Menyingkap kembali
detik pertemuan dua hati ini,membuatkan hati ini hiba dan sedih. Bukan kerana
tidak suka bertemu dengannya namun jika difikirkan kembali, sungguh hebat
percaturan takdir oleh Nya. Benarlah kata orang, tuhan tidak pernah
mensia-siakan doa hamba Nya. Kita akan dapat tetapi apa yang kita dapat itu
kadang kala tidak disukai oleh namun percayalah ia yang terbaik sebenarnya
untuk diri ini. Merenung sejenak nasib diri ini,tatkala hati merasa diri ini
terlalu kerdil dihadapan manusia, disaat diri ini hanya mampu melihat orang
lain bahagia,hatiku tersentuh membuatkan diri ini sepenuhnya bergantung pada
Nya seratus peratus. Kadang kala nafsu menjengah diri ini untuk memilih jalan
mudah bagi meraih bahagia beralasankan mahu kenal hati budi, namun tatkala iman
diuji, Allah jualah sebaik-baik penolong.
Sememangnya hati ini
merasa sunyi sepi tanpa hadirnya seseorang yang istimewa. Allah jualah tempat
hati ini mengadu segala resah gelisah, sunyi dan sepi. Tahun demi tahun, hari
silih berganti,umur semakin singkat untuk terus beribadat padaNya. Titisan air
mata sentiasa menghujani hati ini tatkala diri ini bersedih memikirkan soal
jodoh. Namun dengan takdir Nya ini, hati ini disambut bahagia oleh seorang
bidadari yang merupakan wanita solehah bagi diri ini. Perwatakannya yang
menarik,hiasan dirinya hanyalah semata-mata iman dan taqwa,tidak pernah
mengenali lelaki dan sentiasa jujur dalam berkata-kata,membuatkan hati ini
terus getar rasanya.Tidak pernah dijangkau dek akal,dapat membuka pintu hati
seorang puteri bidadari ini. Melihat akan
peribadinya sebagai seorang wanita solehah,membuatkan hati ini tidak sempurna
tanpanya. Dirinyalah pelengkap hidup ini sebagai seorang hamba ilahi.Terasa
amat kerdil dibandingkan dengan perwatakannya yang solehah bak kata pujangga,
penyejuk di mata penawar di hati.
Dalam perkenalan
yang singkat,hati ini terus bergetar mercu menandakan bahwa langkah ini semakin
pasti untuk bina masjid bersama bidadari ini. Tidak pernah bertemu apatah lagi
untuk bersua,namun dengan kuasa Allah
yang Maha Merancang sesuatu yang diluar pengetahuan makhuk Nya,akhirnya hati
ini bertemua jua di atas titian kasih berlandaskan syariat ilahi. Bertambah
indahnya titian kasih ini, bila bertemu walinya dan memohon restu ayah
bonda.Alhamdulillah segala perjalanan mengikat janji telah lancar
berjalan.Dengan izin Nya jua, diri ini berkesempatan berjumpa dan berpisah
kerana Allah. Tidak pernah disangka oleh akal yang cetek ini,mendapat anugerah
hadiah yang paling istimewa dari Allah,iaitu bertemu hati mengikat janji dengan
sang bidadari. Wajahnya yang disulami wudhuk,hatinya yang sentiasa memuji
Allah,malah gerak langkahnya melihatkan bahwa dia seorang serikandi di zaman
milineum ini.
Ya Allah Ya Rab,
Tuhan yang mengetahui sesuatu yang tersembunyi, peliharalah hubungan kami ini
hingaa ke pintu syurga Mu. Pimpinlah hubungan kami ini dengan redha Mu ini.Ya
Allah, Demi Allah di atas namamu ini, hati ini menyeru padaMu, satukanlah hati
kami ini diatas jalan redha Mu ilahi. Demi nama Mu yang penuh dengan keagungan
ini, diri yang lemah lagi hina ini amat menyintai dirinya melebihi nafas dan
rohku ini. Tenangkanlah hati ini menunggu saat terbinanya masjid atas redha Mu.Sesunguhnya
soal jodoh ini adalah rahsia langit ilahi. Diri ini hanya mampu berdoa,berdoa
dan terus berdoa. Percayalah, Allah tidak pernah mensia-siakan doa kita
melainkan Dia menggantikan dengan insan yang lebih baik dari apa yang kita
nampak dalam pertemuan yang tidak dijangka.
No comments:
Post a Comment