Ramadhan telah diambang pintu, tanpa kita sedar, waktu berputar
begitu cepat, kita telah berada di bulan Sya'ban, bulan yang menjadi bulan
istimewa, selain bulan Ramadhan. Sekarang ini kita berada di bulan Sya’ban.
Inilah masanya kita menanam azam untuk kita merebut segala kelebihan Ramadhan
yang dijanjikan Allah. Jika Ramadhan tahun lalu kita lalai dan leka sehingga
tanpa disedari Ramadhan telahpun berlalu dan kita ketinggalan merebut
kelebihannya, maka pada tahun ini kita diberi peluang sekali lagi oleh Allah.
Maka janganlah sia-siakan peluang kali ini kerana entah-entah inilah Ramadhan
terakhir buat kita. Mati datang tidak menentu. Oleh itu, hendaklah kita
sentiasa bersedia. Rebutlah peluang semasa hayat masih ada ini supaya di
akhirat kita tidak menyesal dengan sesalan yang tiada gunanya lagi.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang terlalu banyak kelebihannya. Di
dalamnya terdapatnya malam lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik
dari 1000 bulan. Pada bulan tersebut Allah membuka pintu syurga, menutup pintu
neraka dan mengikat syaitan-syaitan untuk memberi peluang kepada manusia
membersihkan diri mereka sebersih-bersihnya. Amal-amal ibadah dan kebajikan
digandakan Allah di mana yang sunat diberi pahala wajib fardhu dan yang fardhu
menyamai 70 fardhu di bulan-bulan yang lain. Amat banyak kelebihan bulan
Ramadhan yang kesemuanya insya Allah akan kita bentangkan satu persatu dalam
risalah kecil ini.Setiap waktu-waktu yang kita lewati, masing-masing mempunyai
kelebihan dan keutamaan yang berbeza, maka kita harus merebut di setiap
kelebihan bulan sya’ban.
Termasuklah menyiapkan diri menyambut kedatangan bulan suci
Ramadhan yang memiliki banyak keutamaan. Kerana di dalam Ramadhan adalah bulan
diwajibkannya berpuasa, dianjurkan memperbanyak amalan sunnah, serta
diperintahkan memperbanyak membaca Al-Quran. Disamping itu, bulan Ramadhan
adalah bulan pengendalian diri dari syahwat perut, hawa nafsu serta
pengendalian anggota tubuh dari hal-hal yang dapat mengurangi nilai puasa.Oleh
kerana itu, hendaknya kita menyambut bulan suci ini dengan suka cita dan penuh
kerinduan, serta mempersiapkannya sebelum ramadhan tiba, sehingga dapat
menumbuhkan motivasi semangat dalam menjalankan segala amal ibadah di bulan
tersebut. Apakah yang harus kita bersiap sedia dalam rangka menyambut
kedatangan tamu agung ini ?
Ada beberapa perkaral yang harus kita persiapkan agar kita mampu
untuk mengisi bulan yang penuh berkah ini dengan kegiatan yang dapat menambah
amalan kita ketika kita menghadap Allah SWT. Menjadi persiapan yang paling
penting yang perlu kita laksanakan ialah persiapan keimanan. Ini adalah persiapan
yang paling utama, kerana kekuatan iman lah yang akan menjadi motor penggerak
segala bentuk ibadah kita sebelum, ketika dan pasca ramadhan. Apabila kita
membaca sejarah Rasulullah saw dan para sahabatnya, betapa persiapan mereka dari
sudut ini sangat luar biasa, iaitu dengan melaksanakan puasa sunnah di bulan
sya'ban. Hal tersebut mereka lakukan dalam rangka mempersiapkan dan menyambut
kedatangan bulan Ramadhan.
Disamping itu, kita dianjurkan untuk memperbanyak istighfar dan
memohon serta memberi maaf agar kedatangan bulan suci ini kita sambut dengan
hati bersih dari segala bentuk dosa dan perselisihan, rasa dengki dan
penyakit-penyakit hati yang lainnya. Dengan demikian, persiapan keimanan
menjelang Ramadhan merupakan bahagian terpenting yang harus dilakukan setiap
mukmin. Bahkan didalam surat Al-Baqarah ayat 183 dijelaskan, bahwa ibadah puasa
Ramadhan diwajibkan kepada orang-orang yang beriman. Ini bermaksud, hanya orang-orang
berimanlah yang memiliki kemampuan untuk menjalankan puasa Ramadhan dengan
benar. Di samping itu, persiapan akhlak juga penting.Nabi mengingatkan kita
bahawa begitu ramai umat Islam yang menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan
hanya untuk menahan lapar dan dahaga saja, tanpa ada keistemewaan yang ia
dapatkan disebalik pelaksanaan ibadah puasa tersebut.
Sebagaimana sabda Rasulullah saw, "Berapa banyak orang yang
puasa, namun mereka tidak mendapatkan dari puasa mereka kecuali lapar dan
dahaga" (HR.Thabrani, Ahmad dan Baihaqi). Agar puasa yang kita laksanakan
berkualiti, maka persiapkanlah diri kita dengan akhlak Islam, seperti menjaga
pandangan dari hal-hal yang dilarang dan menjaga lisan dari ucapan yang kotor.
Intinya, kita harus menjaga seluruh anggota tubuh dari perbuatan maksiat. Inilah
diantara persediaan dan persiapan yang harus kita laksanakan menjelang bulan
Ramadan tetamu kita yang mulia ini. Semoga Allah SWT memanjangkan usia kita
untuk bertemu dengan tetamu ini yang mempunyai seribu satu rahsia
keistimewaannya.
No comments:
Post a Comment