Sebenarnya tanpa kita sedari,kita dilahirkan dalam pelbagai
kelebihan dan kekurangan. Mengapakah pencipta kita melakukan sedemikian? pasti
ada hikmah! Tujuannya adalah supaya dunia ini menjadi warna warni dan bahagia
dengan kelebihan dan kekurangan manusia. Dari situlah kita belajar untuk saling
memerlukan dan saling membantu bukannya bangga dengan kelebihan diri dan
mendedahkan aib orang lain.nauzubillah.Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
"Berbahagialah orang yang diberi hidayah kepada Islam,manakala
kehidupannya pula sentiasa mencukupi dan berpada.".Jika dalam hati kita
ada sekelumit rasa tidak puas hati atau sebarang sifat mazmumah.
Ayuh,beristighfarlah! Ingatlah tujuan hidup ini.Kita dijadikan untuk beribadah
kepada NYA.
Firman Allah SWT yang bermaksud : "Aku tidak menciptakan jin
dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKU ". Kita sebagai
manusia kena sedar, bahawa kita dijadikan oleh Allah SWT adalah sama dan yang
membezakan Kita hanyalah amal. Jangan pandang kelemahan orang, jangan
banding-bandingkan siapa kita dan siapa mereka. Allah SWT tidak memandang putih
hitam kulit manusia atau tinggi pendek seseorang itu melainkan hatinya. Nabi
SAW bersabda yang bermaksud :"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada
jasad atau rupa bentuk kamu tetapi Allah melihat kepada hati-hati kamu.". Hati
manusia ini lembut dan mudah tersentuh jika kita cuba untuk merendah-rendahkan
orang lain. Apatah lagi jika kita menghina mereka kerana kita sesama islam
adalah bersaudara.
Untuk menjadi orang yang berjaya, kita hendaklah yakin dengan
kemampuan diri kita. Dimana kekuatan kita. Dimana minat kita. Dimana kekurangan
kita. Cuba untuk perbaiki diri dan jangan menilai orang lain. Jangan
sekali-kali. Dalam diari kita, jangan kita selitkan dengan unsur-unsur negatif
tetapi selitkan catatan harian kita dengan cerita-cerita yang menjerumus kita
kearah bersyukur kepada Ilahi. Dan kelemahan yang terjadi pada hari itu, kita
cuba kuatkan balik dan ubah sikit demi sedikit pada masa akan datang untuk
menjadikan ia sebagai kekuatan bukan kelemahan. Ingatlah, jangan sekali-kali
menghina manusia lain dan memperlekehkan kebolehannya sekalipun. Bercakap
seolah-olah kita tahu sifat sedalam-dalamnya dalam diri seseorang itu.
Jauhkanlah perasaan dari merasa diri itu hebat kerana hanya Allah
yang hebat dalam dunia seluruh alam semesta. Tidak ada selain DIA! jauhi
penyakit hati yang besar seperti ujub,takabbur, dan riyak kerana ia bukan sikap
seorang muslim yang sejati. Saudara-saudari sekalian, jika kita dah pakai
menutup aurat, kita dah merasa kita hebat, itu salah. Jika kita selalu bercakap
mengenai agama, kita dah rasa kita hebat, itu juga salah. Jika kita dah pandai
dan selalu dapat "A+" dalam sesuatu subjek, kita dah rasa hebat, itu
juga salah. Kerana itu juga adalah ujian hati buat kita sebenarnya. Allah
memberi kelebihan untuk kita adalah untuk menguji kita begitu juga dengan
kekurangan kita.kita akan sentiasa diuji. Letaklah Allah ditangga teratas dalam
setiap perbuatan, percakapan mahupun tingkah laku kita. Usaha menjadi yang
terbaik tapi tolong jangan memandang rendah terhadap seseorang! Jadi tidak
susah untuk jadi orang baik asalkan niat kita adalah kerana Allah SWT.
No comments:
Post a Comment