Saturday, 26 July 2014

SETELAH 2 BULAN KITA LALUI

Setelah 2 bulan kita lalui
Aku tak pernah ingin melupakan dirimu.
Apalagi benci dan musuh padamu
Sekian masa sekian cerita telah kita lewati.
Suka dan duka kita bersama 





Setelah 2 bulan kita lalui
Sungguh berat untk kulupakan dikau
Sangat tak mungkin untuk benci dikau
Kerana kau tercipta hanya utukku
Kerana aku tercipta untukkmu  




Setelah 2 bulan kita lalui
Percayalah wahai pemilik tulang rusukku
Hanya kau satu-satunya di hatiku
Dan hanya satu keinginanku padamu
Ku ingin hidup selamanya bersamamu 




Setelah 2 bulan kita lalui
Kau tetap tabah disisi ku tanpa mengira waktu
Kau tetap setia dihati ku tanpa mengira deritamu
Kau tetap disini bersama ku menhajarku erti dewasa
Terima kasih sayang serikandiku penyayang
Atas segalanya yang telah kau lakarkan
Menjadikan aku lebih bermakna dihidupmu

MENARILAH SANG PUTERI

Rinduku menari bersama cintamu
Membawa dendang cinta ditaman asmaraku
Kau peluk diriku bersama nyanyian cintamu
Mengalun merdu di genderang telinga ku 



Kemarilah kasih dekap hati ini
Jangan biarkan aku lepas lagi
Bersama rindu yang dulu pernah tertinggal disini


Kemarilah kasih bercanda dan menari di taman cinta ini
Hingga tak ada rasa cemburu dihati
Genggamlah tangan ini
Kita ukir romansa di taman ini
Sebagai bukti cinta dan kasih yang tergenggam indah di sanubari 



Kemarilah kasih usah lah berlari jauh dari raga ini
Kerana rasa rindu ku kan terus mengejarmu
Lalu ragamu kan ku dekap selalu
Biar rindu tak memburu pilu
Dengan kecupan_kecupan dihamparan rasa ku


Friday, 25 July 2014

PELANGI HATIKU

Kau bagai pelangi bagi ku..
Yang muncul sesudah hujan dingin
Dan berikan warna warni indah dalam hidup ku..

Ku inginkan selalu ada dalam dekap hangat mu..
Ku selalu rindukan hadir mu..
Ku selalu harapkan berada dekat mu..
Ku selalu teringat desah lembut nafas mu.. 



Kau sebahagian diri ku yang tak mungkin ku lepas..
sekarang atau pun nanti..
Ku kan cuba penuhi ingin mu..
Ini bukan janji tapi hanya ungkapan tulus jiwa..
Ku hanya mampu berkata walau terkadang yang ku berikan adalah luka..

Ku tak pernah sukakan hujan..
Tapi sejak dengan mu ku cinta kan hujan..
Hanya hujan yang mampu halangi mu terampas dari ku..
Hanya hujan yang mampu lindungi mu..

KEMANA KITA SELEPAS RAMADHAN ?

Memasuki fasa terakhir dalam bulan Ramadhan, beerti semakin hampir umat Islam akan menamatkan kem latihan Ramadhan. Namun, apakah pesta ibadah dan kemeriahan yang dirasakan dalam bulan ini akan berakhir di kala satu Syawal menjelma? Biarpun, Ramadhan masih belum melabuhkan tirainya, wajarlah bagi kita untuk memeriksa kembali  perjalanan Ramadhan yang telah dilalui pada tahun ini agar masa yang masih berbaki ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Inilah saatnya kita memecutkan momentum ibadah yang telah dilaksanakan, agar matlamat sebenar daripada tarbiyah Ramadhan ini dapat digapai dengan sempurna.Ayuh, kita muhasabah diri bersama. Ketaqwaan sebagai manifestasi akhir latihan dalam bulan Ramadhan. Apakah Ramadhan ini berhasil untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kita selepas ini? Apakah mampu, momentum ibadah dalam bulan mulia ini dapat diteruskan untuk bulan-bulan yang akan datang? Atau ia akan berakhir begitu sahaja setelah bergemanya takbir Hari Raya sebagai tanda kemenangan?



Berpuasa bukan sekadar kita memelihara perkara yang dilarang secara fizikal serta menjaga adab-adab berpuasa tetapi juga menuntut kita berjuang memelihara daripada aspek rohani. Jadi, kedua-dua aspek ini perlu digabungjalin untuk menjadikan Ramadhan ini sebagai satu madrasah dalam mendidik hati kita untuk bulan-bulan seterusnya. Sewajarnya, kita tidak mahu beranggapan bahawa Ramadhan ini sebagai bulan untuk mengikat nafsu hanya buat sementara waktu tetapi apabila Ramadhan telah berlalu pergi, nafsu yang dikekang tersebut terus kembali bermaharajalela. Sungguh Nabi Muhammad SAW pernah memperingatkan umatnya tentang kepincangan puasa yang bermaksud:"Berapa ramai orang yang berpuasa, namun tidak mendapatkan apa-apa selain lapar, dan berapa banyak orang yang solat di tengah malam tidak mendapatkan apa-apa, selain berjaga malam sahaja."  






Sudahkah kita berjaya menamatkan separuh masa pertama dengan pengisian yang terbaik? Mengekang nafsu, memperjuangkan semangat yang berkobar-kobar dalam mengerjakan solat fardhu, terawih serta solat-solat sunat yang lain? Atau , adakah ia hanya sekadar ikut-ikutan yang mahu memeriahkan Ramadhan. Bersemangat pada awalnya tetapi tumbang menjelang akhirnya. Tanpa kita menginsafi dan menyedari daripada lubuk hati sendiri tentang kepentingan dan keutamaan ibadah dalam bulan Ramadhan bagi mereka yang mahu merebutnya. Ramadhan semakin berakhir. Masjid dan surau semakin sepi. Barangkali kita berputus asa kerana gagal melihat sesuatu yang bernilai di hadapan. Kita tidak nampak hasil yang diperolehi daripada pecutan ibadah yang dilakukan dek kerana nilaian manusia itu kerapkali berdasarkan penilaian mata kasar bukannya mata hati.diamalkan atau sebaliknya? Justeru, laluan Ramadhan yang masih tinggal  ini, seharusnya menjadi kayu pengukur kepada amalan dan perbuatan yang telah kita lakukan dan akan lakukan selepas ini.



Teringat kisah yang terakam dalam hidup Imam Malik bin Anas yang menangis ketika hendak berbuka puasa menjadi pedoman. Ketika ditanya oleh muridnya, beliau berkata:"Aku sedih melihat makanan yang banyak kerana terkenangkan Rasulullah SAW. Baginda berbuka dengan makanan yang sedikit tetapi amalannya banyak. Sedangkan aku berbuka dengan makanan yang banyak, tetapi amalanku cuma sedikit." Bagaimana pula dengan puasa kita pada hari ini? Tidak cukup dengan beraneka jenis makanan, dijamu dengan bufet Ramadhan di restoran dan hotel mewah, ditambah lagi dengan juadah di bazaar Ramadhan yang sememangnya menyuntik nafsu yang sedang kelaparan. Kita sebenarnya mewah dengan makanan tapi kita miskin untuk menjiwai nilai ibadah. Tidak menjadikan makan sebagai ibadah tetapi diletakkan sebagai tumpuan dan habuan sepanjang hari berpuasa.Sungguh, terlalu jauh untuk membandingkan puasa kita dengan ulama terdahulu apatah lagi insan teragung Rasulullah SAW. Namun, ia boleh dijadikan pengukur untuk memperbaiki puasa kita agar nanti ia memberi kesan yang baik bukan setakat untuk nilai kesihatan tetapi juga nilai rohani kita selepas melalui Ramadhan ini.

SATU DIHATIKU

Saat mata ini memandang indah senyum diparasmu
Jantung ini serasa membeku tak berdetak
Dalam hati bertanya tanya
Apakah ini yang dinamakan cinta


Tak pernah Ku rasakan
Perasaan seindah ini sebelumnya
Selamanya kan selalu kujaga
Senyum indah dari wajahmu 




Walaupun sepuluh bidadari turun dihadapanku
Walaupun seratus artis mendatangiku
Walaupun seribu wanita merayuku
Tak kan membuat hatiku berpaling


Cinta ini hanya untuk mu.
Kasih ini ada keranamu
Selamanya hanya kamu seorang
Satu diHatiku..

AKU SELALU ADA UNTUKMU

Tetaplah di pelukanku..
Dalam panas, Dalam hujan,
Dan dalam sakitnya hatimu,
Menghadapi duniamu,


Tersenyumlah untukku,
Dalam perihmu, Dalam tangismu,,
Sandarkan keresahanmu di bahuku
Akan ku peluk..
hingga berhenti air matamu,
Akan ku dekap,
hingga terlelap dalam ketenangan batinmu, 




Aku akan diam,
Aku akan mengerti,
Bahwa..Ada saatnya kau rapuh,
Ada saatnya kau lelah,
Menghadapi duniamu,


Dengarkan aku...
Aku akan selalu ada,
mungkin sebagai tisu,
untuk menghapus air matamu,
mungkin juga sebagai penghibur,
untuk lelap di pundakku,

Thursday, 24 July 2014

SEBELUM KITA TERLUPA

Bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana melahirkan kita ke alam dunia yang fana ini. Kita dihidupkan dan insyallah akan dimatikan dengan izinNya. Kita dipinjamkan jasad dan nyawa untuk beberapa ketika yang diizinkan yang kita sendiri tidak mengetahui kecuali diriNya. Hidup kita mengikut apa yang disabdakan oleh Baginda Rasul sebagai seorang pengembara yang sedang dalam perjalanan ke suatu destinasi yang jauh dan memerlukan banyak bekalan. Tentunya dalam perjalanan itu banyak halangan dan gangguan yang boleh menjejaskan matlamat untuk ke destinasi. Pengembara yang bijak tidak akan terpengaruh dengan keseronokan dan kebahagiaan sementara yang ditempuh dalam perjalanan kerana dia tahu bahawa dia sebenarnya adalah warga satu alam lagi. Manakala pengembara yang lupa daratan akan menikmati sepuas-puasnya apa sahaja yang ditempuh; seolah-olah inilah dunianya sehingga terlupa matlamat asal untuk menuju ke dunianya yang sebenar. Mereka terpedaya dengan kemanisan dunia dan menyangkakan apa yang dipungut itulah BEKALAN. 


Sebagai seorang pengembara, kita seharusnya bijak melayarkan bahtera ke arah yang betul mengikut kompas yang dipiawaikan oleh Rasul. Untuk sampai ke destinasi AKHIRAT, pungutlah bekalan sebanyak mungkin. Anggaplah segala keseronokan duniawi sebagai BEBAN yang boleh menjejaskan perjalanan ke sana. Ingatlah pesanan orang tua : Kita sebenarnya adalah WARGA AKHIRAT - tempat yang kekal abadi; sementara dunia ini ialah rumah tumpangan sementara yang penuh kepalsuan dan tipu-daya. Oleh itu kita mestilah bijak memilih mana satu BEKALAN dan mana satu BEBAN. Barangan yang dikategori sebagai BEBAN akan menyusahkan perjalanan ke akhirat manakala barangan BEKALAN akan berfaedah untuk kehidupan di sana. Kutiplah bekalan sebanyak mungkin dan hindarkan memikul beban yang menyulitkan perjalanan.Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda :  "Beramallah untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Beramallah untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati keesokannya." 





Ramai mentafsirkan Hadith ini dari segi keduniaan iaitu kerja bersungguh-sungguh kerana kita akan hidup lama di dunia. Tetapi makna yang tersirat ialah kita hidup lama lagi di dunia jadi kenapa nak bekerja beria-ia mencari pendapatan lebih sedangkan masa banyak lagi. Tetapi dalam hal akhirat, kita akan mati esok - jadi terpaksalah buat persiapan dengan lengkap dan berhati-hati kerana kita akan mati esok. Tafsiran begini jarang diterangkan oleh umum terutama pemburu harta di dunia. Islam tidak menghalang umatnya mencari harta-benda dan kekayaan; asalkan ia tidak menghalang dari melakukan pengabdian kepada Allah.  Malahan orang Islam yang kaya adalah amat diperlukan kerana ia adalah sumber ekonomi negara dan sebagai juruwang bagi saudaranya yang miskin dan memerlukan bantuan.  Orang kaya adalah pembantu orang msikin, orang kuat adalah pelindung golongan yang lemah, orang alim sebagai sumber cahaya dan ilmu kepada orang jahil. Begitulah golongan ini saling bantu-membantu antara satu dengan lain. 


Apa yang Islam larang ialah meletakkan keduniaan sebagai sasaran utama dalam hidup melebihi hal-hal keakhiratan dan pengabdian kepada Allah. Sekiranya keduniaan diberikan keutamaan dalam hidup bererti konsep syahadahnya terjejas. Intipati syahadah ialah mengaku dengan sebenar-benar pengakuan bahawa Tiada lain yang lebih besar selain Allah dan pengakuan bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah. Ini bererti tumpuan pengabdian hakiki ialah Allah dan BUKANNYA harta-benda dunia. Jika kekayaan dunia dijadikan asas hidup berertilah kita telah membesarkan dunia daripada Allah sendiri; atau dalam kata-kata lain kita bertuhankan harta bukannya Allah. Di sinilah terpesongnya aqidah orang-orang kebendaan.Sangat beruntunglah mereka yang mempunyai harta kekayaan yang menjadikannya sebagai modal untuk akhirat. Wang ringgit dipertaruhkan sebagai saham akhirat dengan bersedekah, mendirikan masjid, membantu fakir miskin dan anak yatim, menyelesaikan masalah dan keperluan jiran dan masyarakat sekeliling. Mereka inilah yang berjaya menukar harta menjadikan sebagai pahala atau membeli akhirat dengan dunia.


KAU DIHATIKU

Keangkuhanku berhujung.
Saat ku merasa yakin,
Kau pilihan hatiku.
Sedikitpun ku tak pernah merasa bimbang.

Kau mampu jadikanku.
Seseorang yang melankolis.
Ya, mungkin saat itu aku tak begitu yakin dengan hatiku.
Ku berjalan selain denganmu. 



Tetap kau bertahan untukku.
Kau dapat fahami semua tentangku.
Dari semua sisi.
Sakitmu tak pernah kau rasa.

Kau kata biarlah memang begini adanya.
Kau membuatku semakin kagum.
Kekaguman ini membuatku semakin jatuh hati.
Tak mampu ku bohongi.
Rasaku semakin dalam. 



Rasa yang tak pernah kurasa sebelumnya.
Kurasa inilah cinta.
Meski ku tak begitu mengerti apa itu cinta.
Tapi kudapat merasa cinta keranamu.
Kini ku yakin kau dihatiku 

Tuesday, 22 July 2014

MUSIBAH ITU DARI ALLAH

Ada manusia yang menyangka apabila Allah Taala menurunkan suatu musibah kepada dirinya, dia menganggap itu suatu petanda Allah mahu menghinakannya. Maka ramai pula orang lain yang memusuhinya akan menuduh dengan pelbagai spekulasi, mereka akan berkata: ”Oh, begitulah akibat yang menimpa orang yang zalim, Allah telah menghinakannya.Yang lebih teruk lagi ada pula yang percaya bahawa penyebab musibah itu adalah daripada kuasa hebat seorang manusia. Pernah diceritakan ada seorang hamba Allah yang menziarahi masjid wali-wali di Indonesia, tiba-tiba sakit kononnya kerana dia tidak percaya kuasa ghaib di kubur wali itu. Lahawla wala quwwata illa billah, apakah yang mendatangkan sakit itu adalah wali? Sungguh kepercayaan karut sebegini mampu memusnahkan akidah.Musibah yang menimpa kita bukanlah kerana buatan manusia yang memiliki kuasa atau ilmu tertentu. Ia hanyalah datang daripada Allah Taala bagi membawa khabar gembira bahawa Dia sentiasa merahmati kita.




Boleh jadi jika kita tidak disentuh musibah, kita akan cepat lupa dan tak perasan langsung dengan kewujudan Allah Taala dalam kehidupan anda. Jika kita merintih disebabkan hati yang hancur mengenangkan nasib, kemudian mengadu kepada Allah Taala dan percaya bahawa Dia akan menghapus luka itu dan menggantikan musibah itu dengan anugerah yang lebih baik, maka sesungguhnya saat-saat seperti ini iman dan keyakinan kita kepada Allah Taala telah berada di atas kemuncak yang paling tinggi.Tiada yang lebih menggembirakan Allah Taala melainkan suatu saat ketika Dia mendengar tangisan penyesalan dan keluhan orang-orang yang mahu meminta pertolongan-Nya. Allah suka melihat hamba-Nya mengaku lemah dan tidak berdaya. Allah juga menyukai hamba-Nya yang mengaku bahawa kekuatan dan kekuasaan itu hanya milik Allah SWT. Rancanglah serapi dan sebaik mungkin, tetap tertulis, kuasa Allah sahaja yang menentukan nasib kita. 

MENCINTAIMU ITU INDAH

Ku mencintaimu sejak pertama melihatmu..
Ada getaran rindu saat jauh darimu..
Jantungku berdetak kencang saat didekatmu
Salahkah jika ku katakan aku cinta kamu???
Tak pernah ku sangka, setelah dua bulan berlalu kamu mengenalku..
Diam-diam kamu ingin mengenalku lebih dalam..
Dan ku beranikan diri untuk mengungkapkan perasaanku..
Betapa bahagianya aku, ternyata kamu terima CINTAKU…
Terima kasih sayang, akan ku jaga cinta ini dengan semua cintaku..
Ku bangun istana cinta diatas setiaku..
Ku lindungi dindingnya dengan percayaku
Ku hiasi semuanyaa dengan keikhlasanku
Ku rawat ketulusannya dengan keteguhanku..
Dan ku ciptakan kedamaian dengan kasih sayangku. 




Ku mencintaimu sejak pertama melihatmu
Kau yang ku kenali selalu buatku tersenyum
Kau yang ku kenali selalu buatku tertawa
Kau yang ku kenali selalu buatku ceria
Ku harap kau selamanya ada untukku
Buatkan ku senyum,ketawa dan ceria
Walaupun terkadang ku selalu buat salah padamu
Namun kau cepat-cepat maafkanku
Ku tahu kau telah banyak susah keranaku
Ku tahu kau telah banyak korban keranaku
Ku tahu kau telah banyak sabar dengan karenah ku 




Ku mencintaimu sejak pertama melihatmu
Gerak langkahmu bagai seorang serikandi sejati
Anggun gayamu bak bidadari hati
Setiap tutur katamu buatkan aku terus kecapi
Rasa bahagia,gembira dan ceria
Aku tetap aku yang terus buatkan kau susah hati
Namun nilaian hati mu terus tabah denganku
Terima kasih sayang kerana kau tetap disisi
Terima kasih sayang kerana kau setia disini
Walaupun onak mekar berduri yang mendatang
Aku tetap setia bersamamu
Kerana Kau Untukku selamanya 

Sunday, 20 July 2014

MAAFKAN AKU



Serikandiku,
Aku sering menyakitimu
sering air matamu menitis keranaku
Semuanya tanpa kusengaja
Semuanya tanpa sedar kulakukan


Bidadariku,
Mungkin kau bosan ketika ku bilang”maaf”
Mungkin kau bosan bila ku mengajak berdamai
Tapi itulah yang mampu kulafazkan
Itulah dari dirimu yang kuharapkan 

                  



Memang,
Kadang tak mudah untuk memaafkan
Memang tak mudah untuk melupakan
Tapi percayalah sayang
Aku hanya ingin melihat dirimu terus tersenyum


Serikandiku,
Walau belum lama kita berhubungan
Ku sering katakan padamu
Ku kan berusaha memperbaiki diri
Dari tindakan yang menyakiti 


Bidadariku,
Maafkan aku bila kau marah padaku
Maafkan aku bila kelakuanku menyakitkanmu
Sungguh aku tak berniat sejahat itu
Sungguh cintaku tetap tulus untukmu


Serikandiku,
Jauh dan mungkin sangat jauh
Jika kuharus menyakitimu
Malah ku ingin selalu menyayangimu
Ku tak ingin ada air mata kesedihan di matamu


Bidadariku,
Dirimu tak bisa tergantikan
Sejak awal kita berikrar
Itu bukanlah sekadar bualan
Kaulah yang teristimewa dalam kehidupan



Serikandiku,
Dalam hidup kadang kita tersandung
Aku juga demikian sayang..
Namun aku kan terus berusaha untuk bangun
Untuk cuba meretas harapan


Bidadariku,
Maafkan jika aku masih jauh dari harapan
Tapi janganlah itu membuatmu berpaling
Aku juga manusia biasa
Yang tak dapat lari dari kesilapan
Kerana aku juga tidak sempurna
Maafkan ku serikandi hatiku !!!! 



Wednesday, 16 July 2014

SENYUMLAH DUHAI SAYANG

Kulakarkan dengan kasih
kulimpahkan dengan  sayang
kutitipkan rindu buatmu yang tercinta

Bergerak lentik jari-jemari
menari bersama sebatang pena
berdendang lagu cinta dan irama asmara
menari dengan penuh kelembutan
di sini sebagai ruang tarian

Terukirlah kata demi kata
berselimutkan nota-nota cinta
kurangkai menjadi sebuah bait irama
berlagu indah buatmu di sana
tersenyumlah,sampai saatnya kau pasti bahagia.. 

Tuesday, 15 July 2014

BICARALAH DENGAN TUHAN

Berdoa adalah satu cara untuk kita berbicara dengan Allah SWT. Dalam doa jugalah kita boleh meluahkan apa yang terpendam dan tersimpan jauh di lubuk hati kita. Kesedihan, kegembiraan, kegusaran, kebahagian dan seribu satu tentang perasaan. Hanya Allah yang memahami  tiap apa yang terbuku dalam hati tiap hambaNYA dan yang terbisik di benak setiap hamba yang diciptaNYA. Setiap orang mempunyai rasa yang terkadang tidak mampu untuk dilafazkan pada manusia. Lantas pada siapa harus kita meluahkan? Pada siapa harus kita bicarakan? Jawapannya hanya pada ALLAH RABBUL IZZATI. Tidak semua orang mengerti apa yang sedang kita rasakan dan apa yang sedang kita alami. Samada, kesedihan yang meracun hati atau kebahagiaan yang memadu sanubari. 





Selagi kita bergelar manusia, pergantungan kita hanya pada Allah. Hanya Allah. Tiada yang kedua dan ketiga tempat kita bergantung harapan. Ya, kita tidak mampu melihat Allah tetapi kita punya kemampuan untuk merasai kehadiranNYA saat kita merasakan hati kita semakin mendekatiNYA. Sahabat, Allah tidak akan meninggalkan tiap hambaNYA walau sesaat dan sedetik cuma. Tetapi, tanyalah pada hati kita, apakah kita sering meninggalkan Allah? Tentu saja jawapannya YA! Zalimnya kita kerana sering meninggalkan Tuhan yang telah memberi kita nyawa juga kesempatan untuk berteduh di bawah langit cintaNYA. Berdiri di atas hamparan bumiNYA. Tidak malukah kita? Sudahlah menumpang di dunia milikNYA, angkuh pula dengan kejadian yang diciptaNYA. Enggan bersujud apatah lagi menadah tangan cuma untuk berdoa. 






Doa adalah kesempatan dan peluang yang Allah berikan kepada tiap hambaNYA untuk berbicara denganNYA. Doa adalah SENJATA ORANG MUKMIN. Saat berbicara dengan Tuhan adalah saat yang paling bahagia. Allah adalah Pendengar Yang Maha Sempurna. Sentiasa mendengar tiap keluh kesah hambaNYA dan DIA juga mengajarkan pada kita erti kesabaran dan ketabahan. Ketenangan hati akan dapat kita rasai saat kita menadah tangan meminta kepadaNYA. DIA tidak pernah mengecewakan tiap hambaNYA. Malah DIA turunkan hikmah dan ganjaran yang besar bagi hambaNYA yang tidak pernah putus untuk berdoa.

SAAT HATI MULA BERKATA

Aku tidak tahu harus mulai dari mana
Tapi, semenjak pertemuan kita yang pertama, aku yakin kau ada hanya untukku
Senyumanmu, selalu menenangkanku
Sapa manismu di hari-hariku, membuat hatiku ceria
Dan keayuan akhlakmu membuatkan ku tertawan

Setiap detik, hari dan bulan yang kita lalui, penuh akan warna warni kehidupan
Tidak pernah ada kata menyesal dalam kamusku, kerana aku memilihmu
Kerna aku menerimamu sebagai bidadari hatiku ini

Izinkan aku untuk selalu disisimu, kasih.
Menemanimu, disetiap deru nafas hidupmu
Kerna aku tahu, aku layak dan sanggup untuk selalu berada disisimu
Dan aku tahu kau memang tercipta untukku, begitupun aku yang tercipta hanya untukmu


Aku sayang kamu, kelmarin, hari ini, esok, lusa dan selamanya !!!! 



BICARA SANG PERINDU

Memandangmu, menunggumu, memanggilmu, merinduimu, mencarimu, mendakapi, berbicara denganmu, melegakanku  pilu. Syukurku atas pertemuan itu, redhaku atas perpisahan itu, doaku yang terbaik buatmu..amin

Bisikan ombak..

Pada nyanyian ombak malam yang memukul hatiku ini,ku cuba coretkan sebuah harapan sebuah nukilan dan perasaan yang tidak pernah luntur dari sudut hati, mesra pada senyuman.Tidak hairan akan mereka yang tidak sudi mendengar…entah pada siapa ingin ku tuju coretanku..Entah lurus entah tidak bicara ku ini.Tapi ku tahu si dia pasti memahami nukilan ku ini. Walaupun pada nada dan irama yang berbeza.Sukarnya meramal perasaan ku sendiri,zahirku tidak terucap.Demi masa berjalan gagah ku susuri dengan lesu. Ku kutip ku atur dengan penuh ketabahan. Ku susun ku kumpul menjadi simpulan madu, menjadi ukiran kukuh dan menjadi hiasan pujukan jiwa…



Bisikan rasa..

Bila hatiku menyentuh rasa hatimu, jiwa melahirkan perasaan yang indah.Disaat mataku adalah matamu, hatiku adalah hatimu,sakitmu adalah sakitku jua, jiwa kita telah pun bersatu. Menuju gerbang penyatuan kita bersama.Namun begitu,carilah sebutir permata dalam timbunan kaca walaupun dijarimu terluka tiada cinta yang lebih hakiki selain cinta Ilahi…



Bisikan perindu...

Rindu ku susut di celah nyanyi angin kasih, ku berpura pura kuat di matamu sedangkan aku lemah tanpamu di sisi, bermusim ku simpan rindu ini. Biarlah waktu yang berbicara. Biarlah masa yang menentukan saat kita bersama melakarkan indahnya kenangan kita. Engkau tiba bagaikan pelangi, tak bercahaya namun kau berseri. Tapi cukup menghiburkan hati ini. Seharian bersamamu tak terasa saat yang berlalu. Bagai pelangi petang kau kan pergi jua. Demi Allah aku rindu padamu duhai bidadariku.