Friday, 15 June 2012

PUTUS HARAPAN

Ketika aku putus harap
Nadiku lemah hatiku sayu
Merelakan engkau pergi
Jauh dari hidupku
Sebuah harapan yang tinggi
Kini tinggal sebuah memo yang abadi
Aku rela dan redha
Di atas segala percaturan ilahi








Ketika aku putus harap
Tiada rasa seindah pilu
Tiada kata seindah malu
Tiada langkah seindah pergi
Dalam menerima kehidupan takdir hakiki
Langkah terhenti penuh kaku
Bunga yang segar terus layu
Hati yang ceria kini pergi




Ketika aku putus harap
Menyedari akan kelemahan diri
Menginsafi atas kekhilafan sendiri
Berpatah kembali mencerminkan diri
Merelakan hatimu terus mengorak pergi
Selamat tinggal wahai puteri
Semoga engkau bahagia dan kekal abadi


 
Ketika aku putus harap
Tiada lagi yang ku harapkan
Semoga kau bahagia kekal abadi
Kenangan ini akan ku abadi
Dalam seketul daging digelar hati
Sehingga aku di jemput oleh ilahi

Wednesday, 6 June 2012

JANGAN BERPUTUS ASA !!!


Seringkali hati ini tertanya, otak ligat berfikir persoalan yang bertalu-talu menjengah kotak fikiran saya, tambahan pula bila melihat "golongan-golongan mereka dengan urusan mereka"."tak takut mati kah? tak takut Allah kah? amalan dah banyak kot...."keluarga mereka bagaimana? mereka tak sayang keluarga kah? (banyak betul persoalan yang menjengah)"
Terdetik di hati untuk bertanyakan soalan ini kepada mereka-mereka ini, tapi alhamdulillah, saya sedar siapa saya, layakkah saya untuk menilai orang lain. Layakkah saya untuk menghukum mereka yang menjadi begitu? Mereka juga manusia, ada akal, ada hati, ada perasaan, ada nafsu, sama macam ana. Tidak bolehlah ana mahu menyalahkan mereka seratus peratus.
Persoalan sebegini kadang-kadang terjawab oleh saya sendiri, mungkin andaian baik saya terhadap mereka.
"Ayah dan mak dah tak nak tengok muka saya lagi. Mereka malu atas perbuatan saya. Kekasih saya lari meninggalkan saya dan anak yang saya kandungkan. Mak tak nak mengaku saya ni anak dia. Saya dah tak suci, saya dah tak ada apa-apa.."
Ada juga yg menjawab :"kerana ini sudah ditakdirkan Allah"
Kenapa kita perlu salahkan takdir?
Sedangkan kita boleh mengubah dan mengatur cara hidup kita sndiri.
Aduhai saudara saudariku, mengapa kita perlu salahkan takdir Allah. Allah juga telah berfirman bahawa 'Tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan dengan tangan mereka sendiri'..Allah telah aturkan jalan yang terbaik buat hamba-hambaNya, terpulang kepada mereka untuk memilih jalan mereka sendiri.
Mengapa masih memilih untuk menjadi jahat sedang jalan untuk menjadi baik itu adalah lebih senang daripada menjadi jahat.

Mengapa berputus asa dari rahmat Allah, sedangkan ketika 1 pintu rahmat Allah telah tertutup untuk kita, maka akan dibukakan untuk kita 99 pintu yang lain.Subhanallah, begitu sekali sayang Allah pada kita. Begitu sekali baiknya Allah pada kita, tapi mengapa kita jadikan Allah murka atas segala perbuatan kita? Dan kita berkata,
"aku dah jadi jahat, mana mungkin Allah akan menerima aku sebagai hambaNya".
Wahai saudara saudariku sekalian, Ayuh !!!!! bersangka baiklah dengan Allah. Sebagaimana kita gembira bertemu dengan kekasih hati, malah Allah lebih gembira daripada itu.Sebagaimana kita menyayangi kekasih hati sepenuh jiwa, namun sayangnya Allah lebih daripada itu, betapa luasnya nikmat pemberian Allah, tapi sayang hanya kita sahaja yang tidak tahu untuk menghargai pemberiannnya.Banggalah menjadi hamba Allah, tanamkanlah rasa cinta pada Allah dalam diri kita, kerana cinta Allah pada hambaNya sangat tidak ternilai.Demi cinta Allah pada hambaNya, Allah telah berfirman," Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat daripadahamba-hambaNya yang bertaubat, serta memaafkan kejahatan-kejahatan yang telah mereka lakukan dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan", Surah An-Nisa (4:16).

RENUNG-RENUNGKANLAH !!!!!!!

TIADA PERIKEMANUSIAAN LAGI


Sekali lagi seluruh negara dikejutkan dengan berita kematian tragis seorang kanak-kanak 5 tahun yang dibunuh dan dibakar.Adik Nurul Nadirah, si comel ini dibunuh dengan begitu kejam sekali. Dalam fikiran saya ada 2 perkara saja yang menjadi motif pembunuhan sebegini. Duit (sama ada hutang atau sebagainya) dan dendam. Tak ada makhluk yang akan membunuh sekejam ini hanya kerana hobi.Seorang manusia boleh bertindak diluar batas kewarasan apabila melibatkan dua perkara tadi. Bukan untuk mendahului siasatan pihak polis, tapi sebagai manusia biasa lebih baik kita beringat sebelum kena. Jangan berhutang dengan lintah darat dan jangan semaikan perasaan dendam dengan sesiapa. Ia bakal menuju ke arah kehancuran.
Ada berita mengatakan si ibu sedang sibuk bermain facebook dan si anak pulak waktu tu ke kedai berseorangan. Nak salahkan ibu bapa saja pun tak guna sebab nasi dah jadi bubur. Tapi buat ibu bapa yang masih ada anak sebaya kanak-kanak ini, beringat sikit. Kalau sayangkan anak, jangan malas nak jaga.Apakah dosa si kecil ini sehingga sanggup membunuhnya dengan penuh kekejaman dan kezaliman???.Orang yang melakukan perbuatan terkutuk ni adalah orang yang tiada langsung sifat perikemanusiaan. Apalah salah si kecil yang baru 5 tahun melihat dunia ni? Apalah sangat kudrat si kecil ini melawan waktu si pembunuh mahu menamatkan riwayatnya? Saya tak dapat bayangkan bagaimana benda ni boleh berlaku.Bilakah kes pembunuhan kejam seperti ini akan berhenti???
Kejadian pembunuhan ini berlaku lebih kurang 3.5km saja dari jarak rumah mangsa. Mayat yang dibakar pula tak ditanam atau disorok. Ini menunjukkan si pembunuh memang saja nak pihak keluarga kanak-kanak ini tahu bagaimana kejamnya pembunuhan ni. Atas alasan ini jugalah pendapat saya lebih cenderung kepada motif wang atau dendam. Pembunuhan ini bukan satu kebetulan. Ia dah dirancang. Secara tak langsung si pembunuh juga seolah-olah mencabar pihak polis untuk menangkapnya sebab bukti sengaja ditinggalkan.Apa pun, sebagai ibu bapa janganlah kita lalai daripada tugas dan tanggungjawab menjaga anak-anak kita. Jangan sampai perkara buruk dah berlaku baru nak menangis teresak-esak. Jangan sesekali pentingkan facebook atau perkara-perkara lain daripada anak kita sendiri. Anak ialah amanah dan tanggungjawab. Bila ia ditarik balik, sudah tentu tiada galang gantinya lagi.
 
JENAYAH MEMBAWA PADAH !!!!!!

DUNIA AKHIR ZAMAN


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun meninggalkan kesan yang sungguh mengerikan. Beribu orang masih hilang tidak dapat dikesan manakala bagunan dan kemudahan awam hancur bagaikan terkena ledakan bom atom hiroshima.Bencana yang lebih menakutkan dunia pasca gempa bumi dan tsunami Jepun adalah kesan radiasi nuklear. Diberitakan kesan radiasi nuklear dari negara timur ini boleh dibawa angin ke barat menyerang benua Amerika. Jika ini belaku pasti akan membawa bencana dunia yang maha hebat.


Ketika Jepun sedang berusaha keras menguruskan masalah kemusnahan tsunami dan radiasi nuklear negara Arab pula sedang bergelut dengan kebangkitan rakyat. Apa yang sebenarnya berlaku di tanah Arab adalah kebangkitan puak Syiah menentang Sunni. Pergolakan Syiah vs Sunni akan mencetuskan peperangan besar antara Islam yang akan menambah gelora dunia.Dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, kemusnahan negara timur, radiasi nuklear yang sedang bergerak ke barat dan demonstrasi di tanah Arab, mungkinkah ini tanda akhir zaman sebagaimana yang telah tercatat dalam banyak buku-buku hadis.

Oleh itu saya ingin menyeru kepada seluruh pembaca supaya bersatulah demi membina kegemilangan islam di akhir zaman sepertimana sabda Nabi Muhammad S.W.A dalam hadisnya yang bermaksud:
        "Jangan kamu berdendam kesumat, jangan kamu berhasad       dengki, jangan kamu berpaling muka, jangan kamu pulau memulau, sebaliknya hendaklah kamu bersaudara. Adalah tidak harus bagi seseorang Muslim tidak bertegur sapa dengan saudaranya melebihi tiga hari." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jadi marilah kita sama-sama bersatu hati membina ukhwah yang sejati.Semoga kita semua di rahmati oleh Allah Azza Wajalla….Insya Allah !!!!!!!




Sunday, 3 June 2012

KU INGIN SELAMANYA

Bagiku cinta itu adalah misteri dalam hidupku
Yang tak pernah ku tahu akhirnya
Namun tak seperti cintaku pada dirimu
Yang harus ku pendam dalam kisah hidupku
 Ku ingin selamanya mencintai dirimu
Sampai satu saat ku menutup mata
Menyahut seruan ilahi
Ku ingin selamanya ada di sampingmu
Menyayangi dirimu sampai suatu ketika tuhan menjemputku
Mencintamu adalah bahagia bagiku
Kerana kasihku hanya untuk dirimu
Selamanya kan tetap milikmu
Walaupun dirimu tidak tahu
Betapa dalamnya cintaku buatmu
Di dalam hatiku
Ku labuhkan seluruh cintaku untukkmu
Di hembus nafasku
Ku abadikan seluruh kasih dan sayangku
Hanya untukmu sayang !!!!!!

Tuesday, 13 March 2012

BILA CINTA TERUNGKAP

Assalamualaikum…salam sejahtera dan salam satu Malaysia.Apa khabar semua? Di harapkan kita sentiasa dilindungi oleh rahmat-Nya Yang Maha Kuasa,Yang Maha Pencipta dan segala kebesaran dan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat-Nya…Dalam suasana sekarang,aku sedang mengalami satu ujian getir ciptaan manusia dan ujian ini amat penting bagiku.Tak lain dan tak bukan lagi,ujian ciptaan manusia itu ialah SPM.Dalam masa yang sama juga,aku telah mengalami perasaan yang begitu sukar untuk diterjemahkan baik melalui mulut mahupun melalui gerak mata.Perasaan ini adalah buat julung kalinya dan pengalaman ini tidak mungkin aku lupakan.

Berbicara soal hati ini mungkin akan menjadi fobia atau trauma bagi seseorang.Ini terjadi mungkin disebabkan pengalamannya yang terdahulu.Tetapi bagiku,soal hati ini adalah persoalan yang memerlukan perungkaian yang jelas dan tiada unsur yang boleh mengelirukan.Kadang-kadang bila hati ini berdebar,banyak unsur yang boleh mengelirukan.Kadang-kadang bila hati ini berdebar,banyak konklusi yang boleh dirungkaikan.Sebagai contoh,hati berdebar mungkin gementar untuk hadapi SPM dan mungkin juga kerana tidak ada persediaan untuk hadapi SPM.Nampak??? pelbagai spekulasi yang boleh ditimbulkan.Namun apa yang pasti,hanya tuan empunya badan sja yang mempunyai jawapannya.

Berkenaan dengan hati,tanpa kita sedari hati merupakan anugerah Allah yang amat bernilai.Dalam pepatah ciptaan sendiri ada mengatakan biar buta mata jangan buta hati.Buta hati akan menyebabkan seseorang itu tersalah menilai.Berdiskusi tentang hati,kita tidak dapat lari dari menyentuh soal cinta.Dan sekarang,aku disahkan mengalami penyakit lamunan cinta.Aku tak pasti sama ada ianya cinta atau hanya satu lamunan semata-mata.Tapi apa yang pasti,cintaku telah hadir dengan sendiri dan bukan yang ku cari.Cinta ini lahir dari nuraniku dan bukan ku yang undangnya datang.Banyak orang,banyaklah pendapat.Tetapi aku berpendapat bahawa sudah tiba masa untuk melahirkan rasa cinta tetapi bukan sekarang.Bila? Di mana? Bagaimana? Itu semua terletak pada yang Esa.Bila hati mula berdebar ketika melihat orang yang dikasihi,maka cinta akan timbul dengan sendiri.Tanpa di undang.Tanpa di duga dan kadang kala kita sendiri belum bersedia.Tetapi dalam hal ini,hatiku telah jatuh hati pada seseorang.Seseorang yang dalam pemikiranku,dialah gadis melayu terakhir yang telah ku temui.Namun aku tak pasti sama ada ia benar-benar cinta atau hanya tipu daya dar syaitan.Tapi aku pasti ini adalah kali pertama aku rasa seperti ini dan dalam hidup ini,aku tak pernah bermadu kasih bermain cinta dengan sesiapa lagi.Itu yang pasti.
 
Apabila timbul perasaan sebegini rupa,timbul seribu persoalan yang selalu bermain di mindaku.Siapakah aku yang ingin bertemankan seorang perempuan yang solehah?Adakah aku layak untuk menjadi teman hidupnya?Adakah dia mahu menerimaku?Adakah dia sudi menjadi suri dalam hidupku?Arghh….banyak persoalan yang timbul.Aku buntu dan terus buntu.Dalam usaha merungkai banyak persoalanku ini.Dahulu,aku sukar jatuh hati kepada sesiapa.Namun kehadirannya dalam hidupku telah menggugat pendirian.Pada aku,dia seorang perempuan yang baik dan solehah.Walaupun aku tidak mengenalinya dengan lebih mendalam,walaupun aku tidak pernah bertemu sua dan berbual dengannya,walaupun hanya memandang dari jauh saja,namun aku pasti dan yakin dia adalah perempuan yang baik dan solehah yang pernah ku jumpa.Namun yang pastinya,apabila cintaku ini terungkap padanya,aku hanya mampu bersyukur dan menunggu jawapan darinya.Semoga kita semua dapat menjadi yang terbaik dalam kehidupan kita.

DI PENGHUJUNG NOKTAH

Saudara Saudari Sekalian,
    Kini,kita hampir berada di penghujung musim persekolahan.Dalam erti kata yang lain,musim persekolahan sudah hampir menemui titik nokhtahnya.Dalam kita berada di suasana kegembiraan menyambut musim percutian,kita seharusnya memperingatkan diri kita bahawa erti seorang pelajar sentiasa mencari ilmu.Tiada erti “habis belajar” kerana ilmu di dunia tak terkira banyaknya.Dalam musim cuti inilah,pelbagai coretan suka duka akan tercipta. 
    Setelah hampir 10 bulan kita berada di alam persekolahan,saya yakin dan percaya,terdapat pelbagai kisah suka duka dan jatuh bangunnya kita.Jika kita imbas kembali,pelbagai coretan yang telah kita nukilkan.Ada kisah yang enak di dengar tak kurang juga kisah yang tidak enak di dengar.Apa-apa pun itulah kehidupan.Kita sendiri yang telah melakarkan dan mencorakkannya.Maka disini benarlah kata-kata cendiakawan yang menyatakan bahawa “Anda merupakan arkitek kehidupan anda sendiri.”Bagi yang cemerlang atau berjaya menjadi yang terbaik,syabas diucapkan.Bagi yang kurang berjaya membentuk peribadi yang unggul pada tahun ini,rileks!!!!Anda sebenarnya masih ada peluang dan ruang lagi untuk memperbaiki prestasi.Bak kata pepatah melayu “Gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya.”
 
     Dalam kita mengimbas kelemahan dan kekurangan diri kita,janganlah mudah berputus asa kerana kita mesti ingat bahawa dalam dunia ini,ada orang yang lebih teruk dari kita.Kalau kita berada di bawah,ingat!!!ada orang yang lebih susah dari kita.Janganlah sesekali kita berputus asa,usahlah mengenangkan kesilapan yang lalu kerana mengenangkan kesilapan yang lalu akan menambah penyesalan yang tidak akan membawa apa-apa perubahan diri.Oleh itu,bangkitlah!!!belajarlah dari kesilapan.Jangan sesekali merendahkan diri.Lihat ke hadapan.Carilah peluang untuk kembali pada jalan-Nya yang lurus.

     Dalam kita mengimbas kelebihan dan kejayaan diri kita,janganlah kita mudah terleka di buai ayunan kejayaan yang lalu.Jangan pernah merasa selesa dengan apa yang telah kita kecapi.Ingat!!!Sejarah telah membuktikan bahawa memenangi atau meraih sesuatu kejayaan memang mudah tetapi untuk mempertahankan sesuatu kejayaan bukan mudah.Oleh itu kita seharusnya bersyukur dengan kelebihan yang ada pada diri kita.Teruskanlah berusaha.Jangan pernah merasa anda di zon yang selesa.Gunakanlah kelebihan kita sedaya yang mungkin dalam membimbing rakan-rakan yang lain.

Bagi calon-calon SPM
    Ingatlah !!!Anda merupakan ejen sekolah bagi mengharumkan nama sekolah .Kejayaan anda merupakan kejayaan sekolah juga.Oleh itu berusahalah Semampu yang boleh.Sebelum nasi menjadi bubur,sebelum hari masih cerah,sementara waktu masih ada,sementara jam masih berdetik,berusahalah.Carilah jalan untuk menuju sebuah kejayaan.Sempena menyambut hari raya Aidil Adha ini juga,hayatilah erti sebenar pengorbanan.Berkorbanlah seketika untuk masa depan yang lama.Insya –Allah.Tinggallah sebentar kesenangan hidup demi melakar sebuah kejayaan,menggembirakan jiwa pendidik,membanggakan wajah ibubapa serta mengharumkan nama baik sekolah,keluarga dan negara.Ayuhlah,bangkitlah dari lamunan yang sia-sia.Coraklah masa depanmu dengan berusaha dari sekarang.Yakinlah dan percayalah tuhan tidak akan mensia-siakan usaha dan doa hamba-Nya.Yakinlah dengan apa yang anda lakukan.Insya-Allah !!! kita akan dapat hasilnya setimpal dengan apa yang kita usahakan.

Sebagai Penutup Kalam…
       Muhasabah kembali dengan apa yang telah kita lakarkan sebagai kenangan alam persekolahan kita nanti.Usahlah sedih dengan kekalahan atau kegagalan yang kita terima .Anda masih mampu mengubahnya.Usahlah terlalu gembira dengan kejayaan yang telah kita terima kerana kejayaan hari ini belum tentu kita mampu mempertahankannya.Berusahalah demi masa depan kita bersama.Keputusan Trial SPM bukanlah titik noktah perjuangan sebenarnya.Jika cerdikpandai seperti Thomas Eddison pun boleh bangkit dari kegagalan apatah lagi kita yang masih ada peluang dan ruang.Bangkitlah dari kegagalan.Belajarlah dari kesilapan.Semoga kita semua berjaya di dunia dan di akhirat.Sekian…..


BANGKITLAH DARI KEGAGALAN
BELAJARLAH DARI KESILAPAN