Sunday, 8 June 2014

KAU TERCIPTA UNTUKKU


Hatiku sedih mengenangmu
Saat kau jauh dariku
Diriku hampa selalu
Tanpa hadirmu…             

Hilangnya dirimu dari hidupku
Membuat bisu dan terpaku
Perginya cinta dan kasih
Membuatku menangis lirih         


Namun kini kau kembali
Merangkai kasih yang telah pergi
Untuk mengisi sepinya hati
Dengan cinta yang selalu kau beri      


Kini aku menyedari
Cinta sejati tak akan pergi
Walau pergi pasti kembali
Kerana hati tak dapat dibohongi

Hadirnya dirimu disisiku
Membuatku yakin selalu
Diriku ini memang untukmu
Kerana kau tercipta untukku…   

                     


Saturday, 7 June 2014

LAMBAIAN KASIH


Andai kau tahu 
Apa isi hatiku ini ?
Apa yang ku rasakan saat ini ?

Jika kau bisa merasakan 
Ku mohon...balas rasa ini !
Ku mohon ungkapkan rasa yang ada di hati mu !

Andai kau  tahu...
Hanya dirimulah yang ada di hati..
Hanya nama mu yang terukir di jiwa ..
Hanya wajah mu yag ada di bayangan ku...

Dirimu yang satu ...
Telah menebar cinta di hatiku
Telah membagi rasa indah di hati
Walau hanya aku yang merasakan

Cinta itu timbul ...
Saat ku lihat dirimu
Dan tiba-tiba saja rasa itu timbul
Di hati ku...karna hanya dirimu di hati 

Friday, 6 June 2014

NASKHAH CINTA


Mungkin aku bukanlah cinta yang paling sempurna
hanya sebatas hati yang ingin mencurah rasa padamu
kerana mencintaimu adalah keindahan dilangit hatimu
dan dicintaimu adalah kesempurnaan kebahagiaan hatiku
Aku mencintaimu 
seperti bunga mencintai keharumannya
seperti hujan mencintai tetasan airnya
seperti bulan mencintai langit malamnya
seperti matahari yang mencintai cahayanya
Aku mencintaimu
bukan kelmarin atau saat ini
tapi percayalah !!!!
kelmarin, kini dan selamanya
adalah saat -saat dimana
aku kan terus mencintaimu


Aku mencintaimu
bukan kerana aku ingin memiliki apa yang ada di dirimu
tapi hanya ingin melihatmu tersenyum
melukis rasa bahagia disetiap titian hidupmu
Jantung ini takan pernah berdetak selamanya
tapi jika Tuhan mengizinkan
selama jantungku berdetak
izinkanku mencintaimu dalam ketulusan

TANGISAN SEORANG SAHABAT


Suasana subuh yang damai di kota kaherah ini, membuatkan sesiapa saja rasa tenang dan indah tanpa rasa gundah dan resah. Di hari yang sentiasa berputar ini, hati kecil ini begitu rasa hiba dan sedih apabila terkenangkan sebuah tangisan seorang sahabat yang benar-benar mengerti masalah diri ini. Seorang sahabat yang merupakan segala-galanya bagi saya. Beliau lah kawan,beliau lah teman dan beliau lah rakan yang tak pernah kenal erti lelah berkawan,bersahabat dan berteman dengan saya. Perkenalan  saya dengan beliau ini tidak dirancang namun akhirnya kekal bersahabat selamanya.Beliau mungkin sahaja tidak sempurna dimata orang lain, tetapi sungguh dalam dirinya terdapat sebuah nilai persahabatan yang tak mungkin untuk kita terokai melainkan bersahabat,berkawan dan berteman dengannya.



Suatu ketika, disaat api fitnah merah menyala ditambah dengan api yang membara, ketika itu diri yang lemah ini difitnah dicerca dan sebagaimana.Sehinggalah beliau datang hadir menemui saya bertanya saya bagaikan wartawan pula.Namun dengan ketenangan hati yang diberi oleh ilahi,saya menjawab semua fitnah itu dengan tenang dan damai.Beliau juga dengan izin Allah, dapat kefahaman yang jelas dan membuatkan beliau lebih kenal siapa saya sebenarnya.Namun ketika semuanya jelas difikirannya, terjurai air mata menzahirkan rasa hiba dan hina dek kerana ujian berat yang menimpa saya. Secara jujurnya hati ini hiba melihat beliau seorang rakan,teman dan sahabat menitiskan airmata dek kerana melihat saya diuji.Allah punya ujian sungguh bermakna bagi saya kerana disitu kita dapat nilai siapa kawan siapa lawan.



Saya tidak sangka beliau seorang yang ceria,peramah dan sering aktif bersukan,namun tak tahan melihat diri ini diuji dengan fitnah yang dasyhat.Beliau menitiskan airmata di depan saya dan mengakui beliau insan yang lemah lagi hina kerana beliau tidak tahan menahan dugaan sahabatnya difitnah dan dicerca.Dalam suka ada tawa dan dalam gembira ada pilunya. Itulah lumrah dunia.Bagi saya ,tiada lafaz yang bermakna sewaktu itu melainkan rasa syukur pada ilahi di atas kurniaan sahabat sejati yang sanggup menitis airmata merasai bebannya ujian dari ilahi. Ramai orang bijak berbicara,ramai orang hebat menyusun kata, namun tersalah kata mengundang fitnah pada sesiapa sahaja.


Kepada beliau setinggi rasa terima kasih diatas sifat memahami perasaan seorang sahabat.Airmata engkau sudah cukup sebagai pengubat hatiku yang duka ini.Airmata engkau terlalu bernilai untuk aku bayarnya.Sesungguhnya cukuplah hanya Allah sebagai tempat sandaran kita. Inilah sahabat yang sebenarnya. Tidak cepat menghukum, keterangan dan penjelasan yang didahulukan sebelum menghukum.Maka disini, erti tangisan seorang sahabat lebih bermakna dan bernilai dari jutaan rakan bersama kita gelak ketawa.Percayalah, Allah tak pernah membebankan hamba Nya dengan ujian namun Allah mahukan kita menilai dan menyelongkari hikmah disebalik ujian ini.

Thursday, 5 June 2014

SENANDUNG RASA


Sejauh mata memandang
Jauh lagi rinduku dihatimu
Sedalam mata menyelam
Dalam lagi cintaku dijiwamu
Seindah mata memukau
Indah lagi kulihat wajahmu


Andai waktu memisahkan kita
Hanya Tuhan menjadi pengantara
Andai umur membezakan kita
Hanya Tuhan bijak merencana
Andai jarak menjauhkan kita
Hanya doa menjadi nada          

                                  


Aku ingin engkau rasa
Cintaku luas tiada penghujungnya
Aku ingin engkau mengerti
Cintaku suci mengharap redha ilahi
Aku ingin engkau hidu
Cintaku wangi semerbak kasturi


Bersamamu terasa indah
Luka dihatiku mendadak musnah
Bersamamu terasa indah
Taman hatiku berbunga indah
Bersamamu terasa indah
Mekar semua membuang gundah

Wednesday, 4 June 2014

JANGAN CEPAT MENGHUKUM


Sebagai manusia yang beriman kepada Tuhan yang Maha Satu, dan Nabi Muhammad s.a.w adalah Utusan Tuhan yang Terakhir.Maka kita semua pasti yakin terhadap pahala, dosa, syurga dan neraka.Kita semua juga tahu bahawa kelak pasti kita akan meninggalkan dunia ini, dan yang kita bawa ke alam selepas mati hanyalah amalan kita di bumi samada yang baik mahupun yang buruk.Tetapi pernahkah kita risau terhadap diri kita sendiri, kerana zaman sekarang ini terlalu ramai daripada kalangan masyarakat yang terlalu sibuk menyemak, memuhasabah dan menilai amalan orang lain berbanding diri sendiri, bukankah kita sendiri akan tinggalkan juga dunia ini seperti yang lain?


Ada juga yang suka mencari keaiban saudara seislamnya dengan beralasankan agama iaitu mencegah kemungkaran kata mereka, ada juga yang menjadikan agama sebagai alat untuk menilai dan mengukur diri orang lain.Sebenarnya agama mengajar kita untuk mencegah kemungkaran dengan hikmah, dan ada cara-caranya bukan main hentam sembarangan.Apa yang saya dapat lihat pada zaman sekarang adalah orang yang gemar menilai amalan orang lain ini, dia merasakan dirinya telah cukup baik dan punyai amal yang banyak. Sedangkan dia tidak tahu bahawa segala amal solehnya itu terbakar begitu sahaja kerana akhlaknya yang buruk sesama manusia.









Dari sudut yang lain, saya kadang-kadang kecewa melihat sesetengah pihak yang lebih suka ‘kondem’ orang lain yang mahu berubah hanya kerana mereka itu seperti yang mereka sangkakan sudah berada di jalan Tuhan lebih lama. Atau mereka yang mengaku mereka itu golongan intelek. Mereka ‘membantu’, tapi dengan cara makian dan kejian terhadap orang yang keliru dan hilang arah tujuan dalam hidup. Perasaan benci yang mereka lemparkan itu, seolah-olah orang lain yang berbuat dosa sudah pasti neraka tempatnya.Ternyata ‘golongan intelek’ ini masih tidak faham erti kehidupan sesama manusia yang sebenarnya. Kerana jika mereka faham mereka sudah pasti tidak akan menghina orang-orang yang masih bertatih untuk menuju jalan Tuhan, apatah lagi mencaci keji. 


Dakwah itu bukanlah bererti mengkhabarkan kepada seluruh alam bahawa kitalah yang terbaik. Tapi dakwah itu adalah seperti ajakan atau seruan yang mengatakan, “mari, kita sama-sama keluar dari dalam bilik yang gelap ini ke luar sana yang lebih bercahaya.” Kita adalah makhluk yang lemah, akal kita amat terhad. Apa yang ada dalam hati manusia lain kita tidak pernah tahu, sebab tu kita tidak dibenarkan menghukum orang lain dengan apa yang kita lihat. Kadang-kadang buruk didepan mata, tetapi niatnya baik. Sama-samalah bersangka baik. Apa yang tidak jelas bertanyalah terus kepada tuan punya badan, elakkan sangka menyangka kerana sifat yang demikian akan membesarkan masalah.



KERANA KUNCI ITU


Kerana kunci itu
Hatiku bertasbih dengan namaMu
Menyingkap hikmah sebuah pertemuan
Yang tak terfikir dek akal
Yang tak terjangkau dek hati
Dengan kuasa Mu ilahi
Aku dan dia bersatu hati

Kerana kunci itu
Sekalung cinta telah pun bersemi
Setelah lama ku mencari
Sedalam lautan ku selami
Setinggi gunung ku mendaki
Seluas pantai ku jejaki 

Akhirnya kunci itu kutemui 



Kerana kunci itu
Jiwa ku mula berputik rindu
Tatkala hatiku menjadi sendu
Sujudku menjadi luahan qalbu
Menangis hati hibanya terharu
Menerima hadir cinta bidadariku
Membongkar gelisah menghapus rindu
Menerjah qalbu memukul sendu


Kerana kunci itu
Biarlah tua hanya diangka
Tapi jangan tua di jiwa
Biarlah angka membezakan kita
Tapi jangan sampai kita teralpa
Akan kebesaran sang pencipta
Yang Maha Agung Lagi Maha Perkasa
Dialah perancang sebaik kata
Dialah penentu sebaik rasa
Kau yang satu hanya untukku
Kau yang satu hanya milikku
                              

Kerana kunci itu
Aku menangis serba bersalah
Kau gadis harapan solehah
Sedangkan aku hina dan lemah
Namun di sana terselit hikmah
Sesungguhnya kau serikandi pemacu ummah
Yang takkan ku lepas walaupun aku lelah

Kerana kunci itu
Dua jiwa bersatu bertemu
Hatimu dan hatiku mula dipalu
Moga kau dan aku direstu
Aku amat mencintaimu duhai bidadariku