Wednesday, 10 June 2015

BICARAKU SEMALAM

Semalam, dengan perasaan malu aku mendekati-Mu
Ku cuba menuliskan-Mu
Tapi aku tidak mampu
Terlalu hebat wujud-Mu untuk ku bahasakan
hingga lunglai tanganku tanpa tulisan

Saat mataku kian meredup menyambut kantuk
Ku cuba menata kata demi kata
Meminta-Mu menatap hatiku sebentar saja
Aku ingin bicara Aku ingin bercerita
Ajaklah aku bicara walau bukan tentang halwa 



Tidak ada suara yang mampu ku dengar
Ku ulang kembali menyebut nama-Mu
Dengan tangisan dengan jeritan
Aku ingin bicara,,,aku ingin bercerita
Ajaklah aku bicara tentang nikmat syurga Mu

Bisu rasaku di keheningan malam
Hingga terkulai ku dalam kesudahan
Tertidur ku di pelukan sunyi
Saat ku terjaga di hujung malam kepagian
Ku pinta kembali hadir-Mu
Aku hanya ingin bicara…tentang rasa berdosa
Sedetik berlalu…aku menyerah dalam gundah

ISLAM AGAMA SEJAGAT

Beragama adalah fenomena sejagat. Hampir semua masyarakat bertamadun, sedikit sebanyak dipengaruhi oleh pandangan atau pernah melalui proses orientasi agama atau kepercayaan dalam sejarah pembentukan dan pengembangan peradaban mereka.Evolusi sosial mengubah orientasi dan pegangan kepada agama, yang mengakibatkan pemisahan agama daripada pemerintahan seperti yang berlaku dalam sejarah tamadun Barat dan Islam pada satu masa dulu. Namun, ia sama sekali tidak terus menidakkan kewujudan dan peranan agama dalam membentuk nilai dalam sebuah masyarakat hingga kini.Pemikiran sekular walaupun wujud, contohnya di Barat, nilai agama masih terus bertahan dan berperanan dalam pembentukan masyarakatnya.Oleh kerana sifat kesejagatan pengaruh agama membentuk nilai dalam masyarakat, maka kajian mengenai masyarakat tidak akan lengkap, tanpa melihat agama sebagai antara faktor yang mempengaruhi pembentukan nilai masyarakat dalam sesebuah negara.


Dalam Islam, nilai agama bertunjangkan kepada tauhid dan bersendikan akidah. Bagi penganut agama Islam, nilai yang mereka pegang berpandukan kepada ajaran dan panduan al-Quran dan sunnah. Oleh kerana sebahagian besar penduduk negara ini beragama Islam, maka tentulah, nilai agama Islam berperanan dalam sejarah dan membentuk masyarakat Malaysia hingga hari ini. Sejarah mencatatkan bahawa sejak mempunyai kerajaan, penduduk di Tanah Melayu beragama Islam. Undang-Undang Kanun Melaka yang wujud dalam pemerintahan kesultanan Melaka jelas dipengaruhi oleh nilai pegangan Islam dalam masyarakat Melayu pada waktu itu.Kedatangan penjajah Barat yang menakluki Tanah Melayu mengubah struktur politik negara ini pada waktu itu. Namun, hingga kepada penjajahan British, pengaruh dan nilai Islam tidak pernah terpinggir sepenuhnya dalam pembentukan sistem masyarakat yang membentuk struktur pemerintahan penjajah pada waktu itu. 




Kuasa tertentu, khususnya yang membabitkan adat resam dan amalan agama Islam terus diberikan kepada raja yang mereka iktiraf.Begitu juga dengan keadaan apabila rundingan dengan pihak British sebelum negara memperoleh kemerdekaan. Islam tetap menjadi keutamaan dalam membentuk keputusan masyarakat Islam dan ia diiktiraf oleh British. Hal ini, dibuktikan apabila pemimpin Islam yang memperjuangkan kemerdekaan berpendirian tegas untuk memaktubkan dalam Perlembagaan yang dicadangkan supaya Islam menjadi agama rasmi negara.Perkara itu juga dipersetujui oleh kaum lain yang mahu turut menjadi anggota kepada negara baru ‘Malaysia’ yang merdeka. Sebagai kompromi kepada persetujuan yang dicapai, hak kewarganegaraan diberikan kepada pendatang dari China dan India. Dimaktubkan juga kebebasan mereka untuk terus mengamalkan agama masing-masing dalam ruang lingkup perundangan yang ada.


Mengambil kira masyarakat majmuk di Malaysia, tentulah gabungan nilai yang dapat diterima semua, menjadi pilihan ideal bagi digunakan untuk membentuk masyarakatnya. Namun, oleh kerana Islam menjadi anutan majoriti penduduk di Malaysia, nilai yang ditonjolkan tentulah dikaitkan dengan pegangan agamanya. Sekadar memberikan contoh di negara ini diperkenalkan sistem ekonomi alternatif yang serasi dengan nilai Islam. Prinsip dan amalan nilai Islam, diterapkan juga dalam pentadbiran.Nilai lain termasuk usaha membanteras rasuah, membasmi kemiskinan, mewujudkan keadilan sosial, meningkatkan produktiviti, mewujudkan masyarakat berintegriti, pengukuhan institusi keluarga, penekanan kepada pendidikan dan pencapaian ilmu pengetahuan serta sains dan teknologi. Terbaru kempen mengubah sikap kepada amalan berbudi pekerti tinggi dan amalan nilai murni dalam masyarakat. 




Kalau diteliti, nilai itu sebenarnya bersifat sejagat dan ada dalam semua ajaran agama.Tidak hairanlah, apabila diterapkan nilai Islam dalam masyarakat, tiada penentangan atau bantahan daripada mana-mana kumpulan agama di Malaysia. Semua lapisan masyarakat menerimanya dengan hati dan minda terbuka.Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, kebebasan beragama sedia terjamin dalam Perlembagaan negara. Kebebasan ini mewujudkan keharmonian dalam masyarakat Malaysia sejak kita memperoleh kemerdekaan. Kesefahaman kepada pengaruh dan peranan nilai agama itu mewujudkan masyarakat yang mampu bekerjasama dan berinteraksi. Dalam erti kata lain, masyarakat harmoni dalam menangani masalah yang dihadapi.



Semua agama menyeru kepada kebaikan dan kerukunan dalam perhubungan sesama manusia. Islam, sebagai agama ‘yang mensejahterakan’ atau ‘agama keamanan’ sangat menuntut umatnya supaya menghormati sesama manusia, meskipun anutan agama mereka berbeza daripada Islam. Dalam soal memelihara keharmonian agama, masyarakat bukan Islam dan Islam mempunyai peranan sama penting. Di pihak bukan Islam, tuntutan mereka perlu munasabah dan rasional untuk mengelakkan pertembungan yang merugikan semua pihak. Sikap emosional, keterlaluan, fanatisme dan terlalu mementingkan diri perlu dibatasi dengan kewarasan dan rasionalisme yang bertunjangkan keadilan untuk semua.Kalau pun menghadapi masalah, semua pihak harus memilih perundingan dalam menyelesaikannya. Memilih jalan konfrontasi dan bertindak di luar batas kemanusiaan seperti melakukan keganasan harus dielakkan bagi menjamin keutuhan sebuah masyarakat dan negara.

BIAR WAKTU YANG MENENTUKAN

Masih ingatkah saat kita bersama dahulu
Mengikat tali persahabatan dengan begitu erat..
Yang mungkin tidak seorang pun mampu melepasnya.
Untuk memisahkan kita semua.

Namun detik demi detik kian berlalu.
Semua telah hilang di telan zaman.
Bagaikan dedaunan yang terurai tanah.
Yang tidak mampu kembali seperti semula. 



Saat hati ini teringat pada kalian
Saat itu pula air mata ini keluar menetis
Saat mata ini melihat semua kenangan
Saat itu pula ku ingin bersama kalian

Apakah kita masih mampu bersama ?
Bercanda dan tertawa seperti dahulu lagi.
Namun, apakah itu hanya sebatas angin yang kian berlalu ?
Cuma waktu yang bisa menjawab itu semua

ISLAM BUKAN AGAMA TERORIS

Islam bererti agama yang damai. Seseorang yang mengikuti Islam akan menemukan bahwa dirinya dilingkupi oleh ajaran luhur yang bertujuan untuk mendirikan perdamaian antara manusia dengan Allah, Pencipta segala makhluk; antara sesama manusia; dan antara manusia dengan makhluk Allah lainnya. Bagaimana mungkin agama semacam ini dapat berurusan dengan isu-isu terorisme? Dan apakah arti kata terorisme? Beberapa kamus mendefinisikan teroris sebagai orang yang secara sistematik menggunakan kekerasan dan keganasan untuk mencapai tujuan-tujuan politik atau seseorang yang menguasai atau memaksa pihak lain untuk melakukan sesuatu dengan menggunakan kekerasan, ketakutan atau ancaman.


Definisi-definisi tadi termaktub dalam Al-Quran dengan dua kata, iaitu fitnah dan ikrah. Di dalam Al-Quran, pada bahagian yang pertama, Tuhan memulai membicarakan isu terorisme dengan mengajarkan kaum Muslim agar jangan pernah menjadi teroris. Dua dari ayat-ayat awal dari keseluruhan Al-Quran menyebutkan, “Fitnah itu lebih besar dari pembunuhan” (Qs. 2:218) atau di sisi Allah penganiayaan, atau membuat orang lain ketakutan secara terus-menerus dalam kehidupan mereka, ialah lebih besar keburukannya dibanding melakukan pembunuhan. Dan selanjutnya “Tidak ada paksaan dalam agama” (Qs. 2 : 257), iaitu, tidak ada satu pun yang memiliki hak untuk memaksa pihak lain untuk memenuhi tuntutan mereka atau memaksa pihak lain untuk mengikuti cara berfikir mereka. 




Islam tidak hanya melarang dengan keras umat Islam menjadi teroris. Islam juga memastikan bahwa umat Islam diciptakan untuk mencapai akhlak yang tinggi, memiliki adab yang baik, dengan menanamkan nilai-nilai kemanusiaan yang mulia, yang mampu mengubah mereka menjadi orang-orang yang mencintai umat manusia dengan tulus tanpa membeza-bezakan perbezaan agama, keturunan mahupun status sosial. Allah Yang Maha Kuasa memperingatkan orang-orang yang beriman berkali-kali agar mereka tidak menjauh dari-Nya yang merupakan sumber segala kebaikan. Allah mengingatkan kita bahwa barangsiapa yang menjauh dari-Nya dan membuang segala kebaikan, dan membebaskan diri mereka sendiri dari tata susila dialah yang pada akhirnya mengambil jalan salah, memaksa mereka agar memenuhi tuntutan. Orang-orang yang beriman berulang-ulang diperingatkan bahwa mereka akan kehilangan kasih Allah dan rahmat-Nya bila mereka mulai berperilaku di jalan teroris itu.


Di dalam Islam tekanan kuat yang menakjubkan diletakkan dalam meningkatkan kecintaan kepada umat manusia dan pentingnya menunjukkan kasih dan simpati kepada setiap makhluk Allah, termasuk manusia dan haiwan. Sebenarnya cinta dan simpati yang sejati ialah penafian kepada terorisme. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a., isteri Nabi Muhammad s.a.w., bahwa beberapa orang Arab gurun datang kepada baginda SAW. dan bertanya: “Apakah engkau mencium anak-anak engkau ?” Baginda SAW menjawab: “Ya” Mereka berkata: “Kami belum pernah mencium mereka.” Rasulullah s.a.w. bersabda:” Apa yang boleh saya lakukan jika hatimu telah kosong dari rasa kasih?” Baginda SAW  juga menyatakan bahwa Allah tidak mengasihi orang yang tidak mengasihi sesamanya.Inilah didikan dan ajaran agama isam yang sejahtera aman dan damai dipenuhi dengan rasa kasih sayang bersama. Bukanlah menjadi didikan islam untuk menjadi teroris atau pengganas. Semoga Allah melindungi kita dari sifat kekerasan dan keganasan. 

Monday, 8 June 2015

HIKMAH KELEBIHAN & KEKURANGAN

Sebenarnya tanpa kita sedari,kita dilahirkan dalam pelbagai kelebihan dan kekurangan. Mengapakah pencipta kita melakukan sedemikian? pasti ada hikmah! Tujuannya adalah supaya dunia ini menjadi warna warni dan bahagia dengan kelebihan dan kekurangan manusia. Dari situlah kita belajar untuk saling memerlukan dan saling membantu bukannya bangga dengan kelebihan diri dan mendedahkan aib orang lain.nauzubillah.Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Berbahagialah orang yang diberi hidayah kepada Islam,manakala kehidupannya pula sentiasa mencukupi dan berpada.".Jika dalam hati kita ada sekelumit rasa tidak puas hati atau sebarang sifat mazmumah. Ayuh,beristighfarlah! Ingatlah tujuan hidup ini.Kita dijadikan untuk beribadah kepada NYA.


Firman Allah SWT yang bermaksud : "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKU ". Kita sebagai manusia kena sedar, bahawa kita dijadikan oleh Allah SWT adalah sama dan yang membezakan Kita hanyalah amal. Jangan pandang kelemahan orang, jangan banding-bandingkan siapa kita dan siapa mereka. Allah SWT tidak memandang putih hitam kulit manusia atau tinggi pendek seseorang itu melainkan hatinya. Nabi SAW bersabda yang bermaksud :"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad atau rupa bentuk kamu tetapi Allah melihat kepada hati-hati kamu.". Hati manusia ini lembut dan mudah tersentuh jika kita cuba untuk merendah-rendahkan orang lain. Apatah lagi jika kita menghina mereka kerana kita sesama islam adalah bersaudara. 




Untuk menjadi orang yang berjaya, kita hendaklah yakin dengan kemampuan diri kita. Dimana kekuatan kita. Dimana minat kita. Dimana kekurangan kita. Cuba untuk perbaiki diri dan jangan menilai orang lain. Jangan sekali-kali. Dalam diari kita, jangan kita selitkan dengan unsur-unsur negatif tetapi selitkan catatan harian kita dengan cerita-cerita yang menjerumus kita kearah bersyukur kepada Ilahi. Dan kelemahan yang terjadi pada hari itu, kita cuba kuatkan balik dan ubah sikit demi sedikit pada masa akan datang untuk menjadikan ia sebagai kekuatan bukan kelemahan. Ingatlah, jangan sekali-kali menghina manusia lain dan memperlekehkan kebolehannya sekalipun. Bercakap seolah-olah kita tahu sifat sedalam-dalamnya dalam diri seseorang itu.



Jauhkanlah perasaan dari merasa diri itu hebat kerana hanya Allah yang hebat dalam dunia seluruh alam semesta. Tidak ada selain DIA! jauhi penyakit hati yang besar seperti ujub,takabbur, dan riyak kerana ia bukan sikap seorang muslim yang sejati. Saudara-saudari sekalian, jika kita dah pakai menutup aurat, kita dah merasa kita hebat, itu salah. Jika kita selalu bercakap mengenai agama, kita dah rasa kita hebat, itu juga salah. Jika kita dah pandai dan selalu dapat "A+" dalam sesuatu subjek, kita dah rasa hebat, itu juga salah. Kerana itu juga adalah ujian hati buat kita sebenarnya. Allah memberi kelebihan untuk kita adalah untuk menguji kita begitu juga dengan kekurangan kita.kita akan sentiasa diuji. Letaklah Allah ditangga teratas dalam setiap perbuatan, percakapan mahupun tingkah laku kita. Usaha menjadi yang terbaik tapi tolong jangan memandang rendah terhadap seseorang! Jadi tidak susah untuk jadi orang baik asalkan niat kita adalah kerana Allah SWT.

UNTUKMU BIDADARI

Untukmu
Terimalah persuntingan jiwaku
Kesetiaan burung merpati yang tak pernah ingkar janji
Kejujuran pesona anggun bulan yang tak pernah berdusta
Keindahan bunga mawar merah yang tak pernah layu
Kasih sayang suci mulia kekal abadi

Seluas samudera dengan gelombang warna birunya
Secantk berlian dengan rembulan emas dan bintang cemerlangnya
Di hatimu di hatiku terjalinlah
Cinta kasih cinta damai bagi hidup sesama
Silaturahim putih dan rahmat semesta alam indah mesra 



Kerana kasih sayangku untukmu
Yang mendalam mendarah daging menulang sumsum
Maka kalau tubuhmu sakit kan kurasakan pedihnya
Kalau badanmu demam kurasakan panas dinginnya
Kalau hatimu luka kurasakan tikam pisaunya

Duhai Bidadariku
Maka untukmu terimalah persuntingan jiwaku
Hatiku, sukmaku, untuk keabadian kelak
Kasih sayang tulus syahdu
Bersama-sama marilah melangkah
Seiring sejalan meniti cahaya-cahaya
Berlayar searus segelombang menuju syurga-Nya.

SIAPALAH KITA TANPA ALLAH

Jangan salah sangka. Bukan ibu bapamu yang memaksa kita menjadi seorang insan yang soleh. Bukan ustaz yang mengajar di sekolah kita yang sebenarnya menyuruh kita melakukan ibadah dan menjadi hamba Allah SWT. Bukan imam di masjid atau ustaz yang berceramah yang menyuruh kita menjadi hamba yang soleh lagi taat. Bukan penulis tulisan ini yang menyuruh kita dan dirinya sendiri, menjadi hamba Allah s.w.t. yang sebenar.Tetapi, ALLAH…Allah SWT  yang menyuruh kita menjadi hamba yang diredhai-Nya dengan melaksanakan tugas-tugas kehambaan lalu Dialah yang akan membalasinya. Penulis tulisan ini, imam masjid, ustaz yang berceramah atau yang mengajar di sekolah, hatta ibu bapa sekalipun, siapa kami dan siapa mereka, untuk menyuruh kamu, menjadi hamba Allah SWT yang baik dan taat?


Tetapi, yang menyuruh kita menjadi hamba-Nya yang taat adalah ALLAH SWT, Tuhan yang menciptakan kita daripada tiada kepada ada, daripada tidak memiliki apa-apa kepada mendapat segenap nikmat kurnia, daripada air yang tiada nilai kepada insan yang mulia dan Dialah yang akhirnya Tuhan yang akan mengadili kita setelah kita kembali hanya kepada-Nya setelah mati nanti. Harap maklum.Kalau kita diberi peluang untuk melawan Allah SWT sekalipun, kita sudah tentu tidak mampu untuk melawan Allah .Apatah lagi, kita tidak beri peluang langsung untuk bertanya apa yang Dia telah dan akan lakukan kepada kita, sedangkan kitalah yang akan dipertanyakan. Adakah seseorang itu menyangka dia ialah seseorang (somebody) jika melakukan penderhakaan kepada Allah dan Allah tercabar dengan kedegilan itu? Sejak bila Allah perlukan kita untuk ambil kisah dengan tindakan buruk kita dan sejak bila kerajaan Allah boleh berkurangan dengan penderhakaan kita andai kita sanggup menderhakai-Nya? 




Kita tidak cerdik kalau memilih untuk melakukan apa yang kita percaya, hanya kerana itu yang kita percaya, tanpa mengambil kira samada ianya adalah suatu yang hakiki atau khayalan fantasi sendiri. Kalau kita bukan penasihat kepada diri kita sendiri, maka tiada yang boleh menasihati kita. Orang boleh ajak kita berfikir, tetapi orang tidak boleh berfikir untuk kita. Kita pun faham, kita tidak pernah mampu membahagiakan diri kita sendiri dengan apa yang kita cari. Akhirnya, kebahagiaan itu adalah daripada Allah dan dengan Allah. Hidup untuk diri sendiri tidak berbaloi kerana mati nanti akan menjadi pemisah terhadap semua yang kita kumpulkan untuk kepentingan sendiri dan diri sendiri pun tidak ada nilai melainkan apa yang di sisi Allah. Hidup kerana Allah tidak pernah mengecewakan, kerana setiap saat kita berinteraksi dengan-Nya sebagai tujuan. Sebagaimana kita tidak pernah meninggalkan-Nya dalam setiap tindakan, kita juga tidak akan ditinggalkan-Nya dalam setiap ketentuan. Bahkan, kita sentiasa bersama dengan-Nya dan bersama dengan kebersamaan tersebut.


Kita masih ada masa, tetapi jangan buang masa. Kita masih ada peluang, tetapi jangan jadikan sebagai alasan. Jangan kelalaian semalam menjadi sebab untuk kelalaian esok. Salah itu bukan alasan untuk terus salah, tetapi adalah sebab untuk melakukan perubahan dan pembetulan ke arah penyempurnan kehambaan.Ianya adalah tentang sekarang, untuk lakukan apa yang perlu, untuk memperbaiki hubungan kita dengan Allah. Allah SWT Maha Penerima Taubat, bagi mereka yang jujur untuk kembali kepada-Nya. Namun ingatlah, Dia juga Maha berat siksaan-Nya, bagi mereka yang mempunyai rasa berani menderhakai-Nya dan berterusan dalam kelalaian kerana puas dengan penderhakaan tersebut. 





Taubat boleh membawa kepada menghilangkan dosa besar dengan keampunan Allah sedangkan berterusan melakukan dosa walaupun kecil, tanpa keampunan Allah, ia akan menjadi masalah besar kepada si pelakunya di akhirat. Ia bukan tentang dosa seseorang, tetapi tentang kepada siapa dia melakukan dosa.Kita adalah hamba samada kita akuinya mahupun tidak. Bahkan, kita adalah hamba, samada hamba kepada Allah, yang merupakan suatu kemuliaan di sisi-Nya, atau hamba kepada nafsu sendiri, yang merupakan suatu kehinaan di hadapan-Nya. Allah adalah Allah jua, tanpa kita. Namun, siapalah kita, tanpa-Nya?