Monday, 22 September 2014

KUKUHKAN PERSEFAHAMAN ELAKKAN PERBALAHAN

Bersempena dengan kedatangan bulan zulhijjah pada kali ini, marilah kita sama-sama bermuhasabah dan merenung kembali tentang tahap persefahaman yang wujud di kalangan kita semua. Sejak kebelakangan ini, telah banyak dipaparkan tentang persengketaan yang timbul di dalam masyarakat kita, samada yang melibatkan hal-hal keagamaan mahupun perbezaan ideologi politik di peringkat bawahan dan juga di peringkat atasan. Ianya berpunca daripada kurangnya persefahaman berasaskan Islam sehingga menjejaskan hubungan baik dan keharmonian dalam masyarakat. Perkara ini tentunya menimbulkan keresahan terutamanya di kalangan kita yang peka dengan isu-isu kemasyarakatan yang berlaku pada hari ini. Apatah lagi perkara ini boleh menjejaskan proses pembangunan ummah itu sendiri.


Persefahaman adalah perkara yang amat penting sebelum sesebuah umat itu dapat dibangunkan. Persoalannya, bagaimanakah persefahaman ini dapat diwujudkan. Persefahaman tidak akan wujud sekiranya kita hanya mementingkan pendapat diri kita sendiri tanpa mengambil kira pandangan orang lain. Persefahaman juga tidak akan wujud dalam ertikata yang sebenarnya jika kita hanya mengagung-agungkan pandangan individu atau kumpulan-kumpulan tertentu sahaja. Sebaliknya setiap pandangan yang berbeza itu haruslah diberikan pertimbangan dengan meletakkan prinsip ukhuwwah atau persaudaraan Islam sebagai asasnya. 




Rasulullah s.a.w telah membuktikan bagaimana baginda telah berjaya menyatupadukan dan mewujudkan persefahaman di kalangan masyarakat Islam Madinah melalui persaudaraan berlandaskan aqidah. Sebelum kedatangannya, kabilah-kabilah Arab seperti Aus, Khazraj, bahkan kaum yahudi dan lain-lain pada ketika itu saling bertelagah sesama mereka. Mereka lebih mengutamakan assabiah dan perkauman sehingga seringkali terjadi peperangan hanya disebabkan oleh perkara-perkara yang kecil. Namun akhirnya, perbalahan ini telah berjaya diselesaikan oleh baginda dengan cara mempersaudarakan umat Islam dan membina masjid sebagai lambang perpaduan mereka.


Perselisihan para pemimpin dan kecelaruan umat  hari ini secara tidak langsung menyebabkan ruang dan peluang oleh musuh-musuh Islam yang sentiasa menanti masa untuk menghancurkan umat Islam. Musu-musuh Islam tidak pernah leka semenjak kemunculan Islam di kota Mekah sehinggalah ke hari ini, mereka terus menerus berusaha untuk melemahkan umat Islam. Apabila umat Islam lemah, maka ia adalah masa yang paling baik untuk mereka melaksanakan tindakan menghapuskan Islam dan juga umatnya. Marilah kita bersama-sama mempertahankan persaudaraan Islam dan persefahaman antara kita sehingga ke akhir hayat. Berwaspadalah daripada tipu daya syaitan dan kuncu-kuncunya yang sentiasa berusaha ingin memecah belahkan perpaduan umat .

WANITA : MAKHLUK ISTIMEWA

Wanita merupakan topik yang selalu menarik untuk dibahas. Dalam suatu kisah, Tuhan menciptakan wanita dengan kelembutan untuk melengkapi sifat keras lelaki, menciptakan keindahan paras dan melengkapinya dengan tutur kata yang halus untuk menenangkan hati lelaki yang gusar. Wanita adalah sosok istimewa yang diciptakan Tuhan untuk menjadi makhluk yang pantas dicintai dan dihormati. Untuk melengkapi keindahan ciptaanNya, Tuhan mengizinkan wanita menggunakan perhiasan indah seperti emas permata. Tuhan menciptakan sosok hebat terlahir dari rahim seorang wanita dan membentuk peribadi hebat dari didikannya. Tuhan juga menyertakan perasaan yang kuat sekaligus sangat rapuh pada diri wanita. Tuhan telah mengistimewakan wanita, sayangnya banyak wanita yang tak menyedari dirinya sangat berharga.


Wanita yang menyedari dirinya berharga akan menutup aurat dan menjaganya. Tetapi di zaman sekarang dengan kepopularan hak asasi manusia dan ideologi demokrasi liberal, wanita bebas memilih pakaian.Wanita adalah makhluk yang istimewa. Allah sendiri yang sebut dalam surah an-Nisa agar wanita menjulurkan jilbab dan menjaga pandangannya. Untuk apa? Sudah tentu untuk menjaganya. Kerana wanita begitu berharga, Allah muliakan ia dengan menjadikan seluruh tubuhnya aurat kecuali telapak tangan dan wajahnya. 




Wanita istimewa kerana hanya mereka ini yang Allah izinkan untuk mampu melahirkan dan menyusui anaknya. Dari rahimnya terlahir manusia-manusia pemimpin dunia, dari rahimnya lahir generasi-generasi penerus bangsa. Di tangannyalah terletak madrasah pertama. Ucapannya adalah doa yang mustajabnya langsung naik ke langit tujuh lapis. Maka jika ia “sempurna” nescaya anak-anaknya pun terjaga. Istimewanya wanita jangan lagi ditanya. Bahkan seorang kekasih Allah, Rasulullah, ketika ditanya, “Kepada siapa aku harus berbuat baik, wahai Kekasih Allah?” “Ibumu, Ibumu, Ibumu, lalu Ayahmu,” jawabnya. Tiga kali disebut, menandakan begitulah kemuliannya.



Sedarlah duhai wanita sebelum datangnya sinar islam ,wanita dizalimi , hak wanita dicerobohi,wanita ditanam hidup-hidup , tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, wanita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang ,darjat wanita diangkat ,maruah wanita terpelihara,wanita dihargai dan di pandang mulia,dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.Sedarlah wanita kau makhluk paling istimewa. Tangan yang mengoncang buaian mampu mengoncang dunia , sedarlah wanita engkau mampu mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah , kau mampu mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia. 

Saturday, 20 September 2014

KISAH TENTANG KITA

Menyingkap kembali detik pertemuan dua hati ini,membuatkan hati ini hiba dan sedih. Bukan kerana tidak suka bertemu dengannya namun jika difikirkan kembali, sungguh hebat percaturan takdir oleh Nya. Benarlah kata orang, tuhan tidak pernah mensia-siakan doa hamba Nya. Kita akan dapat tetapi apa yang kita dapat itu kadang kala tidak disukai oleh namun percayalah ia yang terbaik sebenarnya untuk diri ini. Merenung sejenak nasib diri ini,tatkala hati merasa diri ini terlalu kerdil dihadapan manusia, disaat diri ini hanya mampu melihat orang lain bahagia,hatiku tersentuh membuatkan diri ini sepenuhnya bergantung pada Nya seratus peratus. Kadang kala nafsu menjengah diri ini untuk memilih jalan mudah bagi meraih bahagia beralasankan mahu kenal hati budi, namun tatkala iman diuji, Allah jualah sebaik-baik penolong.  


Sememangnya hati ini merasa sunyi sepi tanpa hadirnya seseorang yang istimewa. Allah jualah tempat hati ini mengadu segala resah gelisah, sunyi dan sepi. Tahun demi tahun, hari silih berganti,umur semakin singkat untuk terus beribadat padaNya. Titisan air mata sentiasa menghujani hati ini tatkala diri ini bersedih memikirkan soal jodoh. Namun dengan takdir Nya ini, hati ini disambut bahagia oleh seorang bidadari yang merupakan wanita solehah bagi diri ini. Perwatakannya yang menarik,hiasan dirinya hanyalah semata-mata iman dan taqwa,tidak pernah mengenali lelaki dan sentiasa jujur dalam berkata-kata,membuatkan hati ini terus getar rasanya.Tidak pernah dijangkau dek akal,dapat membuka pintu hati seorang puteri bidadari ini.Melihat akan peribadinya sebagai seorang wanita solehah,membuatkan hati ini tidak sempurna tanpanya. Dirinyalah pelengkap hidup ini sebagai seorang hamba ilahi.Terasa amat kerdil dibandingkan dengan perwatakannya yang solehah bak kata pujangga, penyejuk di mata penawar di hati.




Dalam perkenalan yang singkat,hati ini terus bergetar mercu menandakan bahwa langkah ini semakin pasti untuk bina masjid bersama bidadari ini. Tidak pernah bertemu apatah lagi untuk bersua,namun dengan kuasa  Allah yang Maha Merancang sesuatu yang diluar pengetahuan makhuk Nya,akhirnya hati ini bertemua jua di atas titian kasih berlandaskan syariat ilahi. Bertambah indahnya titian kasih ini, bila bertemu walinya dan memohon restu ayah bonda.Alhamdulillah segala perjalanan mengikat janji telah lancar berjalan.Dengan izin Nya jua, diri ini berkesempatan berjumpa dan berpisah kerana Allah. Tidak pernah disangka oleh akal yang cetek ini,mendapat anugerah hadiah yang paling istimewa dari Allah,iaitu bertemu hati mengikat janji dengan sang bidadari. Wajahnya yang disulami wudhuk,hatinya yang sentiasa memuji Allah,malah gerak langkahnya melihatkan bahwa dia seorang serikandi di zaman milineum ini.


Ya Allah Ya Rab, Tuhan yang mengetahui sesuatu yang tersembunyi, peliharalah hubungan kami ini hingaa ke pintu syurga Mu. Pimpinlah hubungan kami ini dengan redha Mu ini.Ya Allah, Demi Allah di atas namamu ini, hati ini menyeru padaMu, satukanlah hati kami ini diatas jalan redha Mu ilahi. Demi nama Mu yang penuh dengan keagungan ini, diri yang lemah lagi hina ini amat menyintai dirinya melebihi nafas dan rohku ini. Tenangkanlah hati ini menunggu saat terbinanya masjid atas redha Mu.Sesunguhnya soal jodoh ini adalah rahsia langit ilahi. Diri ini hanya mampu berdoa,berdoa dan terus berdoa. Percayalah, Allah tidak pernah mensia-siakan doa kita melainkan Dia menggantikan dengan insan yang lebih baik dari apa yang kita nampak dalam pertemuan yang tidak dijangka. 



Friday, 19 September 2014

DIA LAYAK HANYA UNTUKKU

Kupejamkan sejenak kedua mataku
kupanjatkan perlahan doaku kepada sang pecipta
kusebut perlahan namamu..
dihening sunyi ku menadah tangan
memohon agar aku kekal bahagia bersamanya


Bibirku bergetar mataku berkaca kaca
ketika kusebut namamu dengan penuh syahdu
ya namamu nama seseorang yang aku cintai
nama yang mungkin adalah nama terindah yang pernah kudengar 



Dalam setiap doaku kusebut namamu
entah mengapa namamu selalu tersebut dalam setiap doaku
entah mengapa hanya doa agar aku dan kamu dapat bersama selamanya
entah mengapa  aku selalu ingin kau menjadi bidadari hatiku


Disetiap doaku namamu kusebut
berharap kamu adalah jodoh yang tuhan berikan untukku
berharap kamu adalah bidadariku yang akan menemaniku menuju syurga
berharap kamu adalah umi dari anak anakku kelak 



Sesekali dalam doaku aku menangis ,
menangis karna rasa takut menyelimuti hatiku
ya rasa takut akan kehilanganmu itu menjelma menjadi suatu sosok
yang menakutkan dalam hidupku


Ya tuhan.. ku menaruh banyak harap padamu
jadikanlah dia tercipta untukku bidadari dunia akhiratku
jadikanlah dia tempat ku melabuhkan tirai cintaku ini
bisikkanlah pada hatinya bahawa
DIA LAYAK HANYA UNTUKKU 

Wednesday, 17 September 2014

MAAFKANKU ATAS SEJUTA KESALAHAN

Beribu maaf aku lontarkan untukmu sayang
berjuta sesal aku rasakan dalam hati ini
mengdambakan sebuah maaf darimu sayang
maaf yang tak sempat aku ukirkan
saat aku melakukan berjuta kesalahan ini 




Maafkan aku sayang
terdampar aku dalam kegelisahan ini
terfikir berjuta kesalahan yang kulakukan
apa yang harus aku lakukan
agar maaf ini kian berbunga dan membawa harum
dan kau mampu tersenyum bersamaku lagi
dalam setangkai percintaan bahkan lebih 




Maafkan aku sayang
tak ada niat aku berbuat seperti itu
hanya sebuah kesempatan yang mendorongku
apa yang harus aku lakukan sayang
agar kau mampu berbesar hati dengan ketulusanku
aku janji takan pernah mengulangi lagi
kerana aku bahagia jika kau ada didekatku

Saturday, 13 September 2014

DUHAI PENDAMPINGKU

Duhai pendampingku...
Engkaulah nafasku yang selalu didalam hidupku
Kerana kau selalu mengajarkanku menjadi lebih baik
Engkaulah hatiku yang selalu hadir dalam jiwaku
Kerana kau selalu menjadi penenangku dalam tiap masalahku
Engkau tak pernah lelah sebagai pendampingku
Kerana kau selalu berikanku semua yang terindah 



Sayang...
Aku hanya memangilmu saat aku kesepian rindu
Aku hanya mengingatmu saat aku kesunyian pilu
Aku hanya mahu denganmu untuk berbahagia
Aku hanya mahu kau untuk menjadi pendampingku
Kerana aku begitu mencintaimu 



Bagiku…
Kau yang terbaik yang pernah ku temukan
Kau yang terindah yang pernah ku rasakan
Hanya dirimulah yang mampu menenangkan jiwaku yang membeku
Hanya hatimu yang mampu temani hatiku yang mudah layu
Kerana kaulah segalanya bagiku…

Tuesday, 9 September 2014

ORANG BIJAK MENGINGATI MATI

Kita semua yang masih hidup di atas muka bumi ini mengimani bahawa mati itu adalah benar. Baik Muslim, kafir, munafiq, mahupun atheist, mereka semua tahu yang satu hari nanti mereka pasti akan mati. Mengingati mati merupakan satu tuntutan dalam Islam.Mati adalah permulaan perjalanan di alam barzakh  sebagaimana kelahiran itu merupakan permulaan perjalanan kita di alam dunia dan ia akan terhenti samada di syurga atau neraka. Kita biasa mendengar bahawa maut itu menyakitkan. Hakikatnya?? Tiada siapa yang mengetahui melainkan mereka yang telah pergi meninggalkan kita. Mereka tidak mungkin kembali untuk menemui dan memberitahu kita pengalaman dahsyat yang mereka lalui. 




Kita yang masih hidup ini tidak tahu bagaimanakah rasanya mati. Yang telah pergi pula tidak dapat memberitahu kita betapa dahsyatnya maut itu. Maka, satu-satunya cara untuk kita yang masih hidup ini untuk mengetahui misteri mati adalah melalui apa yang dikhabarkan oleh Allah dalam al-Quran dan Nabi S.A.W dalam hadis-hadis yang sahih. Tidak ada seorang manusia pun di dunia ini yang menyukai mati. Orang yang beriman tidak suka kepada kematian kerana bimbang adakah dia telah mencukupkan bekalan untuk menghadapi hari perhitungan, risau akan amalannya yang kurang di sana sini. Orang kafir lebih-lebih lagi tidak menyukai mati bahkan mereka membencinya kerana mati memutuskan mereka daripada syahwat dunia, harta dan keluarga. Kalaulah ada ubat dapat mengubati mati! 





Walau tiada manusia yang menyukai mati, tapi tidak ada siapa pun yang dapat melarikan diri daripadanya apabila masa itu tiba.Wahai manusia yang alpa dan leka, maut sudah menunggu kita di hadapan, dan kini kita sedang berjalan menujunya. Oleh itu, bersedialah! Tidak perlu degree, mahupun MA, ataupun PhD. Ingatlah mati dan sentiasalah bersedia untuknya, maka jadilah kita orang yang bijak. Disebutkan dalam satu hadis, Nabi S.A.W ditanya : Siapakah manusia yang paling bijak? Baginda S.A.W berkata : “Mereka yang paling banyak mengingati mati, dan yang paling banyak membuat persediaan untuknya. Itulah orang yang bijak, mereka pergi dengan kemegahan dunia dan kemuliaan akhirat’. Mati merupakan musibah paling besar. Dengan matilah ditutupnya lembaran amalan kita dan terkuncilah sudah pintu taubat. Maka siapalah yang lebih bijak dari manusia yang mempersiapkan dirinya untuk itu.

BERKABUNG BUKAN BUDAYA ISLAM

Perkabungan yang menjadi  amalan masyarakat kita hari ini adalah tidak bercanggah dengan Islam jika perkabungan itu tidak melampaui agama tetapi suka untuk di ingatkan bahawa berkabung itu bukan dari ajaran Islam. Menzahirkan rasa sedih itu memang menjadi tuntutan dalam Islam tetapi menzahirkan kesedihan dengan berkabung melebihi 3 hari dan berpakaian hitam itu bukan dari ajaran Islam. Ini adalah merupakan amalan dan budaya orang nasrani. Islam melarang kita untuk menyerupai orang-orang kafir kerana upacara berkabung ini merupakan tradisi mereka dimana ada sesuatu kematian maka mereka berpakaian hitam dan berkabung 40 hari dan sebagainya. Berkabung menzahirkan rasa sedih itu tidak salah tetapi mestilah tidak melebihi 3 hari kecuali si isteri yang kematian suami. Islam telah mensyariatkan seorang isteri jika kematian suami, wajib berkabung dengan tidak berhias dan sebagainya selama 4 bulan 10 hari.



Sepertimana dalam hadis Nabi s.a.w yang cukup mashur nabi bersabda:
“Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, iaitu empat bulan sepuluh hari” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).





Jika di imbaskan kembali, ketika wafatnya Rasulullah s.a.w ,para sahabat baginda yang amat mengasihi  baginda tidak melakukan amalan berkabung. Wafatnya 4 khalifah ar-rasyidin yang sangat mulia disisi Islam Saidina Abu Bakar As Siddiq,Saidina Umar Al Khattob,Saidina Uthman Al Affan dan Saidina‘Ali Abu Talib umat Islam tidak pernah membuat amalan berkabung.Sedangkan pemergian baginda dan para sahabat baginda, mereka lebih layak untuk ditangisi dan berkabung  jika di syariatkan. Dalam Islam sememangnya sudah jelas lagi terang,berkabung selama 40 hari,memakai lilitan putih dan sebagainya bukanlah datang dari ajaran Islam dan sebenarnya amalan sebegini menyerupai budaya dan tradisi orang kafir.


Islam tidak melarang untuk kita menzahirkan rasa kesedihan dan kepiluan atas pemergian seseorang namun Islam melarang untuk kita terlalu melampau atau meratapi pemergian seseorang.Cukuplah sekadar melahirkan rasa sedih dengan memberi ucapan takziah dan menghulurkan bantuan jika memerlukan. Cantiknya Islam meraikan fitrah manusia dan bertambah indahnya Islam itu sendiri dengan menegah kita dari sifat keterlampauan kerana sesungguhnya disebalik apa yang terjadi ini adalah merupakan suratan takdir yang Maha Kuasa.Marilah kita sama-sama menghindari perbuatan yang menyerupai tradisi budaya orang kafir dengan berkabung melebihi 3 hari,memakai lilitan putih dan sebagainya.

Monday, 8 September 2014

MANISNYA UJIAN ALLAH

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita,lemahnya dan rendahnya iman kita.Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada saudara kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.Antara sebab ujian diturunkan adalah untuk meningkatkan darjat seseorang di sisi Allah. Dan Maha Bijaksana Allah apabila ujian itu diberikan berdasarkan tahap keimanan. Dan tentunya ujian yang paling hebat adalah apa yang dialami oleh para nabi.

Perkara yang perlu kita ketahui dan sedari adalah setiap orang yang beriman pasti akan menerima cubaan serta ujian , dan setiap ujian itu akan sentiasa kita alami sepanjang hayat, cuma tahap dan bentuknya mungkin berbeza-beza kerana Allah datangkan dugaan kepada hambanya adalah berdasarkan kemampuan hambanya dan Allah tak akan sesekali membebankan hambanya, nak tahu kenapa? kerana Allah itu maha pengasih serta maha penyayang .Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik buat hambanya. Setiap kali diuji, walau seberat manapun cabarannya, ketahuilah  ianya akan menjadi kayu pengukur yang menentukan keteguhan iman kita.Hakikat ujian adalah nikmat.Nikmat kesabaran,nikmat air mata,nikmat rayuan aduan pada Nya.Ujian sebenarnya menyingkap hakikat kehidupan yang hanya sementara.Sesungguhnya kasih Nya pada hamba Nya dengan ujian dan musibah maka senyumlah. 



Sedarkah kita, bahawa Allah menguji kerana Allah menyayangi kita? Cuba kita renung kembali, kadang-kadang selepas sesuatu ujian itu pergi, barulah kita menyedari bahawa ia tidaklah sebesar mana. Namun Allah memberi kerunsingan kepada kita tatkala kita di dalam musibah itu, kerana apa? Pastinya kerana Allah mahukan kita kembali kepadaNya.Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!