima kasih kerana sudi mendampingiku
Terima kasih kerana sudi menasihatiku
Tiada lafaz selain doa dariku
Tiada kalam selain hasrat hatiku
Agar engkau berjaya dunia akhirat
Agar engkau menjadi serikandiku
Menyinari alam dengan keilmuanmu

Saturday, 30 November 2013

ADA APA DENGAN UJIAN ??

Dugaan atau ujian seringkali menjengah manusia sebagai peringatan dari ilahi.Namun tidak semua dikalangan kita melihat ujian atau dugaan itu sebagai suatu peringatan dari Allah.Sebagai contoh,ada segelintir dikalangan masyarakat yang suka menjustifikasikan orang yang sakit ini sebagai orang yang tidak bersih,tidak pandai menjaga kesihatan dan sebagainya.Pandangan sebegini rupa ada benarnya namun apakah kita lupa bahawa disebalik musibah itu terselit sekelumit hikmah yang menuntut kita semua untuk berfikir.Bukan untuk menghukumnya semata-mata namun kita yang masih mempunyai kudrat yang sihat perlulah mengambil ibrah atau istifadhah dari apa yang telah berlaku.

Sebab itulah Allah sebut di dalam al quran yang bermaksud “ Demi masa. Sesungguhnya manusia itu sentiasa berada di dalam kerugian melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan sentiasa berpesan-pesan dalam kebaikan dengan kebenaran dan dengan sabar”.Kita seringkali menasihati masyarakat tentang apa-apa sahaja perkara dan dalam masa yang sama kita terlupa dan terleka akan diri kita juga sebagai insan yang lemah perlu akan nasihat dan pimpinan dari orang lain.

Sedarkah kita sebenarnya kita semua berada di dalam kerugian.Namun disebalik kerugian kita,Allah menghantar ujian dan dugaan bagi memperingati kita tentang fitrah kita sebagai seorang hamba.Terdapat segelitir dari masyarakat kita yang melihat skop ujian dan dugaan itu semata-mata dengan penyakit,musibah bencana alam dan sebagainya.Namun saya menyeru kepada semua masyarakat agar marilah sama-sama kita melihat skop ujian dan dugaan ini dalam konteks yang lebih luas.Ujian dan dugaan tidak semestinya dalam bentuk wang,kemampuan dan kekurangan namun lebih dari itu.

Ujian atau dugaan yang disebut di dalam al quran adalah berupa bentuk kelaparan,kemiskinan dan rosak tanaman.Itu yang terdapat di dalam al quran. Malah jika kita membuka lebih luas skop ujian,kita akan dapati bahawa sesungguhnya kemewahan dan kejayaan juga merupakan ujian dan dugaan dari Allah.Walaupun dari sisi pandangan masyarakat,kemewahan dan kejayaan adalah perkara yang baik namun di sisi pandangan Allah amat berbeza.Allah sebut di dalam al quran yang bermaksud “ Barangkali kamu membenci sesuatu,sedangkan ia baik untuk kamu dan barangkali juga kamu menyukai sesuatu sedagkan ia buruk untuk kamu”.

Kemewahan dan kejayaan juga merupakan salah satu skop ujian dan dugaan. Tatkala Allah mengurniakan kemewahan dan kejayaan,dicampakkan ujian untuk melihat adakah kita mudah lupa diri,bongkak,sombong dan sebagainya.Kekayaan juga merupakan perkara baik jika bijak dalam menguruskannya namun sebaliknya ia akan menjadi perkara buruk seandainya kita terleka dengan wang,terasyik dengan kebendaan.Kemiskinan juga merupakan suatu bentuk ujian dari Allah untuk melihat kita sama ada kita menjadi hamba yang bersyukur atau menjadi kufur dek kerana tidak tahu nak bersyukur.



Akhir kalam,saya ingin mengajak diri ini sebagai insan biasa yang lemah serta saudara saudari sekalian agar marilah sama-sama kita kembali kepada fitrah manusia iaitu bertuhankan Allah tiada tuhan yang layak disembah melainkan Dia lah yang Maha Esa.Ayuhlah sama-sama kita melihat semula segala ujian dan dugaan adalah peringatan dari tuhan bukan sebagai suatu masalah yang tiada akhirnya.Kita akan lebih rasa dihargai oleh tuhan seandainya kita melihat ujian dan dugaan merupakan anugerah yang tak ternilai dari tuhan namun sebaliknya jika kita melihat ujian dan dugaan merupakan masalah dan musibah bagi kita,maka jauhlah kita dengan Allah.Ingatlah,setiap detik ujian dan dugaan mendatang itu adalah detik yang paling dekat untuk bermanja dengan sang pencipta kita.

ARDHUL KINANAH

Ardhul Kinanah
Bumi yang penuh barakah
Yang di dalamnya
Terdapat segala ilmu
Hatta digelar sebagai KIBLAT ILMU
Seandainya generasi Al Azhar
Tidak dapat mewarisi keagungan ilmunya
Maka tiada sinar ilmu gelaplah dunia
Sepi seluruh semesta…

Ardhul Kinanah
Kaulah Ummu Dunya
Ibu segala dunia
Raja segala Negara
Disinilah bermulanya
Jelajah dakwah Musa A.S
Disinilah juga bermulanya
Jejak rakus Firaun yang mengaku tuhan


Ardhul Kinanah
Hatiku cair melihat keagunganmu
Jiwa berombak tatkala melihat sirna ilmu
Seakan-akan mahu ku rakus semuanya
Namun disebalik semua itu
Terdapat mehnah dan dugaan
Yang mendidik aku erti kehidupan yang sebenar